23 Februari 2012

Liga Eropah: 4 gol, Manchester City mara


LONDON - Sergio Aguero menjadi hero Manchester City yang menang selesa mengatasi FC Porto untuk menempah tiket 16 pasukan terakhir Liga Eropah dalam perlawanan yang diadakan awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Pemain dari Argentina ini menjaringkan gol Manchester City pada saat ke-19 sebaik perlawanan bermula.

Tiga gol seterusnya diperoleh pada separuh masa kedua.

Dia juga pembuka laluan kepada Edin Dzeko yang menjaringkan gol kedua pada minit ke-76.

Gol ketiga dan keempat pasukan yang menguasai kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris menerusi David Silva dan pemain simpanan David Pizarro masing-masing pada minit ke-84 dan 86.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan