26 September 2011

TPM- TIPU PUNYA MENTERI

Transkrip buktikan Guan Eng tak fitnah Johor
Sep 26, 11 2:39pm

Transkrip wawancara radio Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) dengan Lim Guan Eng membuktikan bahawa ketua menteri Pulau Pinang itu tidak membuat sebarang ulasan berhubung rekod keselamatan di Johor, seperti yang didakwa oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pejabat Lim hari ini menyediakan pautan ke transkrip rasmi temuduga yang dijalankan oleh wartawan ABC, Cameron Wilson bagi program ehwal semasa Connect Asia bagi menyangkal dakwaan Muhyiddin itu.

Transkrip itu dihantar bersama-sama dengan surat menuntut permohonan maaf daripada Bernama, yang memetik Muhyiddin mengkritik Lim dalam laporannya 23 September lalu yang berjudul "Lim Guan Eng tidak sepatutnya sabotaj negeri lain - Muhyiddin".
"Semasa wawancara itu, Lim tidak menyebut mengenai Johor. Lim membincangkan tentang perjanjian pemohon suaka, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mengenai Pulau Pinang.

"Beliau tidak pernah menyebut Johor atau membuat sebarang rujukan mengenai keadaan di negeri-negeri lain di Malaysia semasa temuduga dengan Radio Australia," kata setiausaha akhbar Lim, Wong Kim Fei.

Dalam surat yang ditujukan kepada Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong, Wong berkata artikel agensi berita nasional itu adalah 'berita palsu, dusta dan penuh dengan pembohongan' sehingga menyebabkan Lim dibidas oleh pemimpin Umno.
Pada artikel 23 September lalu, Lim didakwa oleh agensi berita nasional itu sebagai berkata bahawa Johor adalah sebuah negeri yang tidak selamat berbanding Pulau Pinang dan kemungkinan seseorang diculik adalah tinggi.


Oleh itu, Lim menenutut permohonan maaf tanpa syarat dan sekiranya Bernama gagal berbuat demikian, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang.

Radio Australia adalah milik Australian Broadcasting Corporation dan menyiarkan perkhidmatan dalam talian serta radio antarabangsa yang disiarkan dalam lapan bahasa dengan tumpuan khususnya di Asia dan Pasifik.-MK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan