18 Januari 2012

SELUDUP EMAS DALAM DUBUR-TIRU TEKNIK SAIFOL


SEOUL- Pegawai kastam Korea Selatan berkata, mereka menahan lapan lelaki berikutan sindiket menyeludup emas keluar dari negara dengan menyembunyikannya dalam dubur.

Perkhidmatan Kastam Korea berkata, sekumpulan lelaki itu didakwa memindahkan jongkong emas bernilai AS$260,000 (RM847,473) kepada manik kecil dan menyembunyikannya dalam rektum untuk ke Jepun dua kali pada 2010 bagi mengelakkan cukai import.

Korea Selatan berkata, pegawai kastam Jepun menahan lelaki berkenaan dalam cubaan kedua dan dihantar pulang selepas dikenakan denda.

Seorang suspek didakwa menguruskan kegiatan sama menyeludup jongkong emas menggunakan taktik sama dari Mangolia ke Hong Kong, lapor akhbar Japan Today.

– Agensi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan