30 Mac 2011

SPRM GAGAL BERTINDAK RASUAH BERBILION RM OLEH TAIB

TERLALU TUA LAGI NYANYUK? – TAIB LUPA PADA PERNIAGAANNYA!

Taib Mahmud kini kelihatan terdesak dan terpaksa memilih untuk mempertahankan maruah dirinya menjelang kempen pilihanraya yang akan diadakan tidak lama lagi. Ini adalah kerana dia cuba membidas tohmahan dan dakwaan pihak pembangkang mengenai pelbagai kesalahannya seperti rampasan tanah, rasuah, nepostism dan menyalur keluar kekayaan Sarawak kepada bank-bank, perniagaan-perniagaan dan syarikat-syarikat hartanahnya di luar negara.

Para penasihatnya telah membuatnya menghadapi dan menjawab segala isu yang dibangkitkan bagi memulihkan kepercayaan para pengundinya yang kini kian marah. Suatu dari kaedah yang telah mereka laksanakan, yang dikenali sebagai ‘perang cyber’, adalah mempersembahkan beberapa siri tayangan video (yang disunting semula sebegitu rupa) temubual di mana dia menjawab soalan-soalan yang telah disediakan terlebih dahulu oleh beberapa orang pemberita (termasuk seorang pemberita yang dibawa khas dari luar negara oleh syarikat PR). Kemudian liputan itu diterbitkan di dalam kebanyakan laman-laman web baru BN dalam usaha mereka untuk memenangi hati rakyat.

Lebih baik mendiamkan diri?
Namun si atuk ini sering kelihatan tidak selesa dengan peranannya semasa menjawab soalan-soalan yang ‘sukar yang menyentuh perkara-perkara yang sepatutnya dielakkannya seperti penghutanan semula, kekayaannya dan masalahnya dengan pemilik-pemilik tanah orang-orang peribumi – dan apa yang kita dapati akhirnya, adalah suatu kesilapan yang amat memalukan.

Dalam pengakuannya yang terkini Taib sekali lagi telah kelihatan berusaha untuk menamatkan dakwaan-dakwaan terhadapnya bahawa anaknya telah memperolehi segalanya hasil dari wangnya sendiri dan juga dari peluangnya selaku seorang ahli politik. Namun alasan-alasannya yang tak masuk akal ini telah menimbulkan keraguan bahawa dia seorang yang pelupa dan semakin nyanyuk:

“Anak-anak saya semuanya berpelajaran tinggi, mereka telah menjalankan perniagaan mereka di luar negara. Saya terpaksa melakukan perniagaan di luar negara sejak 30 tahun lalu. Alasannya mudah sahaja kerana saya tidak mahu perniagaan saya itu bercanggah dengan kepentingan tugas harian saya, yang akan menghantui saya. [Jika] saya berniaga di dalam negeri, orang akan mengatakan saya menggunakan pengaruh saya untuk menambahkan kekayaan saya, maka kami berniagalah di luar negara”

Apa yang orang tua itu telah lupa, tetapi kebanyakan penduduk Sarawak tidak, bahawa keluarga, khasnya anak-anaknya, SEMEMANGNYA memiliki bilangan perniagaan yang terbanyak di negeri Sarawak. Kebanyakan dari perniagaan mereka adalah merupakan perniagaan yang ‘diswastakan’ dari kerajaan Negeri Sarawak yang diberikan oleh Taib Mahmud sendiri dan beliau sentiasa mempastikan bahawa kontrak-kontrak besar kerajaan akan ‘dilaksanakan’ oleh perniagaan keluarga beliau!

Bermula dengan CMS, dan kini ke Titanium Management!

Penemubual yang ‘jinak’, yang diterbangkan khas dari UK itu, bukan diupah untuk bertanyakan soalan-soalan susulan, jika tidak, maka dia akan bertanya, “Bagaimana pula dengan CMS dan Titanium Management?!”

