PRU 13 Kedah (2)
Dalam membuat setiap unjuran kalah menang, ada empat factor utama yang sering digunakan, baik BN atau Pakatan.
1.Kekuatan diri / kekuatan lawan. (Sering dikaitkan dengan imej)
2.Kekuatan jentera pilihanraya.
3.Isu (nasional/local)
4.Calon.
Kekuatan parti (Imej)
Kalau baca Utusan atau tengok TV3, seolah-olah tidak ada lagi parti yang lebih baik dari BN. Sama ada betul atau tidak, bergantung kepada pembaca atau penonton. Bagi pembaca dan penonton diluarbandar, sudah tentu BN semuanya baik…sebab depa tak ada sumber alternative. Berapa ramai orang kampong yang baca Tranungkite? Yang tengok youtube? Yang baca Kedahlanie? Yang baca blog?
BN menguasai seluruh media arus perdana. Tak cukup dengan itu, depa sanggup bayar RM74 juta kepada APCO untuk meningkatkan imej depa. Pakatan keluar duit berapa? Cuma harap blogger yang buat kerja secara free. Bila takut keluar belanja, maka yang keluar dalam blog pun kebanyakannya copy paste.
Kalau Tanya kat orang tua dikedai kopi, kakitangan kerajaan, mat-mat rock kaki lepak, mat rempit kat hiway…apakah persepsi yang depa dapat tentang kerajaan yang ada sekarang?
Kalau tanya kat depa pasai BN…otomatik depa cakap pasai rasuah. Kalau tanya tentang kerajaan Selangor..kelam kabut. Orang ni buat, orang tu protes. Otang tu buat, orang ni komplen. Kalau tanya tentang Penang..ramai yang kata baguih. Bila tanya tentang Kedah…sunyi sepi. Kerajaan Kedah buat apa?
Dalam satu diskusi dengan pegawai-pegawai kerajaan di Kedah, seronok bila dengar depa bersembang. Pegawai kerajaan ni dah memang sikap depa. Kalau tak suruh..depa tak buat. Masa Umno dulu, banyak arahan diterima, depa seronok. Cuma depa fedup bila umno campurtangan berlebihan.
Bila PR ambil alih Kedah..depa tak tau nak buat apa..sebab tak ada arahan. Azizan bagi tau kat depa..hangpa buat kerja hangpa, kami tak mau kacau. Depa nak buat apa? Kakitangan kerajaan Kedah boring pasai tak ada rahan, tak ada dasar dan tak ada perintah.
Bila aku kutuk kerajaan Kedah…hangpa marah. Tapi bila aku minta kat hangpa tolong bagi tau, apakah idea kreatif ataupun dasar inovatif yang telah dibuat oleh kerajaan Kedah…sapa pun tak mau jawab. Persepsi aku ialah..hangpa pun serupa aku. Tak tau apa yang kerajaan Kedah buat. Kalau hangpa pun tak tau..macam mana orang kampong nak tau?
Bila orang tak tau apa yang hangpa buat, orang pun akan kata ..:Isshhh…serupa ja depa ni.!” Hangpa nak salahkan sapa? Yang selalu dok keluar bila ada cerita tak baguih. Cerita Ustaz Azizan perleceh orang PKR macam tong tempat berpijak untuk kait rambutan. Cerita pasai Azizan guna AUKU terhadap pelajar KUIN. Cerita Azizan marah kat orang Pas..”parti hangpa punya..Kedah aku punya.” Semua cerita negative. Hasilnya? Imej pun negative.
Jentera pilihanraya.
Jentera pilihanraya Pas memang kuat, tapi tidak digunakan secara optimum. Kalau pasai gantung bendera, tampal poster, gantung banner, buat ceramah..memang terer dan kreatif, tapi pasai nak dapatkan undi..yang tu lembab sikit.
Masa PRK Hulu Terengganu, aku ikut team Pas. Sekerat jalan..depa patah balik. Aku tanya pasai apa? Depa kata,..kat situ tak payah masuk…semua orang Umno”. Peeerrrghh!! Kalau kempen kat orang yang dah tentu undi kita…nak buat apa?
Jentera PKR memang out. Di Kedah la ni aku tak tau jadi macam mana. Masa pemilihan PKR dulu, ramai yang sokong Zaid. Bila Zaid keluar, depa pun ramai yang keluar. Tu pasai parti KITA nak bertanding di Kedah. Kali ini, kalau PKR masih nak harap bantuan jentera Pas..teruk la.
Kalau tengok masa pemilihan PKR dulu, ahli yang datang mengundi kot-kot ada 100 tiap cabang. Itulah ahli yang peka terhadap parti. Kalau itu jumlah yang nak buat kerja…macam mana nak menang?
Isu (Nasional/lokal)
Tahun 2008, memang banyak isu. Pak Lah tidoq pun boleh jadi isu. La ni nak pakai isu apa? Pak Lah pegang bahu Michelle Yeoh pun jadi isu. Kali ini, Anwar pulak jadi isu.
Setakat ini, tak banyak isu-isu rakyat yang diketengahkan. Kebanyakannya isu peribadi pemimpin politik. Dalam pilihanraya-pilihanraya kecil sejak keeblakangan ini, termasuk Pilihanraya Sarawak, isu utama adalah isu peribadi. Masa kat Bagan Pinang, isu Isa Samad. Masa kat Merlimau, dok main isu Rahim Tambi Chik. Masa kat Sarawak, main isu Taib Mahmud.
Masa sebelum 2008, kita dok cerita merata tempat tentang penyelewengan BN, tapi masa tu tak ada bukti. Bila kita dah menang, tak kan tak boleh korek skandal depa masa memerintah dulu? Bongkar la.
Tapi yang berlaku sebaliknya. Dulu kita kutuk Khir Toyo, la ni kita pulak subahat dengan kroni Khir Toyo. Kat Kedah, orang banyak dok komplen, Azizan lebih mesra Umno dari member-member Pakatan Rakyat sendiri.
Isu-isu perlu di ‘localise’ kan. Masa petrol dok naik, ada penceramah dok kalut pasai harga petrol naik masa ceramah kat Kuala Sepetang. Cina Kuala sepetang peduli apa harga petrol naik. Tapi bila harga disel naik, pemimpin Pakatan tak bising pun. Tinggal lah nelayan-nelayan Bagan Datoh, Pantai Remis dan Kuala Sepetang membela nasib depa sendiri.
Calon
Yang ni la yang paling leceh. Jentera dah cukup kuat. Kerja tengah mampuih. Tiba-tiba depa letak calon yang tak senonoh. Dan calon ni pulak ikut keputusan pemimpin atasan, yang bawah kena ikut.
Tahun 2008, boleh la letak tunggul pun orang pangkah. Tapi PRU 13, tak lagi. Kat Padang Rengas, kalau calon PKR Ketua Cabang yang ada la ni bertanding dengan Nazri Aziz, aku akan pangkah Nazri Aziz. Hangpa nak kata aku lalang, atau ejen Umno pun kata lah. Lebih baik aku pangkah Nazri aziz dari pangkah Alias Zenon. Sekurang-kurangnya, Nazri ada juga sembahyang kat Masjid Sauk. Nazri ada juga turun kat Pasar malam Sauk tunjuk muka, salam dengan orang. Tak macam Ketua Cabang PKR yang tak pernah turun tunjuk muka.
Aku lebih suka kalau calon tu diperkenalkan lebih awal. Senang dia nak buat kerja, dan senang kita nak perkenalkan kepada pengundi. Tapi parti selalu takut umumkan calon lebih awal, sebab takut kena sabotaj. Ini menunjukkan, parti sendiri tak percaya kat calon depa.
La ni..toksah dok sorok la keburukan calon. Sapa nak jadi calon, kena pastikan tak ada rekod buruk. Sebab bila dah diisytiharkan jadi calon, yang buka cerita tentang keburukan calon adalah kawan-kawan sendiri. Sapa yang ada parut Danok, parut Haadyai atau Betong..toksah berhajat nak jadi calon.
So, hangpa nilai la sendiri kawasan hangpa. Adakah jentera pilihanraya sudah mantap? Adakah isu-isu yang membebankan kita sudah diselesaikan? Adakah calon buat kerja?
Kalau nak tunggu umum pilihanraya baru nak turun padang…boleh blah la.-MSK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan