29 Mac 2011

Mereka tidak bicara soal seks, bulu, perut, password dan seluar dalam.

oleh: Hanief

Kerajaan Singapura lebih fokus pada menjana duit untuk ekonomi negara mereka. Di mana ada ruang untuk memperkasakan ekonomi di situ mereka perkuatkan. Mereka tidak bicara soal seks, bulu, perut, password dan seluar dalam.

Kerajaan kita tak ada modal dalam membangunkan negara. Mereka tidak rela bekerja sama sebaliknya suka untuk berlawan dengan pembangkang walaupun pembangkang berjaya mentadbir dengan baik. Inilah pemimpin yang gila kuasa. Jelas sekali gila kuasa yang amat sangat. Mereka takut jenayah mereka juga dibongkar barangkali. Jika Hanief berani berkelana di Singapura dengan kerja rendah, mengapa tidak menteri yang bermasalah itu. Marilah ke Little India cari rezeki halal.

Umum tahu bahawa belanjawan negara kita ada defisit. Semua barang jadi mahal di Malaysia, kerana sikap menteri yang tak ada idea dalam membangunkan Malaysia.

Saya cadangkan menteri di Malaysia tidur di Singapura bersama rakyat terbawah dan rasai bagaimana ada makna dalam kehidupan mereka. Di Singapura paling kopak pun kita tak kurus dan dapat makan makanan berkualiti yang murah.

Di Malaysia? Ada yang terpaksa langkau sarapan pagi akibat waktu kerja yang panjang demi mengejar gaji yang kecil. Makan burger yang mengandungi MSG yang tentu mengundang barah.

Pada saya, kerajaan kita memang tak ada hati perut. Apa yang mereka tahu ialah mencukai. Bibit-bibitnya boleh dilihat pada rampasan subsidi, lambakan pondok tol, saman ekor yang memburu rakyat miskin, cukai kereta import yang tinggi dan banyak lagi.

Soal saman ekor, wujudkan dahulu sistem pengangkutan awam semantap Singapura. Baru laksanakan saman berekor atau bertanduk sekali pun.

Sebab itu ramai para pelabur lari. Ramai pelabur di Singapura mengaku bahawa wujudnya ketelusan dalam berurusan di Singapura.

Anda semua tahu bahawa saya sekarang kerja sebagai waiter di sebuah restoran vegetarian yang bermutu. Para pelanggannya ada yang terdiri daripada orang Yahudi, Amerika, Belanda, Jerman, India, Jepun dan banyak lagi. Setiap hari ada saja bualan yang menyentuh hal-hal ekonomi dan peribadi mereka. Dalam jam bekerja itu takkanlah kita tak terdengar langsung? Tak?

Di Singapura pun ada cukai juga yang dilaksanakan. Di sini ada GST. Contohnya anda makan ais krim $7.00, lepas dicampur cukai kerajaan dan cukai GST, ia akan menjadi $8.19. Tapi sedarlah, Singapura mengembalikan duit cukai itu pada rakyat mereka. Ia diterjemahkan dalam bentuk bandar yang sangat bersih dan mantap prasarananya serta makanan berkualiti yang murah. Bila rakyat cukup makan maka takkan ada secebis protes pun. Penulis blog politik pun boleh cerita bab leisure.

Bayangkan sebuah negara yang kecil mampu memperoleh makanan berkualiti yang murah dan menjamin bekalan makanan penduduknya. Di Malaysia? Pernah terjadi gangguan beras pun. Minyak masak dan lain-lain.

Sudahlah minyak petrol mahal, kereta berkualiti mahal. Jauh sekali nak dibandingkan dengan Singapura. Di sini satu tiket SMRT itu boleh membawa anda ke landasan mana sekali pun.

Tak perlu beli tiket yang mengelirukan. Semua bandar dihubungkan dengan mantap sekali dengan sistem pengangkutan awam. Terasa di hati sejak saya menjejakkan kaki di sini, saya rasa tak perlu ada kereta untuk hidup di Singapura. Blog Paultan.org pun tak laku jika begini. Hahaha!

Jangan terkejut jika suatu hari nanti, tak kira BN atau pun Pakatan Rakyat, mahu pun yang ada di atas pagar semua terpaksa bekerja di Singapura atau pun di negara maju yang lain.

Rakan sekerja saya dari Filipina dahulunya bekerja di Jepun, katanya kereta Suzuki Swift terpakai di sana berharga $1,000. Kalau di'RM'kan maka ia berharga RM2,400. Mat Rempit pun boleh pakai kereta. Hahaha!

Di Singapura, motor cub hanya dipakai oleh orang Johor. Orang Singapura main motor berkuasa tinggi. Paling teruk pun skuter.

Tentang kenderaan ini kalau kita fikir dengan waras, kehidupan seorang lelaki atau mana-mana warganegara pun, bukan bergantung pada kereta. Pengangkutan awam yang mantap adalah jawapannya. Kalau semua nak pakai kereta, jawapannya ada pada Kuala Lumpur jam 3 petang hingga jam 10 malam. Berkudis duduk dalam kesesakan jalanraya.

p/s: Saya baru duduk di Singapura selama 9 hari. Mungkin ada banyak lagi benda yang saya belum jumpa. Sama-sama kita nantikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan