16 Januari 2012

PELAJAR USM UGUT C4(BOM) NAJIB DIBEBASKAN

Ugut Letup Helikopter PM : Pelajar USM Dibebas Dan Dibenar Duduki Peperiksaan

GEORGETOWN, 16 JAN : Mahasiswa yang ditahan polis semalam kerana didakwa membuat kenyataan berunsur ugutan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi laman sosial Facebook telah dibebaskan untuk membolehkan dirinya menduduki peperiksaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaacob berkata pihaknya membebaskan pelajar terbabit ekoran mahu memberi peluang kepada penuntut jurusan kejuruteraan awam Univeriti Sains Malaysia di Nibong Tebal itu bagi menduduki peperiksaan apatah lagi beliau masih muda.

Pelajar berkenaan, Janartana Chandra, 24, dibebaskan malam semalam dengan jaminan polis.

"Saya bercakap dengannya dari jam 9.00 hingga 11.30 malam tadi. Beliau sedar dan mengakui kesilapannya. Beliau berkata beliau tidak bermaksud dengan apa yang ditulis dalam Facebook itu.

"Dia adalah seorang pelajar tahun keempat dalam bidang kejuruteraan, bukan pelajar darjah enam atau tingkatan satu. (Oleh sebab itu) sudah tentu, kita mengambil perhatian serius," kata Ayub pada sidang media di Georgetown hari ini.

Janartana Chandra dalam Facebook semalam menulis: "Najib akan datang ke kampus kami ... mari kita bom helikopternya itu ..."

Berikutan itu, polis menahannya pada kira-kira jam 1:30 tengahari semalam untuk disoal siasat berhubung ugutannya itu.

Mahasiswa itu dibawa ke ibu pejabat polis daerah Patani Road dan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.


SUMBER: http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WlappoMBER:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan