11 Februari 2012

PRU13 : ISU RASUAH AKAN JATUHKAN BN, KATA DAIM

PRU13: BN perlu sedia lawan isu rasuah, kata Daim


Pada akhir 2007, bekas menteri kewangan dan bekas bendahari agung Umno itu telah meramalkan Pulau Pinang, Selangor dan Kedah akan menerima nasib seperti Kelantan yang dikuasai PAS pada 1990. Ramalan itu menjadi kenyataan dengan lima negeri dikuasai pembangkang termasuk Perak dan BN kehilangan majoriti tradisi dalam pilihan raya umum 2008 yang disifatkan sebagai tsunami politik.

Kenyataan beliau pada Mac 2011, Daim meramalkan bahawa BN akan mencatatkan prestasi lebih baik dalam pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan tahun lalu, tetapi pastinya tidak lebih buruk berbanding kedudukan tiga tahun lalu.


Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin menggesa anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya bersatu padu dan bekerja keras untuk memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).Bekas Bendahari Umno selama 17 tahun itu berkata kemenangan parti pembangkang pada pilihan raya umum lalu bukan kerana parti tersebut kuat tetapi kelemahan BN yang tidak bersatu padu.Katanya dengan perpaduan, tidak mungkin parti akan kalah pada pilihan raya umum akan datang.

"Kalau ahli parti tidak ada disiplin, hancurlah parti, sebab itu pada pilihan raya 2008, banyak kerusi tumbang. Bukan kerana parti pembangkang kuat tetapi kelemahan kita kerana kita tidak bersatu padu."Yang penting, kita buat siasatan mengapa kita kalah dan selepas itu ambil tindakan supaya perkara seperti itu tidak berlaku lagi. Saya percaya, jika kita bersatu padu menentang pembangkang, Insya-Allah, kita akan berjaya," katanya pada majlis Tun Daim bersama BN Lembah Pantai di sini, semalam.

Daim juga berkata BN mampu untuk memenangi kembali Lembah Pantai jika semua anggota parti bersatu padu dan memberi sokongan kepada calon yang dipilih mewakili kawasan berkenaan.Katanya, BN akan dapat menentang pakatan pembangkang kerana parti sentiasa berjuang dengan polisi tertentu dan akan memperoleh kemenangan jika mendapat sokongan dan tiada unsur sabotaj.

Beliau juga berkata isu rasuah, ekonomi, inflasi dan kepimpinan adalah antara perkara yang dijangka menjadi bahan untuk berkempen pada PRU-13.Katanya, parti pembangkang akan memainkan isu rasuah dan kerajaan perlu mengambil langkah untuk menjawab isu tersebut dengan kadar segera.

"Golongan muda sekarang akan bertanya kenapa kerajaan tidak mengambil tindakan yang tegas terhadap isu rasuah. Selain rasuah, ialah soal pembaziran.Ini isu yang akan dibangkitkan oleh pembangkang dan BN mesti jawab dan kalau boleh, jawab sekarang," katanya.

Daim berkata kerajaan juga perlu mengambil berat berhubung soal inflasi yang boleh menjadi beban kepada rakyat kerana ia berkaitan dengan harga barangan.Bagaimanapun, katanya dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah baik dan dilaksanakan dengan sempurna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan