25 Mei 2011

SKANDAL ANAK BABI SARAWAK

BAGAIMANA LEN TALIF – PENJAWAT AWAM/AHLI POLITIK BN/BOS SYARIKAT PEMBALAKAN YANG “BEROBJEKTIF” – MERAMPAS LONG TERAWAN!

bagaimana len talif – penjawat awam/ahli politik bn/bos syarikat pembalakan yang “berobjektif” – merampas long terawan!

Menjelang pilihanraya umum yang telah berlangsung, Pengarah Jabatan Hutan, yang bertanggungjawab ke atas lesen-lesen pembalakan, Len Talif, telah dilihat berlagak yakin di hadapan kamera para pemberita, menyokong dakwaan Ketua Menteri, secara bodohnya mengatakan bahawa 70% dari kawasan hutan di Sarawak masih berstatus “hutan dara”.

Dia juga mendakwa bahawa para pencinta alam sekitar telah dibiayai oleh sebuah industri lobak dari Belanda. Adakah kenyataan ini bermaksud semua orang akan melakukan apa sahaja dengan mengharapkan pampasan?

Len Talif Salleh telah kerap ‘dipersembahkan di khalayak umum’ sebagai seorang penjawat awam, Pengarah Jabatan Hutan yang berobjektif, dan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hutan-hutan di Sarawak, tanpa sebarang kepentingan politik. Ianya tidak dinyatakan sehingga pada masa Len Talif telah diketahui menjadi calon BN pada pilihanraya yang lalu!

Di negara-negara yang tidak dibelengu gejala rasuah, seseorang penjawat awam yang merancang untuk meninggalkan profesyennya untuk menyertai dunia politik, akan meletakkan jawatannya terlebih dahulu. Namun, Len Talif bukan hanya gagal berbuat demikian, tetapi berdasarkan laman web rasmi jabatan yang diterajuinya itu, Len Talif masih menjawat jawatan penting sebagai Pengarah Jabatan Hutan walaupun setelah berminggu-minggu lamanya dia menjadi YB BN selepas pilihanraya yang baru berakhir itu!

Kesimpulan yang boleh kita buat di sini adalah Taib mungkin telah ketandusan orang-orang penting mengganti Len, yang boleh dia percayai sama seperti sifat Len. Mungkin juga kini terdapat segelintir sahaja orang-orangnya di Sarawak yang akan mengakui bahawa seluas 70% kawasan hutan dara yang masih ada di bumi Sarawak!

Len Talif mengeluarkan lesen-lesen pembalakan untuk dirinya sendiri!

Tetapi ini adalah sebahagian dari percanggahan kepentingan tugas yang terdapat dalam pekerjaan Len Talif. Siasatan pihak kami mendedahkan bagaimana dia telah menjawat beberapa jawatan penting, yang memberikannya peluang dan ruang untuk mengawal sepenuhnya pengurusan pembalakan – sama seperti bosnya, Abdul Taib Mahmud yang membolot kesemua jawatan penting dalam kerajaan Negeri Sarawak.

Dalam tahun 2008, Len Talif telah secara serentak menjawat jawatan-jawatan sebagai Setiausaha Tetap di Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber/Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perhutanan dan juga Pengurus STIDC. Maka, adalah adil untuk mengandaikan bahawa Len Talif adalah lebih dari orang “suruhan” Taib Mahmud dalam soal-soal perhutanan di Sarawak – kami pun beranggap, ya!

Namun, ianya lebih teruk dari itu. Len Talif Salleh telah juga secara serentak bertindak selaku Pengarah kepada syarikat Pusaka KTS Sdn Bhd. Pusaka KTS adalah milik hartawan balak keluarga Lau, penyokong kuat Taib Mahmud dan BN, dan juga sebagai pemilik syarikat akhbar Borneo Post. STIDC mempunyai pegangan saham yang besar, diandaikan sebagai punca pendapatan Len Talif sebagai pengarahnya.

Ini jelas bermakna bahawa Len Talif telah secara giatnya mengejar kepentingan komersil dalam syarikat pensendirian dengan lesen pembalakan yang dia sendiri keluarkan bagi pihak Kerajaan.


Merompak orang-orang Long Terawan

Percanggahan kepentingan dalam tugasnya jelas apabila orang-orang di Long Terawan di kawasan Baram telah kehilangan tanah-tanah NCR mereka, dan mereka telah dan sedang menentang kegiatan pembalakan dan kini, pembukaan ladang di atas tanah hutan NCR mereka seluas lebih 100,000 hektar itu, yang pernah menjadi kawasan sumber pendapatan mereka sejak sekian lamanya.

Len Talif, seorang yang berani mengakui bahawa ¾ dari hutan di Sarawak masih belum disentuh, telah sebenarnya mengetuai perampasan, dengan mengeluarkan lesen-lesen kepada Pusaka KTS bagi keseluruhan kawasan itu. Maka, selaku Pengarah Jabatan Hutan, dia telah mengeluarkan lesen-lesen untuk dirinya sendiri yang juga bertindak sebagai Pengarah dalam Pusaka KTS!

Malah, Len juga telah bertindak selaku wakil Pusaka KTS dalam berbicaraan yang sengit menentang orang-orang tempatan berkenaan dengan lesen-lesen yang telah dia keluarkan itu. Orang-orang tempatan telah diusir keluar dari kawasan hak mereka setelah Len dan Pusaka KTS mengadakan rundingan sulit dengan ketua kaum di situ pada 2009 dahulu!

Rundingan yang sungguh memalukan

Orang-orang tempatan marah setelah mereka mendapati rundingan telah diadakan tanpa pengetahuan mereka. Kita mendapati bahawa ketika Len bertindak sebagai wakil Pusaka KTS, dia juga sedang menerajui pucuk pimpinan Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak pada ketika itu.

Orang-orang tempatan mengatakan bahawa syarikat itu telah membalak di atas tanah NCR mereka bertahun-tahun lamanya tanpa diadakan sebarang persetujuan atau pampasan dan tanpa sebarang tindakan dari pihak polis. Perjanjian sulit berkenaan adalah suatu usaha untuk mengambil kawasan itu untuk dijadikan kawasan ladang kelapa sawit, yang juga, tanpa menawarkan sebarang pampasan kepada para pemilik tanah NCR!

Wajarkah seorang Pengarah Jabatan Hutan yang mengeluarkan lesen-lesen kepada Pusaka KTS, juga terlibat dengan rundingan tersebut? Sudah tentunya tidak. Apa yang jelas pada kita sekarang adalah, cara ini telah digunakan oleh syarikat-syarikat pembalakan seperti KTS ke atas hak-hak orang asal di seluruh negeri Sarawak, yang diketahui sepenuhnya oleh Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud.

Sepertimana yang telah kita laporkan dahulu, adik perempuan Taib, Raziah Mahmud, yang menganggotai lembaga pengarah syarikat Quality Concrete telah cuba memperdayakan para penduduk di kawasan Sebangan pada tahun lepas. Kes ini telah dibawa ke mahkamah dan Quality Concrete telah tewas. Taib Mahmud telah membenarkan kegiatan seperti ini dilakukan oleh syarikat-syarikat pembalakan di Sarawak, di mana pihak penguatkuasa undang-undang terutamanya polis, sentiasa enggan bertindak ke atas sebarang aduan dan laporan yang mereka terima.

Apakah yang telah terjadi di Long Terawan?



Taib telah melakukan perubahan yang amat penting dalam sistem demokrasi orang-orang tempatan, di mana pemilihan ketua kaum mereka yang secara tradisinya dipilih menerusi undian, digantikan dengan perlantikan dari BN dengan dibayar sedikit upah.

Dengan terlantiknya ketua-ketua kaum menerusi cara itu maka Taib telah membenarkan mereka menyetujui sebarang perjanjian atau rundingan yang mereka tidak faham bagi pihak komuniti yang mereka wakili.



Satu lagi bentuk rundingan yang curang

Sehelai dokumen yang ditulis dalam bahasa Inggeris, ditandatangani oleh seorang ketua kaum yang tidak berwibawa dan sah, tanpa sebarang peguam, tetapi biasanya dimeterai di tengah-tengah keadaan riang-ria beserta hidangan alkohol dan sedikit suapan rasuah tidak akan dapat ditegakkan di mahkamah. Ianya suatu penipuan semata-mata, dan inilah yang telah dilakukan di Long Terawan.

Seorang peguam bagi komuniti di situ, iaitu pakar hak asasi kaum asli Abun Sui telah memberi amaran bahawa perjanjian yang kabur dan tidak sempurna, dengan tiada sebarang perincian untuk melindungi orang-orang kampung. Abun telah menyatakan bahawa dia tidak mendapat sebarang butir mengenai kawasan yang diminta oleh Pusaka KTS, walaupun ladang seluas lebih 100,000 hektar itu telah dirancang untuk dibuka di kawasan itu.

“Pihak kami gagal mendapatkan salinan geran sementara itu”, jelasnya. “Ianya seharusnya diberikan kepada kami, tetapi apabila kami memintanya, Jabatan Hutan enggan bekerjasama dengan kami, dengan mengatakan bahawa permohonan kami itu telah ditolak!”

Kenapakah Len Talif bertindak menghalang usaha peguam yang mewakili Long Terawan itu apabila dia telah menggunakan saluran yang sah di sisi udang-undang untuk mencari butir-butir lesen pembalakan yang dikeluarkan kepada syarikat di mana Len Talif Salleh sendiri selaku Pengarah yang merundingkannya dengan orang-orang tempatan? Jelaslah di sini, bahawa percanggahan kepentingan merupakan kesalahan rasuah yang amat serius.

Namun pihak kami telah memperolehi dokumen dari Pusaka KTS pada tahun 2009. Ianya telah menawarkan pampasan yang paling mimina untuk tanah mereka, sebanyak RM 300 untuk sehektar! Kayu-kayu di kawasan itu, terutamanya jenis kayu belian sahaja, dianggarkan bernilai sehingga berjuta-juta ringgit.

Kini Pusaka KTS berhasrat untuk meneruskan pembukaan kawasan itu sepenuhnya. Dalam ‘perjanjian’ tahun 2009 ianya bertujuan untuk menanam kelapa sawit. Dari beratus-ribu hektar kawasan itu, orang-orang tempat hanya diagihkan sebanyak 200 hektar seperti terdapat pada perjanjian itu. Tambahan pula, mereka hanya akan mewarisi kawasan yang kecil itu setelah penuaian pertama dilakukan oleh KTS!

Setelah menghadapi penentangan hebat dari komuniti Long Terawan, Pusaka KTS kini telah mengubah keadah mereka yang lebih bersifat oportunis. Pada tahun ini mereka berkelakuan lebih mesra masyarakat dengan menawarkan pampasan lebih dari yang dibuat oleh Len Talif dua tahun yang lalu.

Kini, setengah juta ringgit telah ditawarkan kepada masyarkat di situ dengan menjanjikan projek yang bersifat kurang jelas bernilai RM 2 juta setelah keseluruhan kawasan itu diterang dan ditanam – pada kali ini ianya akan ditanam dengan pokok Acacia yang berkontroversi itu. Namun, sekali lagi para peguam telah memberi amaran bahawa perjanjian itu tidak sempurna dengan meminta orang-orang tempatan yang miskin menjelaskan kos-kos guaman!

Seorang ahli kempen, Willie Kajan telah memberitahu Sarawak Report bahawa pentadbiran BN sedang mendapatkan sokongan dari ketua kaum di situ. Dia telah berjanji bahawa RM 2 juta akan diberikan, tetapi Willie telah memberi amaran kepada mereka bahawa mereka tidak akan melihat wang itu, terutama jika ianya tidak diberikan terlebih dahulu!

Jelaslah orang-orang Long Terawan tidak lagi memberikan sokongan dan kepercayaan mereka kepada BN, kerana apabila seramai 200 orang dari mereka telah menandatangani petisyen Willie untuk menolak rundingan itu, ketua kaum itu telah berjaya mendapatkan tandatangan sebagai mewakili keseluruhan komuniti di situ.

Namun, dengan adanya beratus ribu hektar dan bajet berbillion-billion ringgit, para pembalak yang membuat urusniaga dengan kerajaan Taib tidak akan mengundur diri semudah yang diharapkan.

“Kini mereka telah menghantar masuk samseng-samseng yang telah menebang kayu bagi pihak mereka, sama ada berperjanjian atau pun tanpa perjanjian”, kata Willie, yang tanahnya juga telah dibuka tanpa sebarang pampasan. “Beginilah cara mereka bertindak, mereka membawa masuk samseng-samseng, dan kemudian berpura-pura itu bukannya kerja mereka”.

Pembalakan di Sarawak tiada kaitannya dengan undang-undang dan pemisahan kuasa. Len Talif Salleh telah bertindak selaku seorang penjawat awam, ahli polotik dan usahawan secara serentak!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan