02 Ogos 2011

UMNO Kedah 'GORENG' Najib

UMNO Kedah 'GORENG' Najib
BERITA BESAR! BERITA BESAR!

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan makan tengah hari bersama-sama rakyat Kedah sempena lawatan beliau ke negeri itu Khamis ini”.

Acara makan tengah hari masakan kampung dalam program kenduri itu dijadualkan di Padang Awam Guar Chempedak dan dijangka dihadiri 10,000 orang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata lawatan rasmi sehari Perdana Menteri itu bermula dengan lawatan pada sebelah pagi ke Masjid Taman Wira Mergong dibina oleh Kerajaan Pusat sebanyak RM1.2 juta.

Ahmad Bashah berkata, Perdana Menteri kemudian akan bertemu orang ramai di tapak Pasar Tani Taman Wira, berdekatan masjid tersebut dan bersarapan bersama mereka di gerai di pasar tani berkenaan.

"Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pula mengadakan pasar tani mega di Taman Wira, selama tiga hari berturut-turut mulai Rabu ini sempena sambutan ketibaan Ramadan," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata Perdana Menteri akan menghadiri majlis bersama masyarakat Cina di Sekolah Menengah Keat Hwa, Jalan Kuala Kedah serta sambutan 100 tahun penubuhan sekolah tersebut dan selepas itu menghadiri kenduri rakyat di Padang Awam Guar Chempedak.

"Semua hadirin akan duduk secara bersila bersama Perdana Menteri pada majlis jamuan ini. Pada majlis ini juga upacara menaikkan kain rentang gergasi Barisan Nasional (BN) akan dilakukan," katanya.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri dijadual menghadiri perjumpaan dengan 10,000 belia di Stadium Mini Pendang dan diikuti pertemuan dengan rakan facebook beliau di Hotel Holiday Villa, Alor Setar.

Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, Najib akan menyertai jamuan makan malam bersama-sama 3,000 orang di Dewan Wawasan Jitra yang terbuka kepada orang ramai. - BERNAMA

Realitinya lawatan Najib ke Kedah bukannya bertemu rakyat Kedah tetapi hanya indah khabar dari rupa dengan berlegar-legar bersama konco-konco UMNO sahaja untuk menguatkan politik mereka.

Lawatan ke Taman Wira hanya untukmemulihkan kekuatan YB Datuk Ahmad Bashah yang ‘ratingnya’semakin menjunam kerana janji-janji lama hanya tinggal janji.

Lawatan ke Guar Chempedak untuk meletak tapas asas Senator Jamil Khir sebagai calun yang disebut-sebut dalam PRU13 yang akan datang.

Perjumpaan dengan 10,000 belia di Pendang hanyalah untuk memberi nafas politik kepada Datuk Rozai Shafian yang sedang tercungap-cungap seperti nyawa ikan dalam akuarium yang kehabisan air.

Hakikatnya pertemuan ini seharusnya di luar dari ‘inner circle’ UMNO di mana ketika ini hamba rakyat Kedah semakin hari semakin terasa kejauhan dengan Najib PM mereka.

Manakala kecintaan kepada Ustaz Azizan pulak semakin hari semakin bertapak di hati dan jiwa nurani mereka.

Kesimpulannya DS Najib masih lagi gagal membaca kehendak jiwa rakyat Kedah kerana masih dikongkong juak-juak UMNO yang hanya pandai mencium tangan Perdana Menteri tetapi tidak pandai mencium tangan rakyat.
-mummyrokiah

2 ulasan:

  1. Bukan saja UMNO Kedah goreng Najib. Pendekkata semua UMNO Malaysia goreng Najib. Najib kena tukar habis semua muka2 Ketua Perhubungan Negeri...banyak cakap kerja parti tak bergerak. Suka dengar nasihat kroni2 sekeliling dari suara rakyat. Yang pegang jawatan Menteri pulak lagi dahsyat..nak jumpa Menteri UMNO kena tunggu berjam-jam dan kena tapis melalui satiausaha2 dari pegawai khas, sus, susk dan setiausaha politik. Kami orang parti dan rakyat dikawasan parlimen masing2 pun sibuk jugak dan kalau menteri2 umno tak boleh nak jumpa orang biasa atau orang umno kepada siapa nak mintak tolong kalau bukan wakil rakyat yang dah menang. Kalau macam ini ..susahlah nak mintak undi dari kami terutama sekali orang umno. Datuk Najib kena pilih menteri dan wakil rakyat yang betul-betul mesra rakyat, kalau tidak UMNO kalah. Saya BENCI MENTERI SOMBONG.. kerana mudah lupa diri pada bangsa, agama dan negara/parti.

    BalasPadam