22 Februari 2012

JUAL TANAH KG.BARU UNTUK TABUNG PILIHAN RAYA....?

Halang Raja Nong Chik Rampas Tanah Kampung Baru!


Pakatan Rakyat dijangka akan menghalang usaha Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan yang dikhabarkan akan melancarkan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) dalam masa dua bulan lagi.

Jika perlu, tindakan undang-undang menghalang perlaksanaannya akan dikemukakan kepada mahkamah sebagai langkah terakhir sekiranya rundingan yang dibuat antara penduduk dengan Raja Nong Chik, gagal.

Malah, campur tangan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang berjanji akan membela nasib mereka mesti digerakkan dari sekarang sebelum segalanya terlambat.

Umno-APCO dijangka akan menjual tanah milik penduduk kepada syarikat dan pelabur yang berpangkalan di Asia Barat untuk memperoleh keuntungan segera di sebalik dana pilihanrayanya belum lagi mencapai tahap memuaskan.

Perbadanan Pembangunan Kampung Baru dilancar Mei

Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) dilancarkan secara rasmi Mei depan dalam usaha merealisasikan kejayaan perancangan pembangunan Kampung Baru, satu-satunya perkampungan Melayu di tengah-tengah bandar raya ini.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga sudah meluluskan penubuhan ‘interim team’ dan pelantikan pegawainya berkuat kuasa pada 1 Mac ini.

Selain itu, pejabat PPKB dijangka beroperasi pada pertengahan April depan di bangunan Rohas di Kampung Baru, di sini.

“Ini bukti komitmen kementerian yang amat tinggi dalam pembangunan, pembangunan semula atau penambahbaikan kawasan Kampung Baru,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran Terminal Sejahtera Kampung Baru di Kampung Baru, di sini, semalam.

Rang Undang-Undang PPKB 2011 sudah dibentangkan di Parlimen dan diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada Oktober dan Disember tahun lalu. Ia diwartakan pada 30 Disember tahun lalu di bawah Akta 733 dan berkuat kuasa pada 1 April depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan