14 Jun 2011

KPI.......? Tok Bashah Menghitung Hari.......

Entahlah aku tak tahu apa lagi yang perlu Tok Bashah kita ni buat untuk memulihkan UMNO Kedah. Makin hari makin banyak permasalahan yang timbul. Walaupun Tok Bashah nampak tenang dan steady, hakikatnya beliau sedang menghitung hari pening memikirkan jangka hayat KPI beliau kian hampir. Kalau di ICU tu mungkin dah kena pakai alat bantuan pernafasan.

Setelah KPI merudum teruk ekoran dari tsunami UMNO SP, dan ditambah pula dengan bebanan bukan kes Anwar Aljuburi tetapi Raman Dijuburi di Padang Serai, timbul pula kes terbaru di Sik dengan cerita Khalwat. Nak aku hurai cerita di Sik ni tapi ramai akan kata aku ni (terutama puak Pro UMNO) gunting dalam lipatan la......., musuh dalam selimut la......., tali barut la....... Aku harap UMNO Kedah dapat selesaikan masalah-masalah yang ada sebelum aku terjah apa yang patut. Ini bukan ugutan, tetapi hakikat dan kenyataan. Hint aku bab Sik ni, pakat-pakat ramai boleh rujuk kat SINAR Sik atau Det Guaq.
Petikan dari FB Det Guaq....... Siapakah yang Det Guaq maksudkan.......?

Apa dah jadi UMNO Kedah oooiiii....... Mampukah Tok Bashah memperbetulkan UMNO Kedah yang dalam keadaan semakin NAZAK ni.......? Kalau ditanya rata-rata dengan KB atau geng kaki bodek ni, jawapan yang pasti kita dapat adalah "kami begitu yakin dapat mengambil balik Kedah dan bergerak mendalami hati pengundi. Jawatankuasa sentiasa turun padang mendekati pengundi.".

Juga aku dikhabarkan UMNO Kedah sudah wujud UMB. Tapi sayang seribu kali sayang, entah hidup atau mati pun aku tak tahu. Apa Urusetia Penerangan UMNO Kedah buat.......? Berbeza dengan negeri-negeri lain, UMB bergerak begitu rancak bersama-sama bloggers Pro-UMNO. Dikhabarkan juga bilik gerakan UMB Kedah ni terlalu sulit dan dirahsiakan....... tetapi takkan sehingga tak ada berita, pergerakan, pencetusan, maklumat dan pembongkaran isu-isu di Kedah. Sulit sangat kot sampai tak tau nak keluarkan.......? Atau pun wujud atas dasar Hangat-Hangat Tahi Ayam.......

Daripada komen-komen artikal aku yang lepas-lepas, dapat aku katakan bahawa rata-rata ahlih UMNO Kedah di peringkat akar umbi tidak begitu yakin dengan KEPIMPINAN DATO BASHAH yang banyak bergerak dengan cara ONE MAN SHOW bagi memulihkan UMNO Kedah. Dato Bashah sepatutnya BE A GOOD LISTENER.

Datuk Mukhriz seharusnya mengambil ikhtibar bagi memperbetulkan kepincangan kepimpinan UMNO Kedah. Beri peluang pada muka-muka baru untuk menghidupkan UMNO Kedah kembali. Rami tokoh-tokoh yang merupakan anak-anak tempatan mampu bergerak, tetapi kerana dik segelintir yang gilakan jawatan lebih-lebih lagi gila merian nak jadi calon, lantas mereka-mereka ini dicantas atau dikatakan tidak mempunyai pengaruh.

Mungkin pihak BPUNK kurang senang dengan artikal-artikal yang aku keluarkan dalam blog ni. Apatah lagi dengan kome-komen yang ditulis oleh pembaca setia blog ni. Boleh aku katakan sini bahawa masih ramai yang sayangkan UMNO dan ingin melihat UMNO/BN mengambil semula Kedah. Akan tetapi sejauh manakah suara-suara akar umbi akan didengari.......? Jadi, tak salah la kalau aku buka ruang ini untuk pembaca menceritakan apa sebenarnya yang berlaku pada UMNO di Kedah. Sekurang-kurangnya kot-kot mana la tahu kalau ada pihak-pihak tertentu dapat meneliti mahupun memberi perhatian dan mengambil tindakan dari apa yang berlaku.

"Kekuatan kita dalam mengatasi cabaran-cabaran akan datang bukan sahaja terletak pada pengalaman kita dalam memula dan mengurus perubahan pada masa lalu, tetapi juga pada kesanggupan kita untuk melakukan lebih daripada itu pada masa hadapan.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad 11 Oktober 1997.
- Sungguh Ka...?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan