11 Disember 2011

Kompenen BN Sarawak, SUPP berpecah

SUPP di ambang perpecahan, Chin dilantik presiden baru

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hari ini mengisytiharkan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebagai presiden barunya, selepas pemilihan yang dipulaukan oleh puak saingannya yang diketuai oleh Datuk Seri Wong Soon Koh.

Perkembangan terbaru itu dijangka menyaksikan senario semakin buruk bagi SUPP setelah dibelasah teruk pada pilihan raya negeri Sarawak April lalu.

Wong (kanan) dan konco-konconya dikatakan akan meninggalkan SUPP untuk membentuk sebuah parti

baru tidak lama lagi, yang dikenali sebagai Parti Keamanan Sarawak.

Khamis lalu, Wong dan beberapa pemimpin parti lain mendesak jawatankuasa kerja pusat untuk menangguhkan pemilihan yang dijadualkan pada hari ini, memandangkan terdapat aduan yang meluas mengenai penipuan undi.

Ini bagaimanapun diketepikan oleh pihak setiausaha agung dan jawatankuasa pusat pemilihan. Puak Wong yang tidak berpuas hati, kemudiannya mengumumkan memulaukan pemilihan berkenaan.

Semalam, persidangan perwakilan tiga tahun sekali parti itu diteruskan dengan hanya 327 daripada 557 perwakilan parti yang hadir.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang merasmikan mesyuarat itu, semalam, mengakui SUPP menghadapi masalah dan berharap ia tangani segera kerana BN akan menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.

Perpecahan dalam SUPP dijangka mengeruhkan lagi peluang parti itu pada pilihan raya umum yang akan datang kerana puak Wong turut dianggotai oleh semua enam ADUNnya dan seorang ahli parlimen.

SUPP dijangka bertanding lima kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan