02 Mac 2012

KEMENTERIAN TAJA PROGRAM HASAN JATI !!!


Mahfuz dakwa kementerian biaya program Hasan Ali

Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar hari ini menuntut supaya satu audit penuh dijalankan ke atas satu unit strategik di Kementerian Belia dan Sukan yang didakwa telah menyediakan sejumlah dana untuk membiaya program bekas ahli PAS Datuk Hasan Ali.

Mahfuz mendakwa, jumlah sebanyak RM30 juta untuk unit strategik "seperti cawangan Umno" itu telah dikumpul daripada unit lain di kementerian berkenaan.

Mahfuz j(kanan) uga mendakwa, unit berkenaan akan membantu membiayai aktiviti berkenaan untuk menarik belia supaya menyokong Umno dan BN.

Beliau turut mendakwa bahawa keseluruhan dana RM30 juta itu, atau sekurang-kurangnya sebagian daripadanya telah diperuntukkan bagi tujuan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan