100, termasuk kumpulan motor serbu rumah Ambiga
Kerana sambutan bersih 3.0 yang menjadi pukulan kepada Najib dan penasihat rapat beliau Mahathir sehingga terpaksa mengganjak tarikh pilihanraya dan najib kian kurang popular dari kaca mata dunia luar dalam menangani demokrasi juga sistem pilihanraya yang adil.
Hanya dengan selogan transformasi tiada tindakan beliau membuat rakyat pengundi atas pagar atau senyap lebih memeningkan Najib golongan pertengahan yang mempunyai pengaruh dalam msyarakat telah turun ke perhimpunan bersih 3.0. Jelas untuk mengalihkan tuntutan 8 perkara Najib terpaksa menaja Sub-kontraktor (provokasi & putar belit) untuk mengalihkan isu dan dimainkan dalam media pro- kerajaan.
Semalam lebih 100 orang cuba berkumpul di depan rumah Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga di Bukit Damansara dekat ibu negara hari ini, dengan sebahagiannya terdiri daripada sekumpulan pemuda bermotosikal.
Namun, kemaraan kumpulan itu dihalang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berada di simpang masuk ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1 sejak pagi tadi.
Kumpulan itu yang rata-ratanya anti-BERSIH kemudian menghentikan motosikal di kawasan DBKL berkawal dan berjalan kaki untuk ke rumah Ambiga sambil menyanyi lagu "Inilah Barisan Kita".
Turut bersama hadir dengan kumpulan itu lima motosikal penjaja yang hanya berlegar-legar di sekitar jalan masuk ke rumah Ambiga.
Kawasan perumahan elit kelas pertengahan atasan di pinggir bandaraya Kuala Lumpur yang kebiasaannya tenang dan sunyi bertukar riuh rendah dengan kehadiran kumpulan itu.
Namun, penduduk berdekatan kelihatan meneruskan kehidupan mereka seperti biasa di sebalik kehadiran berpuluh-puluh anggota polis dan DBKL bagi mengawal keadaan.
Polis mendirikan sekatan jalan raya berhampiran jalan masuk ke rumah Ambiga bagi memastikan tiada orang asing menghampiri rumah Ambiga.
Dua buah lori besar DBKL turut ditempatkan berdekatan kawasan itu, dipercayai untuk mengangkut sebarang gerai yang didirikan tanpa kebenaran.
Terdahulu sebelum itu, sekumpulan 30 orang lain yang menggelarkan diri mereka "HALAU 1.0" cuba menyerahkan risalah mengandungi 10 sebab Ambiga perlu 'dihalau' dari Malaysia kepada Ambiga sendiri.
Cubaan mereka bagaimana pun gagal apabila risalah itu diterima Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk A Samad Said menerusi celah pintu pagar rumah Ambiga.
Beliau berada di situ bersama jawatankuasa BERSIH lain selepas mesyuarat awal tengah harinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan