16 Januari 2012

SMM MENGUTUK KERAS TANGKAPAN MAHASISWA USM

Tangkapan mahasiswa USM berunsur prejudis

Tindakan polis menahan seorang mahasiswa usm hanya kerana mengecam perdana menteri melalui laman Facebook merupakan satu lagi bentuk intimidasi polis terhadap mahasiswa. selepas peristiwa yg menimpa Saudara Bukhairy yang ditahan atas alasan tidak memberi kerjasama dgn polis, Janartana Chandra dari USM pula menjadi mangsa intimidasi polis.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) melihat sifat agresif polis dalam menahan mahasiswa merupakan signal jelas kepada intimidasi terhadap aktivis mahasiswa yg sejak kebelakagan ini semakin bangkit mmperjuangkan hak kebebasan akademik dan autonomi universiti.

Hanya kerana menggunakan Facebook untuk mengecam Perdana Menteri, mahasiswa Usm ini ditangkap tanpa sebarang alasan lain yang kukuh. tangkapan berasaskan Facebook ini SMM sifatkan sama seperti tindakan UPSI yang menggantung Adam Adli dengan hanya menggunakan fakta google tanpa bukti lain yang lebih kukuh.

Jikapun benar Facebook mahasiswa USM tersebut berbentuk ancaman, namun apakah sesuai tindakan pihak polis dengan terus menangkap sedangkan kecaman itu hanya berbentuk ekspresi terbuka di laman internet.

Tindakan polis ini juga dilihat sangat berat sebelah jika dibandingkan dgn tindakan polis terhadap individu yg mengancam mahasiswa. sebagai contoh, individu yg cuba menumbuk Adam Adli dan mukanya dirakam media sehingga ke hari ini masih bebas dan tidak menghadapi sebarang tindakan daripada pihak polis.

Begitu juga dengan individu yg mencederakan Safwan Anang yang masih bebas sedangkan laporan polis telah lama dibuat.

Sifat bias ini menguatkan keyakinan SMM bahawa tindakan pihak polis yang semakin agresif terhadap mahasiswa ini merupakan amaran dan intimidasi untuk menakutkan mahasiwa daripada terus memperjuangkan agenda kebebasan akademik.

Mahasiswa mengutuk sekeras-kerasnya tangkapan ini dan mengecam sebarang intimidasi pihak polis terhadap mahasiswa. SMM menggesa agar pihak polis segera membebaskan mahasiswa yang ditahan.

SMM juga mengecam sifat berdiam diri Perdana Menteri terhadap isu mahasiswa yg sedang melanda negara. Jika benar Datuk Seri Najib Razak komited dalam melaksanakan transformasi politik, beliau seharusnya menasihati pihak polis agar lebih proesional berhadapan dengan kebangkitan anak muda.


Penulis adalah pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan