09 Januari 2012

901: LINTAS LANSUNG DARI MAHKAMAH JALAN DUTA- DSAI DIBEBASKAN

BERITA TERKINI! Mahkamah telah melepas dan membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari.

Bebas! Takbir! Kedua-dua evidence DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan!




9.00pg- Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang tiba di mahkamah diiringi laung takbir.

8.30 pg. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba mahkamah diiringi keluarganya.

Laporan MalaysiaKini menyebut, penyokong Saiful hanya ada lima puluh orang. Diulang, 50 orang.

8.15 PG.-Diberitahu, DS Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Aziz dalam perjalanan ke mahkamah. Dijangka tiba 8.30pagi dan perbicaraan dimulakan 9.30 pagi





Ribuan manusia sudah sampai. Masuk melalui pintu hadapan ke Mahk Jalan Duta. Kenderaan masih lancar dan bertali arus


KUALA LUMPUR, 9 JAN : Mahkamah Tinggi di sini bakal menyaksikan keputusan penghakiman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan hari ini.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1 Kondominimum Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Jika disabitkan bersalah, Anwar bakal dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

Berikut perkembangan mutakhir di Mahkamah Jalan Duta :-

7.50 am : Laungan reformasi bergema di Mahkamah Jalan Duta diketuai oleh Tian Chua. Anwar dijangka tiba jam 8.30 am.

7.40 am : Kelihatan peguam Anwar, Sivarasa Rasiah tiba di perkarangan Mahkamah Jalan Duta. Turut kelihatan beberapa wakil NGO Ambiga Sreenevasan, Maria Chin Abdullah dan A. Samad Said.

7.00 am : Kira-kira 4,000 hadirin berkumpul di perkarangan Mahkamah Jalan Duta. Kelihatan di antara mereka memegang sepanduk "tolak konspirasi", "rakyat hakim negara" dan kebanyakan yang hadir memakai topeng wajah Anwar.

Polis sebelum ini mengenakan 10 syarat untuk mengadakan perhimpunan pada hari ini antaranya tiada sebarang ucapan awam dan sepanduk. Setakat ini kelihatan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli, Shuhaimi Shafie dan Tian Chua.

Tian dalam ucapannya kepada penyokong Anwar berkata, hari ini merupakan hari yang istimewa kerana tiada kes lain dibicarakan selain kes Ketua Pembangkang itu."Hari ini agak 'special' kerana tidak ada kes lain kecuali kes Anwar Ibrahim. Deligasi media, dan 10 pemimpin Pakatan Rakyat akan masuk ke dalam,"katanya." Kita yakin rakyat akan bebaskan Anwar Ibrahim. Kita memberi peluang kepada mahkamah kerana mereka mampu melaksanakan tugas secara adil,"tambahnya lagi.

6.40 am : Suasana perkarangan Mahkamah Jalan Duta mulai sesak dengan kehadiran wakil media. Polis membuat kawalan ketat kepada semua laluan keluar masuk mahkamah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan