23 Ogos 2011

LEWAT 2: SAIFUL ROJOH(PLASTIK) SENDIRI DUBURNYA

Keadilandaily pula melaporkan..

Saiful beritahu doktor, plastik dimasuk ke dubur

KUALA LUMPUR: Saksi pembela dari Hospital Pusrawi, Dr Mohamad Osman Abdul Hamid berkata,

pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam kes fitnah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya.

Dr Mohamad Osman ialah doktor pertama memeriksa Saiful pada 28 Jun 2008.

Dalam keterangannya hari ini, beliau mempertahankan kenyataannya bahawa bekas pembantu Anwar itu mengakui objek plastik dimasukkan ke duburnya.

Saksi berasal dari Myanmar dan mendapat pendidikan perubatannya dari Universiti Yangon berulang-kali menafikan cadangan oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden bahawa beliau tidak menulis perkara itu selepas pemeriksaan dijalankan.

Selepas pemeriksaan, beliau dapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan dubur dan ketika itu Saiful memberitahu dia diliwat dengan objek plastik dimasukkan ke duburnya.

“Saya ada catatkan ini selepas Saiful beritahu saya selepas pemeriksaan dijalankan dan ada masukkan sebuah protoskop,” katanya.

Menjawab soalan Yusof, Osman berkata memasukkan plastik bukan meliwat. Beliau juga menafikan bahawa nota perubatan itu ditambah kemudiannya.

Yusof: Nota (mengenai objek plastik berkenaan) dicatatkan kemudian?

Osman: Nota ditambah selepas pasca pemeriksaan.

Yusof: Saya andaikan dia tidak kata sebarang plastik.

Osman: Dia (Saiful) ada beritahu saya.

Karpal, dalam pemeriksaan balas, kemudian bertanya sama ada nota dicatatkan pada hari selepasnya. Osman bagaimanapun menafikannya dan berkata ia dicatatkan pada hari yang sama.

http://www.keadilandaily.com/?p=19306

Tiada ulasan:

Catat Ulasan