29 September 2011

Hanya dakwat kekal mutu rendah boleh tanggal-SPR INDIA

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) India menjelaskan bahawa penggunaan dakwat kekal yang bermutu rendah pada mengundi, merupakan punca dakwat tersebut mudah "tanggal".
Dalam jawapan melalui emel kepada Malaysiakini, Setiausaha SPR India, KN Bhar berkata, ini pernah berlaku di India, dan sejak itu, ia diatasi melalui "arahan ketat" kepada Mysore Paints dan Varnishes Ltd (MPVL), milik kerajaan negeri Karnataka .

"Punca utama kegagalan (penggunaan dakwat tersebut) adalah
berpunca daripada kecuaian dalam proses penyediaan. MPVL telah diarah supaya memastikan kualiti dakwat dikekalkan," kata Bhar.

SPR India terkenal sebagai sebuah badan yang bebas.


"Selepas itu, tiada lagi aduan diterima. Penggunaan dakwat
kekal cukup berkesan dalam mengelak pengundian berganda," kata Bhar.

Pada tahun 2009, seorang calon dalam pilihan raya Parlimen di bandar Pune dilaporkan oleh akhbar Times of India, membuat aduan bahawa dakwat kekal yang digunakan, dapat ditanggal.

Bhar berkata, negara India telah menggunakan dakwat kekal sejak 1951 dan MPVL membekalkan dakwat tersebut sejak tahun 1959. -MK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan