Petikan sarawakreport.org
Taib Mahmud menganggap dirinya memikul tanggungjawab untuk menjaga kebajikan ahli-ahli keluarganya dan yang lain. Dengan ini beliau mempastikan setiap orang dari mereka harus menjadi jutawan, walaupun cara tersebut mengorbankan hak milik rakyat Sarawak yang sememangnya hidup sederhana ataupun di bawah paras kesederhanaan, di mana rakyatnya telah memilihnya mewakili mereka pada setiap pilihanraya.
seharusnya tiada lagi golongan orang termiskin di negeri Sarawak pada hari ini, kerana golongan ini datang dari bilangan penduduk yang kecil yang tinggal di negeri yang luas dan kaya dengan hasil buminya.
Tetapi di bawah BN, mereka terpaksa akur dengan kemiskinan dan selalu berasa gembira terhadap Taib setiap kali musim pilihanraya di mana mereka akan dibantu dengan sedikit beras, atau dijanjikan jalanraya yang tidak pernah ditunaikan.
Rakyat Sarawak telah membenarkan diri mereka sebagai rakyat Malaysia yang paling miskin, walaupun negeri mereka dikatakan negeri yang terkaya, dan ini kerana mereka sentiasa mengundinya pada setiap musim pilihanraya!
Mencuri wang untuk saudaranya Ibrahim
Kami boleh mendedahkan sebuah lagi skandal di mana Ketua Menteri yang tamak-haloba telah mengambil tanah milik orang-orang Sarawak dan kemudiannya menamakan saudara-saudaranya sebagai pemilik sah, agar beliau sendiri mendapat keuntungan dari hasil jualan tanah itu pada harga pasaran.
Kini sekali lagi orang-orang tempatan yang secara tradisinya pemilik tanah tersebut telah dirampas hakmilik mereka di mana telah bergantung hidup di atas tanah-tanah itu dan menikmati keindahan dan kesegaran hutan yang hijau dan subur.
Pada kejadian ini sebuah masyarakat kaum Iban dari daerah Pasai Siong, di Sungai Retus telah pergi ke mahkamah setelah mereka mendapati tanah-tanah NCR mereka telah diukur dan dibahagikan oleh kerajaan Negeri dan seterusnya diserahkan hakmilik kepada sebuah syarikat ladang kelapa sawit yang bernama Masretus Sdn. Bhd.
Seperti kebiasaannya masyarakat tersebut tidak diberitahu terlebih dahulu mengenai sebarang keputusan pada tanah-tanah tradiri mereka itu, justeru itu pada masa kes ini dibicarakan, hakim telah menolak tuntutan atau bantahan mereka kerana menganggap perkara tersebut sudah terlewat! Beginilah cara keadilan dilakukan di Sarawak.
Tetapi, sudah pastinya identiti sebenar pihak yang meraih keuntungan dari kecurian tanah-tanah ini tidak diketahui. Ianya disembunyikan dengan cara jualan yang dilakukan secepat mungkin dan juga disertakan pengumuman yang ringkas sebelum pertukaran hakmilik dilakukan.
Sarawak Report kini boleh mendedahkan pihak-pihak yang berkeuntungan pada mulanya adalah Ibrahim Mahmud, iaitu saudara Ketua Menteri dan anak-anaknya. Mereka telah merampas kawasan untuk perladangan ini dengan kaedah yang biasa dilakukan oleh keluarga mereka.
Dengan menggunakan kaedah ini, syarikat yang pada mulanya diberikan geran tanah di Sungai Retus berdekatan dengan Sibu oleh Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud (yang juga menteri Pembangunan dan Perancangan Sumber dan juga selaku Pengerusi PELITA, iaitu sebuah Badan Perampas Tanah) adalah Masretus Sdn. Bhd.
Pada 17hb Februari 2009 Masretus secara senyap-senyap telah menerima geran-geran bagi empat plot tanah yang sangat luas di Sungai Retus berjumlah 768 hektar dengan bayar yang kecil sebanyak RM500,000 sahaja.
Tetapi dalam masa 6 minggu sahaja, iaitu pada 3hb April 2009 berlaku suatu penjualan tanah yang disegerakan. Sebuah syarikat perladangan yang besar, Tradewinds (M) Berhad, telah mengumumkan kepada Bursa Malaysia:
“Para Lembaga Pengarah Tradewinds (M) Berhad dengan ini mengumumkan bahawa TWS melalui anak syarikatnya yang bernama Retus Plantation Sdn. Bhd telah, pada 3 April 2009, mendapat kesemua saham yang berbayar Masretus pada nilai RM7,208,600.00 “Acquisition”)”
Proses ini boleh diterjemahkan sebagai cara mendapat keuntungan yang mencecah RM7 juta tanpa melakukan apa-apa kerja. Pengumuman yang serupa mengesahkan bahawa Masretus adalah sebuah syarikat persendirian yang ditubuhkan pada tahun 2007 dan di mana:
“Kini Masretus adalah pemegang berdaftar ke atas geran-geran tanah yang dianggarkan seluas 768 hektar (1867 ekar), terletak di Pasai Siong, di Sibu, Sarawak. Kegiatan utama Masretus adalah ladang kelapa sawit”.
Pengaut keuntungan yang berlipat-ganda dalam masa enam minggu ini adalah para pemegang sahamnya, di mana identiti sebenar mereka adalah Ibrahim Mahmud, saudara Taib dan dua orang lagi anak-anaknya iaitu Yahya dan Mahmud termasuk dua orang lagi.
Ibrahim, iaitu seorang bekas anggota polis yang tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam perusahaan ladang kelapa sawit, telah mendapat keuntungan lebih-kurang RM7 juta dari wang para pembayar cukai di Sarawak yang telah menerima hanya sebahagian kecil dari nilai tanah itu.
Kecurian dan lesen-lesen sementara
Kegagalannya untuk memperoleh harga yang tepat bagi pihak rakyat Sarawak yang telah memilihnya sebagai wakil mereka bolehlah dianggap sebagai suatu kelalaian dalam tugasnya sebagai Ketua Menteri mereka. Hakikat bahawa beliau telah menyerahkan tanah itu kepada saudaranya adalah suatu kecurian yang serius kepada negara ini.
Lebih menyedihkan lagi apabila kecurian yang dilakukan itu diketahui oleh pemilik-pemilik tanah di Pasai Siong. Dalam suatu kenyataan yang dibuat oleh Tradewinds di mana isu pemberian geran tanah NCR di kawasan berkenaan adalah berkait-rapat dengan Masretus, pemegang “geran sementara”.
Seperti mana yang diketahui umum di Sarawak, dan begitu juga diketahui oleh Tradewinds, bahawa geran-geran sementara yang dikeluarkan oleh Taib merupakan cara beliau menjauhkan dirinya dari merampas tanah-tanah secara langsung dan ketara.
Sementara itu di Kuching pula, dongengan itu dikekalkan di mana geran-geran sementara hanya dikeluarkan secara bersyarat dengan persetujuan pemilik-pemilik tanah yang miskin, yang sebenarnya terserah kepada syarikat perladangan dan juga para penguatkuasa mereka untuk membuli, membohongi dan menipu orang-orang tempatan supaya mempercayai bahawa mereka tiada pilihan selain menyerahkan tanah mereka dengan harga yang kecil.Inilah yang telah terjadi di Sungai Retus seperti yang pernah terjadi di tempat-tempat lain.
Orang-orang di Sungai Retus mungkin tidak mengetahui bahawa golongan yang mendapat keuntungan lumayan yang berdasarkan kesukaran dan kepayahan hidup mereka adalah keluarga Ketua Menteri, tetapi para Pengarah Tradewinds sememangnya kenal akan identiti-identiti para vendor mereka.
Para Pengarah juga tahu keadaan-keadaan yang akan timbul dari jual-beli itu dan juga kautan keuntungan Ketua Menteri dan keluarganya. Para Pengarah Tradewinds, yang dikenali sebagai syarikat-syarikat perladangan kelapa sawit antara yang terbesar di dunia, telah dalam masa sebulan setelah memperoleh geran dan kebenaran, menyertai pertubuhan perusahaan kelapa sawit berterusan – Round Table on Sustainable Palm Oil.
Dalam profil keahliannya dalam RTSPO, Tradewinds telah menyatakan:
“Syarikat ini telah mengkorporatkan tanggungjawab pemeliharaan persekitaran dan terhadap kepentingan sosial ke dalam aktiviti perniagaannya”
Dakwaan ini diletakkan di bawah keparahan keadaan yang menyelubungi pengambil-alihan dari Masretus Sdn. Bhd.
Sekarang masanya untuk menghentikan pemusnahan
Sejak berabad Taib telah berbuat sebegini terhadap negerinya dan merompak rakyatnya sendiri. Beliau telah beroperasi dengan tanggapan bahawa hasil kecurian dan kekayaannya dapat dibawanya keluar dari Sarawak. Beliau mungkin boleh dikatakan sebagai salah seorang individu yang paling kaya di dunia di samping ahli-ahli keluarganya, tetapi dengan musim pilihanraya yang semakin hampir ini, kebenaran kini merapati Abdul Taib Mahmud dan rakyat Sarawak juga telah sedar apa yang telah beliau lakukan selama ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan