27 November 2011

IDEA MESYUARAT ' ALA BALAI RAYA' NEGERI PR WAJAR DILAKSANAKAN

Mesyuarat ‘ala balai raya’ dengar pandangan rakyat Selangor

(Oleh: Sidiqin Omar)

JOHOR BAHRU 27 Nov: Perwakilan Srikandi, Gan Pei Nei mengesyorkan kerajaan Selangor mengadakan mesyuarat ‘ala balai raya’ di setiap peringkat majlis perbandaran, mukim dan kampung.
Katanya, langkah berkenaan secara tidak langsung membolehkan rakyat memberi pandangan dan maklumbalas di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri di Selangor.
“Kita nak lebih rapat dengan rakyat. Melalui konsep ‘parcipatory democracy’ (demokrasi penglibatan) yang mana rakyat dapat memaklumkan suara hati mereka dan kerajaan negeri dapat menyampaikan polisi secara jelas.

“Kita cadangkan agar ia dibuat mulai Januari 2012,” kata Gan Pei Nei dalam usul perbahasan ucapan Presiden di Kongres Nasional KEADILAN di Pulau Spring Resort, Johor Bahru
Katanya, strategi penyebaran maklumat dan penerangan dengan agenda mempertingkat penyaluran berita dan fakta kebenaran menjadi keutamaan.

“Golongan belia boleh memberikan idea,” katanya sambil menjelaskan akses internet di Selongor perlu dioptimumkan di setiap kawasan desa dan pekan kecil.
Dalam pada itu, Gan menjelaskan Belanjawan Selangor 2012 memperkenalkan beberapa inisiatif baru.

Antaranya, program pemberdayaan wanita dan usahawan muda berjumlah RM 60 juta selain projek printis pendidikan nurseri untuk suri rumah dengan jumlah RM 3 juta.

“Tak mustahil kalau Johor sekiranya di bawah Pakatan Rakyat pun boleh lakukan. Tak siapa pun dulu menyangka Selangor yang hanya ada dua DUN pembangkang dan kini menjadi kerajaan,” kata Gan yang juga Adun Rawang.-kd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan