15 November 2011

33.8 % PEKERJA DIMALAYSIA MISKIN KHUSUSNYA SETOR AWAM

33.8% pekerja pendapatan kurang RM700 sebulan

15 Nov: Sebanyak 33.8 peratus pekerja negara ini khususnya dari sektor awam mempunyai pendapatan agak rendah apabila hanya menerima gaji kurang RM700 sebulan.

Perkara itu diakui sendiri oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Dalam soalan asalnya pada sesi pertanyaan jawab lisan, Lim meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan perkembangan penetapan gaji minima di Malaysia, mekanismenya, nama dan latar belakangg ahli-ahli dan bilangan mesyuarat yang diadakan serta bilakah jumlah gaji minima akan dilaksanakan.

Manakala dalam soalan tambahannya, Lim berkata, gaji sebanyak itu amat menyedihkan bagi pekerja di negara ini kerana ia masih gagal melepasi paras kemiskinan.

Katanya, dengan perkembangan sekarang, para pekerja di negara ini sama ada yang berada di sektor awam dan swasta tidak sepatutnya menerima gaji serendah itu.

"Di Semenanjung Malaysia, jika seseorang itu menerima gaji asas bawah RM800 sebulan bermakna mereka masih berada dalam kategori miskin, manakala di Sabah dan Sarawak pula mereka yang menerima gaji bawah RM900 sebulan masih gagal melepasi paras kemiskinan," katanya.

Kerajaan BN, menurutnya, perlu sedar perkara itu dan perlu lebih bertanggungjawab kepada para pekerja dengan memikirlkan gaji asas yang sewajarnya kepada setiap pekerja.

Tambahnya, mereka yang amat perlu diberikan perhatian adalah para pekerja yang berada dalam kumpulan terendah seperti pembantu pejabat dan pemandu yang kini masih menerima gaji amat rendah.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan mempertingkatkan tangga gaji asas bagi setiap pekerja di Semenanjung Malaysia melebihi RM800 sebulan, manakala di Sabah dan Sarawak melebihi RM900 sebulan.

"Itu adalah gaji asas, tidak termasuk elaun-elaun lain seperti cola dan sebagainya," tegasnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beliau turut menyarankan pihak Kerajaan BN mengambil contoh langkah yang dibuat oleh Pakatan Rakyat yang meletakkan gaji minima setiap pekerja di negara ini melebihi RM1,O00 atau RM1,100 sebulan.

"Tangga gaji seperti itu dikira sejajar dengan perkembangan sekarang dalam usaha membantu dan memberikan keselesaan kepada rakyat, bagi membolehkan rakyat terkeluar dari paras kemiskinan," tegas beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan