02 Mac 2012

LAWAN ZIONIS TEMPATAN- WAJIB BACA

SIFAT DAN GERAK KERJA ZIONIS


Saya telah beberpa kali menulis untuk menerangkan kepada pembaca tentang apa itu Zionisma dan apa itu Yahudi . Di Malaysia ini sering berlaku kesilapan tentang dua pekara ini. Dua pekara yang amat berbeza. Kesilapan ini sering dilakukan bukan hanya oleh ‘lebai-lebai’ kampong yang tidak bersekolah tetapi dilakukan juga oleh pemimpin politik yang mengakui memiliki pendidikan formal yang tinggi

Kesilapan yang datang dari ucapan pemimpin United Malays National Organisation tidak menghairankan. Ini kerana saya tahu mereka tidak memiliki fikrah kritikal yang berkeupayaan berfikir lebih jauh dari Utusan Malaysia. Apa yang merisaukan saya ialah apabila saya mendengar ucapan kesilapan yang sama dari pemimpin Parti Pas dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat.

Biar saya cuba sekali lagi jelaskan disini: Yahudi ialah satu bangsa. Bangsa Yahudi ini menganut agama Judaisma. Tetapi ada juga orang yang bukan Yahudi yang memelok agama Judaisma. Contohnya : Penyanyi pop Madonna, aktress Elizebeth Taylor dan pemusik kulit hitam Sammy Davis Junior – mereka meninggalkan agama lama mereka untuk menganut Judaisma. Malah banyak warga Ethiopia yang berkulit hitam yang menganut agama Judaisma. Bagitu juga di India dan di tanah besar China akan ditemui penganut agama Judaisma ini.

Saya harap ini jelas – Yahudi ialah bangsa dan Judaisma ialah agama. Satu bangsa dan yang satu lagi agama – dua perkara yang jauh berbeza.

Agama Islam mewajibkan penganutnya mengetahui nama-nama 25 Nabi dan Rasul sebelum Nabi Muhamad. Semua nama-nama Nabi dan Rasul ini berbangsa Yahudi. Hanya Nabi Muhamad sahaja dari bangsa Arab Quarish. Apa yang ingin saya terangkan disini apabila kita mengutuk Israel – yang seharusnya kita kutuk bukan Yahudi kerana Yahudi itu bangsa. Sebagai contoh kita wajib sedar bahawa Nabi Isa ialah seorang Yahudi bagitu juga Nabi Musa atau Nabi Yaakob. Justeru yang wajib kita kutuk , lawan dan tentang ialah fahaman Zionisma bukan bangsa Yahudi.

Kenapa kita kutuk dan tentang Zionisma? Zionisma ini ialah satu gerakan politik yang bermula pada awal kurun ke 19 ini. Gerakan ini di mulakan oleh seorang wartawan Yahudi yang bernama Theodor Herzl. Gerakan Zionisma ini berlatar belakangkan penindasan yang dihadapi oleh orang Yahudi di Eropah. Orang Yahudi di Eropah menerima penindasan dan penghinaan dari warga Eropah yang berkulit puteh. Ini adalah fakta sejarah.

Justeru gerakan Zionis ini telah berkongress pada tahun 1917. Kongress Zionis ini telah membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh orang Yahudi di Eropah. Akhirnya kaum Zionis yang berkongres telah mengeluarkan ketetapan untuk menubuhkan sebuah negara khusus untuk orang Yahudi. Ketetapan dari kongres Zionis ini kemudian mendapat surat sokongan dari Menteri Luar British yang bernama James Balfour. Maka surat sokongan inilah a yang dipanggil Balfour Declaration 1917.

Israel akhirnya berjaya diwujudkan pada tahun 1948 berasaskan Deklarasi Belfour. Sesudah Perang Dunia Kedua Eropah telah melihat bagaimana Yahudi telah ditindas oleh Nazi German. Maka Eropah merasakan adalah perlu untuk orang Yahudi memiliki negara sendiri. Kaum Yahudi telah mundar mandir mencari makan di merata-rata tempat di Eropah tidak memiliki tanah air semenjak 2000 lagi.

Melalui ketetapan Pertubuhan Bangsa Banga Bersatu, Palestine telah dipilih untuk menjadi tanah air orang Yahudi. Pada awalnya gerakan Zionis antarabangsa telah menerima cadangan untuk memilih Afrika Selatan, Australia Barat dan Uganda sebagai negara Israel. Ini juga fakta sejarah.

Palestine akhirnya dipilih kerana di Palestine telah ada komuniti Yahudi yang telah menjadi warga Palestine. Malah agama Judaisma juga memiliki pensejarahan yang intim dengan Palestine.

Justeru apabila kita menentang gerakan Zionis ini bukan kerana ianya dianggotai oleh orang Yahudi. Ini bukan sebab kenapa Zionisma di tentang. Harus disedari bahawa bukan semua Yahudi itu Zionis dan bukan semua Zionis itu Yahudi. Ada juga Yahudi yang menentang Zionisma.

Zionis ialah gerakan yang memiliki asas pandang politik. Zionisma memiliki idealoji. Sesiapa yang menyokong pandangan politik dan idealoji politik ini boleh dianggap sebagai Zionis atau penyokong Zionis.

Asas utama ideloji Zionisma ialah menyokong kewujudan Israel. Israel yang diwujudkan hasil dari rampasan tanah hak milik warga Palestin. Tidak cukup dengan sokongann ini kaum Zionis juga mengistihatkan bahawa negara Israel hanya khas untuk orang Yahudi sahaja.

Ada juga kumpulan kaum Zionis yang percaya bahawa hanya agama Judaisma sahaja yang betul dan tepat. Agama lain salah dan menyeleweng. Mengikut fahaman Zionis ini orang-orang Yahudi dalam dunia ini adalah bangsa ‘pilihan tuhan / the choosen people’. Salah satu cabang isealoji Zionis ialah menyokong kuat sistem ekonomi kapitalis. Justeri kaum Zionis antarabanga memiliki menjadi kapitalis besar dan mengawal Wall Street. Tetapi awas dan waspada - bukan semua kapitalis ini Zionis tetapi semua Zionis menyokong kapitalis.

Saya timbulkan persoalan Zionis, Yahudi dan Israel ini kerana saya ingin memberi kefahaman tentang gerakan Zionis International. Zionis bukan hanya ditemui di Israel. Zionis bukan hanya Yahudi atau berkulit puteh sahaja. Zionis bukan hanya berada di Tel Aviv. Zionist berada di Washingtob DC, di London, di Paris malah ada Zionis Melayu sedang bersarang di Putrajaya.

Cuba berfikir sajenak. Fikirkan bagaimana jarum Zionis dapat masuk mencucuk ke badan politik Melayu Islam. Jarum Zionis terbukti sedang mengasak dan mengancam politik Melayu. Semua dilakukan dengan bagitu halus sekali. Malah ada pembaca yang mengatakan saya ini keterlaluan sedang dipengaruhi oleh teori konspirasi.

Ini bukan terori konspirasi. Apa yang saya tulis adalah fakta sejarah. Apa yang saya paparkan adalah bukti-bukti saheh tentang bagaimana jarum Zionis antarabangsa dapat bergerak dalam badan politik Melayu Islam secara licik dan tersusun.

Kita semua telah diberitahu bagaimana Apco telah dapat menyusup masuk ke pintu kuasa di Putrajaya apabila gerombolan Zionis ini dilanggan oleh Najib Razak. Kita juga diberitahu bagaimana satu lagi gerombolan Zionis telah menyusup masuk melalui sebuah syarikat yang berpengkalan di Singapura. Gerombolan ini telah dilanggan untuk memasang peralatan komputer untuk polis Malaysia. Ini fakta bukan teori.

Melalui akhbar Asian Wall Street Journal (AWSJ) – media milik dan penyokong Zionis - kita lihat bagaimana badan politik Melayu telah diporak perandakan. Laporan dari akhbar pro Zionis ini telah melahirkan kekecohan malah boleh memudaratkan persefahaman dalam Pakatan Rakyat.

Parti Pas melalui Nik Aziz menyatakan bahawa kenyataan Anwar Ibrahim dalam AWSJ mengenai Isreal tidak boleh diterima. Mengikit Pas Israel wajib terus ditentang. Inilah bukti bagaimana kaum Zionis dapat bergerak dengan licik. Pandangan yang berbeza – sengaja diwujudkan - tentang Israel ini memungkinkan PKR dan Pas terus bertelagah. Jika tidak berwaspada mungkin membawa pepecahan.

Sebenarnya isu Palestine ini bukan isu politik asas – bukan isu induk - di Malaysia. Isu induk dan ajenda utama di Malaysia ialah untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation dari terus berkuasa.

Tetapi dengan bijak kaum Zionis melalui kuncu-kuncunya telah menjadikan isu negara Isreal sebagai satu perdebatan berminggu-minggu dalam negara kita. Media kita secara tidak sedar telah diperalatkan oleh kaum Zionis. Kalau di tv isu ‘ sokongan Anwar terhadap Israel’ ini berhari-hari menjadi induk berita. Akbar cetak juga tidak mahu kalah – terus melaporkan berhari-hari tentang ‘sokongan Anwar terhadap Israel’ di muka depan mereka.

Lihatlah hampir satu bulan kaum Zionis antarabangsa telah berjaya menjadikan ajenda mereka sebagai perdebatan kita. Kita berdebat dan bermasam muka tentang Israel wal hal negara Israel ini jauh sekali dari wilayah kita. Jika kita bergaduh dan Pakatan Rakyat pecah kerana perbezaan pandangan tentang Israel maka inilah buktinya kaum Zionis telah berjaya masuk jarum.

Lihat bagaimana kaum Zionis bergerak untuk mempertahankan Israel. Tidak ada media media Melayu dalam negara ini berani menimbulkan ajenda senjata nuklear Israel. Tidak ada suara politikus Islam yang berani bersuara. Semua takut dengan kuasa Zionis.

Apakah yang saya tulis ini bohong? Kalau saya berbohong sila tanya : Kenapa tv atau media kita tidak membuat berita dan selidikan tentang bom nuklear Israel?. Tetapi heboh tak tentu pasal tentang Israel.

Untuk menjawab soalan ini biar saya bawa ke satu kesah yang agak lama dahulu. Pada satu ketika dahulu Parti Rakyat dan Parti Buruh telah bergabung untuk menjadi Front Sosialis. Ketika ini Front Sosialis adalah satu-satunya gerakan penentang gerombolan United Malays National Organisation yang ampuh di dalam dan di luar Parlimen.

Kemudian, SB telah memasukkan jarum untuk mencucuk pemimpin dan ahli kedua parti ini untuk berdebat. Ajenda debat ialah tentang bahasa. Parti Rakyat mahu Bahasa Melayu dinobat sebagai bahasa kebangsaan. Manakala Parti Buruh mahu Bahasa Melayu menjadi bahasa perantaran atau lingua franca.

Berbulan-bulan dua gerakan kiri ini berbincang dan bermasam muka membincangkan satu pekara yang tidak fudumental. Mereka terlalai dan terlupa bahawa menjatuhkan kerajaan Tunku Abdul Rahman ialah ajenda utama. Bahasa hanyalah ajenda sampingan. Akhirnya Front Sosialis retak dan pecah. Perseriktan kaum kiri pecah.

Kesah Parti Rakyat dan Parti Buruh ini wajib dijadikan tauladan untuk kita semua. Ilmu pengetahuan ialah pengumpulan pengalaman. Debat bahasa – racun SB - yang telah terjadi kepada Front Sosialis adalah sama dengan debat Isreal - racun Zionis - dari AWSJ. . Dua-dua debat ini bukan ajenda utama untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation.

Justeru orang yang berilmu ialah mereka yang belajar dari pengalaman. Orang yang bodoh dan bebal ialah mereka yang mengulang kesilapan.(TT)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan