17 April 2012
Malaysia sudah setaraf dengan Bangladesh
Oleh: MSK
Adakah rakyat Malaysia miskin?
Ini soalan subjektif. Jawapan yang diberikan bergantung sebelah mana kita berada. Kalau tanya orang Umno, jawapanya sudah tentu kata rakyat kita tak miskin. Malah kadar kemiskinan dinegara kita jauh lebih baik dari Finland, Norway atau Belgium.
Kalau tanya kat orang bukan BN, jawapannya mungkin terlalu ekstrim. Kemiskinan dinegara kita lebih teruk dari Thailand.
Dalam siri Penjajahan Umno di Sabah yang disiarkan dalam Malaysiatimes dulu, terdapat paparan statistik tentang kemiskinan. Boleh baca Penjajahan Umno di Sabah 1 dan Penjajahan Umno Di Sabah 2.
Dari pengalaman aku berkecimpung dengan NGO, kehadiran satu-satu NGO itu disesebuah negara melambangkan sesuatu masalah sosial dinegara tersebut. Sebagai contoh, OXFAM tidak ada di Malaysia kerana ia menumpukan kepada pembangunan ekonomi rakyat miskin luarbandar. Oleh kerana kerajaan Malaysia mengatakan rakyat Malaysia tak ramai yang miskin, maka OXFAM tidak ada di Malaysia sebaliknya ada di Bangladesh, Kenya, Indonesia, Sudan dan sebagainya.
Begitu juga dengan Redd Barnen. Ia hanaya wujud di Thailand untuk menyelamatkan kanak-kanak dari pelacuran. Tapi oleh kerana kerajaan Malaysia mengatakan pelacuran tidak wujud di Malaysia, maka Redd Barnen tak perlu wujud di Malaysia.
NGO-NGO antarabangsa tidak banyak di Malaysia kerana Malaysia sentiasa “aman dan sejahtera”. Rakyatnya “senang-senang’”belaka. Tapi kalau dilihat kepada NGO yang wujud di Malaysia sekarang, ada sesuatu yang tak kena. Tenaganita memperjuangkan nasib pekerja asing. Meals On Wheels memberikan makanan percuma kepada mereka yang tidak miskin dan tidak mempunyai rumah.
Semalam, Sabahkini melapurkan satu berita yang kurang senang. Foof For The Hungry International (FHI) telah menyampaikan bantuan 50,000 paket makanan istimewa kepada penduduk Sabah. Apa yang kurang senangnya?
Bukan senang untuk memohon bantuan daripada NGO antarabangsa. Mereka mempunyai piawaian yang ketat dan pemohon perlu membuktikan mereka benar-benar miskin untuk mendapatkan bantuan.
Sebelum ini, Food for The Hungry International hanya memberikan bantuan kepada negara yang benar-benar miskin. Di Asia, hanya Bangladesh, Filipina, Kemboja dan Indonesia yang mendapat bantuan. Di Afrika, diantara yang mendapat bantuan ialah Burundi, PRC, Ethiopia, Kenya, Mozambique, Rwanda, Somalia, Sudan dan Uganda.
Sekarang, Malaysia sudah setaraf dengan negara-negara miskin di Afrika untuk mendapatkan bantuan dari Food For The Hungry International.
Fikir-fikirkan lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan