17 Mac 2012

T.MENTERI BERBOHONG DI PARLIMEN, KHIANAT PADA PENEROKA

Tanah peneroka diambil untuk penyenaraian FGVH

Mazlan Aliman mendakwa Ahmad Maslan berbohong apabila berkata tanah peneroka tidak terjejas.
Sekitar Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa tanah para peneroka akan diambil dalam proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia pada bulan Mei depan.

Presidennya Mazlan Aliman berkata beliau mempunyai bukti bagaimana harta peneroka akan diambil melalui penyenaraian FGVH.
“Saya punya bukti, hujah dari pakar-pakar ekonomi bahawa peneroka akan terjejas sekiranya tindakan penyenaraian itu dilaksanakan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen semalam.
Beliau mendakwa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berbohong mengenai tanah peneroka yang tidak terjejas selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

“Ahmad Maslan berbohong di Parlimen kelmarin apabila mengatakan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia adalah ‘durian runtuh’ kepada peneroka yang merupakan pemegang saham utama dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF),” tegas beliau.

Salah di sisi undang-undang
Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat berkata, adalah salah di sisi undang-undang untuk memindahkan tanah Felda di bawah penyenaraian FGVH.
Di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, tanah Felda hanya boleh dimiliki oleh koperasi dan individu, bukan entiti komersial seperti FGVH.
Ujar beliau, “Anak akan memfailkan injunksi mahkamah akhir bulan ini atas sebab-sebab ini untuk menghalang penyenaraian tersebut dan kami bersedia untuk berdialog dengan Ahmad mengenai penyenaraian FGVH.

“Ahmad Maslan jangan hipokrit, bercakap dalam dewan, bercakap dengan orang lain tapi bila ajak dialog tak mahu,” katanya.Semalam, Ahmad Maslan berkata, tiada seinci pun tanah peneroka akan diambil selepas penyenaraian FGVH.Beliau menuduh Mazlan menjadi dalang yang menghasut peneroka agar menolak penyenaraian tersebut.

Hadir sama pada sidang media itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Timbalan Presiden Anak; Razman Zakaria serta Penasihat Ekonomi Anak, Rosli Yaakob

Tiada ulasan:

Catat Ulasan