01 Mac 2012

Malaysia berdagang dengan Israel sejak 2001 – PBB


KUALA LUMPUR: Mengikut data Statistik Perdagangan Komoditi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Malaysia sudah berdagang dengan Israel sejak 2001 ataupun lebih awal daripada itu.
Pada 2001 sahaja, Malaysia mengimport USD615.924 juta (RM1,847 juta) barangan Israel dan mengeksport USD26.553 juta (RM79.65 juta) barangannya ke negara itu dan nilai dagangan antara kedua-dua negara meningkat dari tahun ke tahun.

Bagi tahun berkenaan, Malaysia mengimport USD798.069 juta (RM2,394 juta) barangan Israel berbanding USD85.129 juta (RM255.38 juta) barangan yang dieksport ke Israel, kata laporan eksklusif HarakahDaily.

Mengikut data itu, Malaysia adalah negara ke-18 dunia menerima barangan eksport Israel, malah

nilai eksport ke Malaysia jauh lebih tinggi berbanding Cyprus yang berada di kedudukan ke-19, Kanada (20), Taiwan (21), Japan (22), Australia (23), Singapura (24) dan Thailand (25).
Antara barangan eksport utama Israel ke Malaysia ialah barangan elektrik dan peralatan elektronik bernilai USD777.940 juta (RM2,333.82 juta) pada 2010. Malaysia mengimport mesin, reaktor nuklear dan pemanas (USD4.66 juta), baja (USD3.6 juta) dan bahan kimia organik (USD2.998 juta).

Turut diimport ialah permata, bahan kimia bukan organik, pelastik, aluminium, sayuran dan buah-buahan, optical dan bahan edible, sabun, minyak pelincir, kacang, minyak bijian, wangian dan lain-lain lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan