PANAS BERAPI - IKEA, bebola daging babi dan melayu !
" mereka mungkin makan babi tapi mereka tak makan suap. Mereka tak rasuah. Makan babi – kalau nak cakap ada kuman tak boleh mati lah, apa la – kalau sakit makan babi sekadar menyusahkan diri sendiri. Tapi kalau makan rasuah ni menyusahkan orang ramai..", - teh tarik gelas besar
Oleh : Teh Tarik Gelas Besar
Di negara pembuat IKEA ini – mereka makan babi setiap hari tapi rasuah mereka paling rendah sekali. Sup babi, bebola daging babi, kari babi, masak lemak babi, babi goreng kicap, segala-galanya babi – tapi rasuah mereka antara paling rendah di dunia.
Mereka ini dikalangan orang-orang yang dengar lagu black metal, yang atheist agnostik pagan pandeism antitheism – tapi nak bina jambatan kampung pun tanya penduduk kampung – buat bancian, buat perincian, setiap orang kampung nak bina jambatan kampung tau berapa pembelanjaan, siapa kontraktor, dan pembinaan dibina secara telus.
Di negara makan babi inilah – kalau guru besar nak guna kenderaan sekolah – kalau bukan kegunaan sekolah akan digantung kerja. Ini Sweden – negara IKEA. Negara dimana rakyatnya makan bebola daging babi.
Baru-baru ni,kedengaran kecoh di Twitter tentang di IKEA – bebola daging Sweden terkenal – mempunyai unsur-unsur kebabian yang ketara. Bani Melayu – seperti biasa, dari ahli politik makan suap, dari rempit, dari makcik penjual tudung Yuna, dari akak kerja kerajaan sampai budak Form 1 suka gebang cerita romen dengan budak – semua mula merasa jijik dengan IKEA ini.
Sefaham saya – IKEA ini menjual perabot. Belum pernah lagi saya buat perangai pergi kedai perabot Teng Kiat kat Puchong Utama untuk makan nasi goreng. Motif orang ke IKEA adalah untuk membeli perabot. Jadi bebola daging Sweden ini menjadi tarikan kepada ramai orang untuk mengenal budaya orang Sweden. Tetapi bila ada cerita babi – semua orang geli walhal dulu kat Facebook penuh gambar makan bebola daging Sweden kat IKEA.
One thing yang pelik tentang Meleis ialah mereka suka gebang bercerita tentang dosa. Anak buah saya hari tu cerita dia dah main romen dengan budak perempuan darjah 6. Hisap ganja hisap syabu hisap ice hisap kotek semua mereka cerita dengan bangga. Minum Chivas Regal, Black Label, Alberta Premium, vodka, sake, tuak, lihing semua cerita bangga. Tapi bab babi sorry – harooommm.Why double standard? You do all the sin with loud and proud – makan babi la.
For me – what’s so fuss about babi anyway?After all these while,I heard about Swedish meatballs at IKEA since 2003 – tapi right now dah 2011 dah berapa lama dah ni?Woi – 8 tahun dah.Where the fuck is JAKIM?
Sibuk tangkap orang miskin main romen kat rumah tumpangan murah je ke? Sibuk tangkap orang tak puasa je ke? Where are you JAKIM? 8 tahun ni kalau beranak sekarang dah darjah dua.Kalau tanam pokok rambutan dah berapa kali berbuah dah woi.
Dalam hal ni – aku tak salahkan IKEA. Mereka orang Sweden yang makan babi minum arak yang dengar lagu black metal yang cool selain muzik ABBA yang annoying. Mereka juga penyembah pagan dewa petir Thor. Mereka juga agnostik atheist pandeism antitheism dan ada yang menyembah setan. Dorang takkan faham syara’ Islammiyah ni.
Yang patut disalahkan ialah kerajaan yang sibuk kecoh nak mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi tapi benarkan syarikat ni masuk. Dorang ni mana-mana negara pun ada. Relax je.
Aku malas nak cakap tentang Melayu sebelum ketamadunan Gangga Negara.Empat perkataan pertama Melayu ialah api, besi, padi dan babi – sumber ekonomi paling penting Melayu yang asal. Tapi satu je aku nak cakap – walaupun ahli politik Melayu Islam negara ni tak makan babi macam penyembah pagan makan babi minum arak Sweden ni – tapi tanah orang kampung Berembang main sodok je. At least orang Sweden kalau nak buat pembangunan dia mintak izin dulu.
So in the end – mereka mungkin makan babi tapi mereka tak makan suap. Mereka tak rasuah. Makan babi – kalau nak cakap ada kuman tak boleh mati lah, apa la – kalau sakit makan babi sekadar menyusahkan diri sendiri. Tapi kalau makan rasuah ni menyusahkan orang ramai.
So instead orang Melayu bising-bising pasal Sus Scrofa dalam Swedish meatballs – why not kau cakap tentang ahli politik makan rasuah? Sebab kerana rasuahlah – JAKIM took 8 years to realizes ada Sus Scrofa dalam Swedish meatballs yang ko makan tu – and sebab rasuahlah – bumbung sekolah bocor, bumbung Puduraya bocor, bumbung Parlimen bocor, hospital berkulat, dinding bangunan retak, tanah runtuh – lagi merbahaya.
Well kalau korang rasa was-was dan cuak gigil takut tu ada babi, ni ada babi – baik korang jadi vegan. Makan semua sayur, kacang, tauhu tempe. Dijamin takde unsur babi. (sumber MalaysiaTimes)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan