10 Disember 2011

Kabinet Najib, RASUAH OK?


Kemelut skandal NFC kian meruncing penafian pada forum parti pemerentah PAU 2011 baru ini menunjukan parti pemerentah menyokong perbuatan kontrak & projek diserahkan kepada KRONI lebih memalukan oleh keluarga Menteri Kabinet. Umno & BN telah lupa tsunami 2008 adalah berpunca dari rasuah,kroni, sistem kehakiman BUKAN kerana kelemahan umno disebabkan perpecahan dan sbotaj dalaman.

Baru-baru ini lapuran Indek Rasuah negara kita dari tempat terbaik 37 kepada 60 merupakan kedudukan terburuk semenjak zaman Mahathir dan Pak Lah, lebih malang selepas tranformasi dan NKRA yang gagal diterjemahkan terhadap pentadbiran Najib.

Dari segi prinsip dan urustabir yang baik walaupun NFC berjaya ia tetap salah, kes begini kalau berlaku di Jepun atau di eropah pasti kerajaan ini akan tumbang bukan setakat menteri terlibat akan letak jawatan.

oleh : admin

Berita berkaitan, Pemuda PAS Sokong Kenyataan Tun Mahathir

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil wajar berundur daripada politik.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd. Nor mendakwa isu Shahrizat berhubung kes Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) dilihat menjadi bebanan kepada UMNO dan sukar untuk parti itu menjawab persoalan berhubung kes berkenaan.

“Parti-parti politik perlu menjaga imej negara di pentas antarabangsa dan negara tidak rela reputasi jatuh di mata masyarakat dunia angkara pemimpin.

“Untuk membina imej yang baik ini pemimpin di mana-mana peringkat tidak boleh terkait dengan apa juga skandal yang menjadi masalah kepada beliau di kemudian hari,” dakwanya melalui satu kenyataan media.

Riduan seterusnya mendakwa, landskap politik baru Malaysia mesti dicoretkan di atas `kanvas’ yang putih bersih diwarnai oleh pemimpin yang murni dan bersih dari sebarang skandal!.

Sebuah portal semalam melaporkan Mahathir sebagai berkata, Shahrizat sewajarnya berundur daripada politik berhubung kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya jika ia perlu bagi membantu partinya.

Bekas perdana menteri juga dilaporkan sebagai berkata, Ketua Wanita Umno itu perlu meninggalkan sebelum “dihalau” keluar oleh partinya.

Bagaimanapun, pada 1 Disember lalu media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan awal terhadap kes Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian kondominium mewah di One Menerung, Bangsar yang dikaitkan dengan keluarga seorang menteri Kabinet tidak menemui sebarang unsur pecah amanah atau penyelewengan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar dipetik berkata, pihaknya juga sudah merakamkan percakapan lebih 74 individu termasuk suami dan anak kepada menteri Kabinet itu bagi membantu siasatan kes tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan