Pengacara Nasi Lemak Kopi O Aziz Desa Sertai Pas?
Seorang penjengok blog MT bertanya sambil memberi tahu saya, "iya ke... pengacara rancangan Nasi Lemak Kopi O, Aziz Desa telah menyertai Pas. Saya tidak dapat menjawab segera kerana tidak tahu perkembangan dan kegiatan sosial politik Aziz ke belakangan ini.Kali terakhir saya berjumpa dengannya semasa menghadiri jamuan percuma di restoran Kelantan Delight milik bekas setiausaha akhbar Mustapa Mohamed Junaidi di KLCC kira-kira tiga tahun lalu.
Dia datang bersama isteri dan anak-anaknya saya juga datang bersama isteri dan anak-anak. Lepas itu kami tidak berjumpa.
"Bila?" tanya saya kepada kawan itu tanpa berfikir pelik tentang Aziz. Jauh di sudut hati terasa tidak percaya. Namun tidak mustahil kalau Aziz menyertai Pas kerana mungkin dia sudah tidak sebulu dengan Umno atau pun dia sudah bukan kroni Umno lagi. Dalam dunia politik jika kroni sudah tidak berkuasa anak buah juga turut berjelepek, macam daun pisang kering.
Aziz semasa Sanusi Junid jadi MB dia adalah pegawai akhbar Menteri Besar Kedah itu dan orang yang berperanan cuba menarik perhatian dunia tentang Kedah. Sanusi Junid serasi dengan Aziz mereka sama-sama mempunyai idea unit atau kreatif.
Sanusi pernah berkata kepada saya dia minat kepada anak Langkawi itu kerana teruja dengan rancangan yang dihosnya di tv berjudul Cermin yang mendapat sambutan hangat.
"Dia dah dilantik jadi CCO Kelantan Trade Centre," cerita kawan itu lagi. Oh kalau begitu mungkin sungguh Aziz menyertai Pas, fikir saya. Fikir bodoh saya kalau Aziz tidak sertai Pas masakan Pas sedia menggunakan khidmat Aziz, meletakkan dia di pusat itu yang boleh dianggap sebagai pusat dan nadi kepada hubungan Kelantan dengan dunia luar.
Aziz boleh menggunakan pusat dagangan itu untuk mempromosikkan dasar dan polisi kerajaan menerusi perdagangan ataupun acar-acara, pameran yang dimasukkan dalam kelender pusat tersebut.
Kalau ya mungkin pengambilan Aziz untuk memberi nafas baru kepada pusat dagangan berkenaan yang akhir-akhir ini kelihatan semakin laaih ataupun seperti orang yang kena strok berat. Aziz seorang yang dilihat kreatif dan pandai membuat gimik dianggap boleh membantu menyembuhkan kelaaihan KTC.
Bagi saya tidak ada masalah kalau Aziz ditempat di situ. Mungkin dengan pengalaman yang ada dia boleh membantu Kelantan. Orang yang membawa Aziz ke situ juga tentu sudah tahu latar belakang dan juga ideologi politik anutan Aziz Desa. Siasatan dalam dan luar mengenai Aziz sudah pun diketahui. Mereka juga mungkin tahu sejauh mana kejayaan dan kegagalan beliau dalam membantu Sanusi membangun Kedah serta kedudukan Sanusi sendiri sehingga Sanusi hanya bertahan setakat satu penggal saja menjadi MB Kedah.
Tidak mengapa semua orang harus bersangka baik dengan kehadiran Aziz. Cuma apa yang diharapkan kemasukan Aziz di situ tidak memberi masalah kerajaan kerajaan Kelantan seperti berlaku terhadap Syed Azidi Syed Abdul Aziz sebelum ini. Mulanya Syed Azidi diberi kepercacaan sepenuhnya untuk menaikkan 'jiha' kerajaan Kelantan menerusi media massa. Syed Azidi diharap menggunakan kebolehannya dalam bidang IT untuk membantu mempertahankan Kelantan.
Alih-alih sebaliknya yang berlaku. Panas tidak sampai ke petang menjelang asyar hujan lebat mulai turun hampir melemasi orang yang membawa baliknya ke Kelantan. Apakah dalam kes Aziz Desa ini ia akan mengulangi perkara sama.
Saya kira pengalaman dilalui bersama Syed Azidi sudah dipelajar oleh orang bertanggungjawab dan menjaga KTC itu. Mungkin pengerusinya sudah mengenali pasti dan mebuat tilikan hingga ke tali pusat siapa Aziz Desa itu. Sekiranya pengerusi KTC dan orang bertanggungjawab tidak membuat skan sedetail itu saya bimbang akan ada seorang lagi Syed Azidi di Kelantan selepas ini.
Saya secara peribadi yang mengenali Aziz semasa zaman berpuisi dulu bagaimana pun mengucapkan selamat bertugas dan berkhidmat untuk membantu Kelantan. Mudah-mudahan dengan adanya Aziz menjadi CCO keadaan KTC boleh diperbaiki. Dengan segala macam event yang bakal diadakan akan membawa keuntungan dan dengan duit itu bolehlah diperbaiki bumbung dan porch bangunan itu yang tiris dan kini sudah berlumut
http://msomelayu.blogspot.com/
Saya pun agak skeptikal dengan perlantikan Aziz. Semuga Allah mempermudahkan segalanya. Wallahu'alam
BalasPadam