PKR singkir 12 ahli parti
April 10, 2011
KUALA LUMPUR: Seramai 12 ahli KEADILAN hari ini dipecat berkuat kuasa serta-merta kerana berlaku khianat apabila bertanding sebagai calon bebas dan membantu parti lawan pada pilihan raya negeri negeri Sarawak, kata Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Dr Tan Kee Kwong.
“Jawatankuasa Disiplin KEADILAN mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN untuk memecat 12 individu dan diluluskan berikutan bertanding sebagai calon bebas (sembilan orang) dan secara nyata membantu parti lawan (tiga orang),
“Ia dilakukan demi menjaga nama baik parti. Keputusan ini selaras Fasal 18 Perlembagaan parti .Ia penting untuk mempertahan kepentingan dan imej parti.
“Tindakan bertanding sebagai calon bebas dan membantu parti lawan adalah tindakan khianat kepada perjuangan KEADILAN dan Pakatan Rakyat,” kata Dr Tan.
Bercakap kepada KeadilanDaily, beliau berkata, pemecatan itu sudah diluluskan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) hari ini dan berkuat kuasa serta merta.
Lina Soo (Bebas-Batu Lintang)
Mereka yang dipecat kerana bertanding sebagai calon bebas ialah Soo Lina, Cobbold anak Lusai, Kiprawi bin Suhaili, George anak Langgong, Michael Jok, Kenneth Adan Silek, Liam Anak Rengga, Michael Ding Tuah, Jok Ding.
Mereka yang dipecat kerana membantu parti lawan pula ialah Paul Kadang anak Dinggat, Jonson Chong, Hasrul Muhaimin Hasbi.
- Hasrul bekas calun DUN Kuah, Langkawi PRU2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan