18 Februari 2012
GEMPAR!!! JADUAL LALUAN DAGANGAN KAPAL KONTENA DARI HAIFA ISRAEL-PORT KLANG DIDEDAH!!!
Daripada jadual yang kita lihat di atas, ia seolah-olah menceritakan bahawa hubungan dagang Malaysia-Israel telah terjalin dengan begitu rapat sekali. Apakah ini juga menjadi lambang hubungan diplomatik rahsia antara Malaysia dan Israel?
Sekiranya tiada hubungan diplomatik antara Malaysia-Israel, bagaimana gamaknya kapal kontena yang milik zionis ini belayar terus dari Haifa Israel terus ke Pelabuhan Klang? Kerana jika tiada hubungan diplomatik maka tidak seharusnya antara Malaysia dan Israel lakhnatullah mempunyai hubungan logistik, apatah lagi hubungan perdagangan!
Apa sebenarnya pendirian Malaysia dalam isu Israel-Palestin? Kerajaan Malaysia bermain wayang apabila secara berpura-pura mengambil berat tentang nasib rakyat Palestin dengan menghantar pelbagai jenis bantuan tetapi dalam masa yang sama telah menjana perkembangan ekonomi Israel. Malah setiap urusniaga perdagangan Malaysia-Israel, kita juga telah menjadi penyumbang terhadap setiap inci tanah palestin yang dirampas dan juga setiap anak Palestin yang dibunuh.
Penghantaran kapal bantuan ke negara Palestin hanyalah sebuah permainan hipokrasi apabila kita mendapati kapal-kapal kontena milik Israel berlabuh di Pelabuhan Klang dan menurunkan kontena (berurusniaga).
Pendedahan SAMM dan Chegubard mengenai hubungan dagang Malaysia-Israel juga perlu diambil kira dan diberi perhatian. Di bawah ini dipaparkan semula kenyataan SAMM bertarikh 13 Februari 2012;
Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia
13 Feb 2012
LAGI DATA LIBATKAN PERDAGANGAN SAWIT MALAYSIA - ISRAEL DI TEMUI
Pada 8 Febuari 2012, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membuat pendedahan awal mengenai wujudnya dagangan Sawit terus oleh syarikat tempatan dan penghantaran secara terus dilakukan dari Johor ke Israel. Namun regim terus mendiamkan dari memberikan jawapan rasmi. Hari ini satu surat rasmi dari SAMM telah dihantar kepada Kemneterian Perdagangan Antarabangsa dengan dihantar salinan ke Perdana Menteri Malaysia serta pihak media untuk memberikan respon mengenai perkara ini.
Namun dalam media baru ramai 'pemain cyber upahan' cuba memberikan penafian lemah.
Terbaru ialah dokumen di perolehi dari "Index Mundi" dan IMF yang cukup mudah dicari melalui internet. Link yang ini menunjukkan bagaimana penjualan minyak sawit Malaysia dalam matawang New Israeli Syeqel dan harga minyak sawit Malaysia telah di senaraikan dalam futures trading (harga masa depan) sehingga Januari 2012 juga dalam New Israeli Sheqel. Tertera dengan jelas adalah nama Sime Darby dari Malaysia. Kini rakyat Malaysia harus mendapatkan penjelasan dari pihak Felda dan Sime Darby samada mereka ada terlibat dalam apa-apa penjualan minyak sawit Malaysia kepada Israel.
link adalah seperti di bawah :
http://www.indexmundi.com/commodities/?commodity=palm-oil&months=120¤cy=ils
Rakyat harus membuka mata dengan fakta ini kerana di depan rakyat tempatan Regim menuduh orang itu dan orang ini sebagai 'agen Amerika' dan sebagainya tetapi hakikat sebenarnya Malaysia terus menerus menjadi pembantu ekenomi Israel.
Pada 8 Febuari lepas, SAMM telah menunjukkan kepada pihak wartawan mengenai beberapa dokumen perniagaan termasuk dokumen rasmi kerajaan yang menunjukkan dua buah syarikat yang menghantar terus minyak sawit ke Israel. Dua syarikat tersebut ialah Mewaholeo Industries Sdn. Bhd dan IOI Croklaan Sdn Bhd yang mana kedua dua syarikat tempatan tersebut punya alamat beroperasi di Johor.
Kenyataan sebelum ini yang menyatakan kononya Malaysia tidak mampu menghalang perdagangan terus Malaysia dan Israel kerana ia melibatkan syarikat asing yang melabur di Malaysia ialah bertujuan menipu dan mengelirukan. Sudahlah kenyataan tersebut menunjukkan kelemahan negara hanya kerana untuk menarik pelaburan asing maka kita gadaikan prinsip membela Palestin dan usaha pembebasan kiblat pertama umat Islam. Malang lebih dari itu regim menyelindungkan urusan bahawa wujud juga perdagangan terus libatkan syarikat tempatan.
Pihak Regim diminta tampil memberikan penjelasan mengenai perkara ini dan rakyat harus membuka mata sikap hipokrasi regim penguasa dalam perkara ini.
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan