15 Oktober 2011
Dr M mahu PRU-13 dilambatkan: Takutkan Najib ,Salahkan Pakatan
Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah menolak lagi waktu pilihanraya umum ke 13, menyalahkan Pakatan Rakyat diatas kelewatan itu, sementara menakut-nakutkan Perdana Menteri Najib Razak.
Menurut Mahathir, Pakatan yang diketuai Anwar Ibrahim itu, berkebarangkalian untuk tidak membubarkan Dewan Negeri di negeri-negeri pegangan mereka jika pilihanraya mengejut diadakan terlalu awal.
Dan ini adalah benar.
Pakatan tidak akan ikut
Sudah tentu, Selangor dan Pulau Pinang tidak akan mengikut rentak Najib sekiranya beliau mengumumkan PRU-13 tahun ini. Kelantan dan Kedah yang dipimpin PAS juga tidak akan megikuti, walaupun pada waktu-waktu lepas Kelantan sentiasa mengikut tarikh yang ditetapkan kerajaan persekutuan.
Seperti kata Mahathir, lebih munasabah untuk Pakatan menunda pilihanraya di keempat-empat negerinya untuk memberi tumpuan lebih kepada sembilan negeri yang lain. Beliau menambah, BN tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan PRU-13 kerana mandat yang ada sekarang hanya akan tamat pada tahun 2013.
“Pilihanraya pada peringkat negeri bergantung kepada kerajaan negeri masing-masing samada untuk membubarkannya atau tidak. Jika semua dewan undangan negeri di negeri-negeri di bawah pemerintahan PR tidak dibubarkan, pilihanraya hanya akan berlangsung di negeri-negeri BN,” Bernama melaporkan kata-kata Mahathir pada hari Rabu.
“Mereka sudah ada empat negeri di bawah mereka. Mereka akan menumpukan negeri-negeri lain untuk memperluaskan kuasa mereka. Walau bagaimanapun, sekiranya pilihanraya umum dilangsungkan terlalu rapat dengan waktu tamat mandat, mereka tiada pilihan lain selain membubarkan dewan rakyat.”
Coretan dinding untuk Najib
Meyakinkan dan benar, tetapi apa dan siapa sasaran beliau? Adakah Mahathir cuba megelakkan Najib daripada melakukan kesilapan? Atapun, seperti yang dispekulasi di antara orang-orang UMNO, beliau sedang mengorak langkah untuk menurunkan Najib sebelum PRU-13?
UMNO akan mengadakan perjumpaan agungnya pada awal Disember dan perlu mengadakan pilihanraya parti sebelum Oktober tahun depan. Ini adalah rasional terbaik untuk tekaan tarikh Mac-April 2012 untuk PRU-13, memberikan tempoh enam bula untuk bahagian-bahagian UMNO bersiap-sedia untuk pilihanraya dalaman parti itu. Tetapi adakah bahagian-bahagian UMNO memerlukan masa yang panjang itu?
Sementara pembubaran Parlimen adalah keputusan Najib sendiri, pengaturan waktu untuk pilihanraya UMNO terletak pada majlis tertinggi parti itu. Dan sekiranya mereka diyakinkan bahawa Najib sudah tidak lagi mampu dan menjadi tanggungan berat untuk UMNO dan BN, sudah pasti mereka akan bertindak untuk menggantikannya daripada memberi risiko untuk kalah dan melepaskan kerajaan persekutuan kepada Anwar dan Pakatan.
Suruhanjaya Pilihanraya telah mengumumkan Parliman akan bubar secara automatik pada 24 April 2013 walaupun Najib tidak mengumumkan pilihanraya.
“Kita tidak akan membubarkan dewan negeri di keempat-empat negeri sekiranya PRU-13 dilangsungkan tahun ini. Jika tahun depan, ianya bergantung kepada keadaan tetapi pada dasarnya Pakatan tidak perlu membubarkan dewan negeri sehingga 2013. Pada waktu itu, Najib bukanlah Perdana Menteri lagi,” kata Naib Presiden PKR kepada Malaysia Chronicle.
Muhyiddin mengorak langkah
Sememangnya, Najib yang berumur 58 tahun itu terlepas peluang terakhirnya apabila Belanjawan 2012 gagal menawan hati rakyat, di sebalik insentif wang yang diberikan. Ini meletakkan UMNO dan BN pada posisi yang janggal – mereka tiada senjata unggul untuk melawan Pakatan pada PRU-13.
Walau bagaimanapun, sikap di mana sentimen Melayu dipermainkan lagi menunjukkan UMNO, yang merujuk kepada Mahathir dan Timbalan Perdana Menteri untuk pimpinan, kembali meraih sokongan berikutan kegagalan Belanjawan.
Sementara Muhyiddin tidak popular di kalangan orang bukan Melayu, UMNO juga sedar mereka tidak akan dapat menawan atau membuli golongan Cina untuk mengundi BN. Komponen bukan Melayu MCA, Gerakan dan MIC sudah hancur, dan tidak mampu untuk meraih sokongan daripada komuniti masing-masing.
Untuk menang pada PRU-13, UMNO harus bergantung kepada orang Melayu, yang tidak selesa dengan Najib dan isterinya Rosmah Mansor dan skandal Altantuya-Scorpene dan dakwaan rasuah mereka.
Kelakuan buruk berterusan
Seperti rakyat seluruh negara, kaum Melayu terkejut dengan perbelanjaan dan gaya hidup mewah
pasangan suami isteri itu. Beberapa hari yang lalu, jabatan beliau telah mengesahkan di Parlimen tentang penggunaan pesawat kerajaan untuk terbang ke Perth bersama ahli keluarganya untuk percutian peribadi, perlantikan firma PR UK yang dibayar RM83 juta hanya untuk menaikkan imej Najib, dan perjalanan ke Kazakhstan yang membelanjakan RM1 juta yang dijadualkan sebagai lawatan rasmi tetapi juga dijadualkan selaras dengan pertunangan anak perempuannya dengan keluarga kaya Kazakh.
Tidak membantu juga apabila Jabatan Kastam telah mengesahkan kewujudan cincin berlian bernilai RM24 juta yang dikatakan diimport untuk digunakan oleh Rosmah. Video seks Datuk T yang bertujuan menjatuhkan Anwar ditambah pula dengan dakwaan liwat terhadap ketua pembangkang itu juga menghilangkan keyakinan rakyat terhadap Najib dan isterinya.
Namun begitu, mereka-mereka yang berada di pihak Najib mencemuh spekulasi-spekulasi terhadap majikan mereka, sambil mengatakan adalah mustahil untuk menggantikan PM yang sedang memerintah. Tetapi itulah yang dilakukan oleh Najib akibat daripada pilihanraya umum 2008, di mana beliau merupakan kuasa penting dalam penjatuhan Abdullah Badawi.
Memandangkan Najib merupakan orang lama dalam arena politik, menjadi Ahli Parlimen pada umur dua puluhan lagi, agak mustahil untuk beliau tidak menyedari keadaan yang dihadapinya sekarang ini.
Isterinya yang bercita-cita tinggi itu, yang memainkan peranan yang lebih besar daripada sepatutnya dalam pentadbirannya, adalah satu-satunya kad liar kepunyaan beliau. Tetapi kemungkinan untuk Najib akur dengan kemahuan majlis tetinggi UMNO adalah amat tinggi, dan mungkin beliau akan mengaku kalah tahun hadapan.-MC
Tiada ulasan:
Catat Ulasan