Cahya Mata Sarawak kini merupakan syarikat terbesar di Sarawak dan merupakan perniagaan utama di Malaysia – terlibat dalam urusniaga dari pembinaan bangunan hingga ke perbankan. Siapakah pemegang utama saham-saham mereka? Mereka sebenarnya, adalah, ahli-ahli keluarga Taib Mahmud sendiri. Sebenarnya menurut Laporan Tahunan bagi tahun 2009 yang diterbitkan secara on-line, pemegang terbesar ke atas saham-saham dalam CMS yang telahpun meninggal dunia – adalah mendiang isterinya, Laila! Laila memegang 11.23% saham-saham di syarikat itu yang bernilai RM94 juta.

Dua orang lagi pemegang saham-saham terbesar adalah anak-anak lelakinya, Abu Bekir dan Sulaiman, diikuti anak-anak perempuannya, Jamilah dan Hanifah, yang sama-sama memiliki syarikat Majaharta. Apakah maksud Taib dengan menyatakan bahawa beliau dan anak-anaknya hanya berniaga di luar negara sahaja? Dan adakah beliau mengharapkan bahawa para pengundinya menganggap arwah isterinya yang pernah memegang saham terbanyak dalam CMS dahulu itu hanya dongeng atau fitnah semata-mata?

Taib telah ‘menswastakan’ banyak perniagaan milik negeri ini kepada CMS miliknya itu sebaik sahaja beliau memerintah.

Begitu juga, beliau telah menswastakan suatu monopoli perniagaan kerajaan negeri yang melibatkan pengeluaran lesen-lesen perkapalan kepada sebuah lagi syarikat keluarganya, Achi Jaya (yang dikendalikan oleh adiknya, dan juga selaku rakan-niaganya, Onn Mahmud). Salahguna kuasa beginilah merupakan sebahagian dari asas kekayaan keluarganya disamping kegiatannya mencari kenalan niaga yang berlumba-lumba mendapatkan konsesi-konsesi pembalakan dan perladangan.

Taib telah menyalagunakan kuasanya untuk menambahkan kekayaan CMS

Jauh dari mengelakkan konflik kepentingan terhadap tugas dan tanggunjawabnya sebagai seorang menteri atau penjawat awam, para pembaca hanya perlu membaca secara imbasan Laporan Tahunan CMS bagi tahun 2009 yang diterbit secara on-line untuk mengetahui bagaimana Taib telah mengeksploitasi kedudukan-kedudukan tingginya sebagai Ketua Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan dan Pembangunan Sumber bagi mempastikan wang negeri dimasukkan ke dalam syarikat keluarganya.

Taib telah mempersembahkan video on-line yang berjudul “Financial Transparency in Sarawak” [Ketelusan Kewangan di Sarawak], tetapi beliau telah sebenarnya ‘merundingkan’ semua kontrak-kontrak mewah secara tertutup dan penuh rahsia. Sekali lagi, ini kerana, sebagai mana yang dilaporkan dalam Laporan Tahunan bagi tahun 2009 syarikat CMS, Taib telah merundingkan semuanya pada dirinya sendiri!

Dalam masa setahun sahaja, kontrak-kontrak besar dari negeri Sarawak telah diberikan kepada CMS, termasuk pembinaan Bangunan Parlimen Negeri yang baru, bernilai RM296.5 juta; Pusat Konsvensyen Borneo (BCCK) yang baru, bernilai RM195 juta; Ibupejabat Sarawak Energy Berhad yang baru, bernilai RM232 juta dan sebuah jambatan yang merentasi laluan Batang Strap, bernilai RM20 juta. Macam mana Taib boleh lupa semua ini apabila beliau mengaku di hadapan penemubual (pemberita) dari luar negara bahawa beliau sentiasa mempastikan untuk tidak berniaga di dalam negeri Sarawak bagi mengelakkan konflik kepentingannya?!

Seorang anaknya ahli perniagaan terkemuka di Sarawak!
Sehingga Taib bercadang untuk mencalonkan anaknya, Abu Bekir, bertanding dalam pilihanraya negeri yang akan datang ini, dia tetap mempastikan bahawa anak sulungnya itu terlalu sibuk dengan perniagaannya dan tidak mempunyai masa berpolitik. Tetapi, di manakah perniagaannya dijalankan? Sila biarkan salinan Laporan Tahunan CMS bagi tahun 2009 itu yang diterbitkan secara on-line untuk mengesan. Abu Bekir mungkin memiliki perniagaan di luar Sarawak, tetapi kepentingan-kepentingannya di dalam negeri Sarawak juga amat menakjubkan. Bekir bukan sahaja berada di dalam Lembaga Pengarah CMS, malah dia memiliki banyak perniagaan, kesemuanya menikmati habuan dari ayahandanya, Taib, sebagai Ketua Menteri.

Abu Bekir bukan sahaja Timbalan Pengerusi Kumpulan bagi CMS (Pengerusi adalah iparnya, iaitu suami kepada Hanifah), malah Bekir juga Pengerusi dan juga pemegang saham terbesar dalam syarikat Sarawak Cable. Dia juga Pengarah dan pemegang saham terbesar dalam syarikat persendiriannya Titanium Management, iaitu sebuah syarikat yang pernah menimbulkan kemarahan kerana menerima kontrak-kontrak besar daripada bapanya, Ketua Menteri Abdul Taib bin Mahmud, sebaik sahaja dikorporatkan, walaupun tanpa memiliki apa-apa rekod.

Skandal terbesar adalah kontrak biayaan negeri untuk membina 384 buah jambatan dengan kos sebanyak RM551 juta. Titanium Management bukan sahaja gagal menyiapkan kesemua jambatan itu, malah ianya juga telah terjerumus dalam 76% lebihan perbelanjaan berjumlah RM947.8 juta, di mana bapanya Taib telah dengan baik hatinya bersetuju agar kerugian itu ditanggung oleh Negeri Sarawak!

Rampasan tanah juga

Titanium Management dan anak-anak syarikatnya juga merupakan peraih tanah-tanah yang dirampas kerajaan BN pimpinan ayahandanya Taib Mahmud. Abu Bekir telah menerima tanah-tanah itu (kebanyakannya tanah NCR) yang jumlah kesemuanya sebesar kepulauan Singapura, berdasarkan siasatan kami ke atas rekod-rekod yang kami perolehi dari pejabat pendaftar tanah.

Keputusan-keputusan untuk menyerahkan tanah-tanah itu kepada syarikat-syarikat milik Abu Bekir dilaksanakan secara tertutup dan bukannya secara tender terbuka, dan kesemuanya dilakukan oleh Taib Mahmud. Si anakanda Abu Bekir pula tidak dipaksa menjelaskan apa-apa premium tanah itu, kerana dia menerimanya sebagai ‘payment in kind’.

Maka, apakah yang telah difikirkan oleh orang tua itu, apabila beliau mengaku bahawa tidak berlaku sebarang konflik kepentingan ketika beliau dan keluarganya berurusniaga di Sarawak? Setiap orang di seluruh negeri Sarawak tidak mengetahui hakikat ini!

Pengharap habuan, seperti Awang Tengah

Sementara itu, terdapat juga skandal-skandal lain yang berterusan yang melibatkan penganugerahan-penganugerahan ladang untuk mendapatkan sokongan dari kalangan menteri-menteri (pilihannya) dan juga para kroninya. Berdasarkan kajian terkini kami, konflik kepentingan yang melibatkan rakan-rakan politik Taib adalah merupakan kawasan tanah yang luas yang diserahkannya kepada Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Ke-duanya, Awang Tengah.

Awang Tengah, yang telah mengeluarkan banyak kenyataan tegas mengenai hak-hak Kerajaan Negeri untuk ‘menyukat dan membahagikan’ tanah-tanah NCR pada minggu-minggu yang lalu, merupakan peraih yang bertuah ke atas 6,000 hektar tanah di kawasan balai Ringin. Orang yang didaftarkan selaku penerima tanah tersebut seperti yang terdapat dalam rekod pejabat pendaftar tanah adalah timbalannya, Awang Matusin Awang Drahman.
Sarawak Report

Tiada ulasan:

Catat Ulasan