31 Januari 2012

Bos QPR Mahu Carlos Tevez


PENGURUS QPR, Mark Hughes membuat tawaran mengejutkan kepada bekas kelabnya, Manchester City supaya kelab kaya itu meminjamkan penyerang bermasalah, Carlos Tevez, sekali gus membantu City menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini.

Hughes yang menandatangani Tevez ketika dia bergelar pengurus City berkata, kehadiran Tevez bakal membantu QPR lebih mantap bagi mencuri mata ketika bertemu pencabar-pencabar utama City.

Hughes yang dipetik oleh ejen Tevez, Kia Joorabchian berkata: “Ia satu situasi terbaik, sama seperti apa yang berlaku kepada Emmanuel Adebayor di Tottenham. Jika Tevez ke QPR, dia pasti dapat beraksi menentang pasukan teratas lain dan pada masa sama membantu City menjuarai liga.”

Penyerang Argentina itu ketika ini sedang dibekukan City daripada sebarang aksi selepas dia berselisih faham dengan pengurus City, Roberto Mancini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan