15 April 2012

Terkini! Penguatkuasa DBKL rempuh mahasiswa, robohkan khemah


KUALA LUMPUR 14 April: Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak ganas apabila merempuh mahasiswa yang membuat benteng bagi mempertahankan khemah mereka dari dirobohkan di Dataran Merdeka.

Dua mahasiswa, dikenali Alif Hafiz dan Alif Asyraf turut cedera apabila dicekik dan ditumbuk dari bahagian belakang ketika penguatkuasa berkenaan meroboh khemah mereka jam 5 petang tadi.
Daripada enam buah khemah yang didirikan sejak semalam, hanya satu sahaja yang tinggal selepas dirosakkan penguatkuasa DBKL.

Terdahulu, penguatkuasa DBKL mula merosakkan dua buah khemah sejak jam 3 petang manakala tiga lagi didirikan semula mahasiswa berkenaan.Menurut seorang jurucakap mahasiswa di situ, beberapa anggota polis hanya menyaksikan kejadian itu tanpa melakukan sebarang tindakan.Katanya, mereka juga telah berbincang dengan peguam dan akan meneruskan ‘Sidang Rakyat’ seperti yang dilakukan malam tadi.
Mahasiswa membuat benteng mempertahankan khemah mereka

Bagaimanapun katanya, mereka memerlukan khemah tambahan untuk meneruskan aksi bantahan mereka.
Semalam, kira-kira 30 mahasiswa mendirikan khemah di Dataran Merdeka bagi menyuarakan bantahan dan mendesak kerajaan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
Mereka juga merancang untuk berkhemah di kawasan itu sehingga 28 April ini

Kemah baru selepas dirobohkan

1 ulasan:

  1. Kalau bagitulah perangai dan tingkahlaku pegawai penguatkuasa jabatan kerajaan yang selalu dibanggakan ,bagaimanakah anak-anak muda hendak jadikan contoh dan tauladan ,apa makna dan gunanya PM Najib menyeru supaya dekati belia dan anak muda terutama para pelajar yang bakal menganti pucuk pimpinan negara ,beginikah caranya untuk mendidik saya ingat dimasa akan datang anak-anak muda yang terpelajar tidak pernak berterimakasih kepada kerajaan yang nampak jelas bias dengan tindakan oleh pehak yang berwajib terutama PDRM.

    BalasPadam