26 Mac 2011

KEDUNGUAN TAIB SEMASA DIA MELANCARKAN PERANG-CYBER!

KEDUNGUAN TAIB SEMASA DIA MELANCARKAN PERANG-CYBER!

Akhirnya Taib melibatkan dirinya dalam ‘perang-cyber’ pada minggu ini – dan berakhir dengan mengatakan menantunya seorang pembohong!

Sejak sekian lama orang tua itu malu ditemubual dan sering mengelak dari para jurukamera TV, tetapi beliau kini semakin tertekan dan terpaksa membidas penemuan-penemuan kami di Sarawak Report dan baru-baru ini pula PM Najib Razak telah secara terbuka mengeluarkan amaran jika BN ingin memenangi suatu pilihanraya, mereka harus memenangi perang-cyber terlebih dahulu!

PM itu, yang jauh lebih muda dari Taib, seterusnya menepis tekanan semasa lawatannya ke Sarawak pada hujung minggu dengan mengadakan pertemuan dengan ‘kenalan-kenalan muda’ facebooknya dari Kuching. Maka, semalam Taib pula cuba melakukan sesuatu yang menyerupai tindakan PM itu – dengan beberapa siri ‘temubual secara on-line’, yang kemudiannya dilancarkan merentasi banyak laman web yang dikawal oleh BN.

Pada wawancara itu, yang dikendalikan bersama Ketua Menteri itu, yang telah dibahagi-bahagikan dan disiarkan menerusi laman-laman internet di bawah tajuk-tajuk yang berlainan seperti “Saya tak kenal keluarga Brown” dan “Sarawak menjaga hutannya”.

Tetapi, suatu slot tayangan yang bertajuk “Perniagaan Jamilah di Kanada itu berjaya, kerana dia cekap” telah menimbulkan rasa malu secara tiba-tiba. Ini kerana komen yang diberikannya bertentangan dengan dakwan yang telah dibuat di London oleh menantunya, Hisham (Sean) Murray, dan telah menyatakan bahawa suami kepada anaknya itu seorang pembohong!
Mereka sepatutnya telah menyelaraskan cerita-cerita mereka!

Sean Murray yang menyertai perniagaan keluarga Taib setelah dia mengahwini anak perempuan Taib, Jamilah, kini terlibat dengan pelbagai urusniaga hartanah Taib di seluruh dunia.Beberapa orang ahli keluarga Sean telah diambil bekerja dalam perniagaan-perniagaannya seperti Sakto, Sakti dan Ridgeford, yang dimulakan oleh Taib di UK dan Amerika Utara. Namun, menantunya Murray telah menafikan penglibatan Taib dalam rangkaian-rangkaian perniagaan itu.

Sepupu Sean, Christopher Murray, yang menguruskan Ridgeford Properties di London, telah memberitahu seorang pemberita pada tahun lepas bahawa Sakto (syarikat yang pertama dalam kumpulan itu, yang ditubuhkan oleh keluarga Taib di Canada) telah sebenarnya ditubuhkan oleh bapanya bersama bapa Sean, yang kebetulannya bersaudara kembar.

Kemudiannya, keluarga Murray telah mengupah seorang peguam terkemuka di UK untuk membuat kenyataan akhbar di mana mereka menyatakan:

“Sakto, Sakti dan Ridgeford bukan dan tidak pernah dibiayai oleh Encik Taib Mahmud … Jika dakwaan ini dibuat, maka pelanggan kami akan mengeluarkan saman terhadap anda tanpa sebarang notis” [Kenyataan menerusi Mishcon de Reya]

Namun Taib mengaku bahawa dia TELAH menubuhkan Sakto dengan memberikan wangnya kepada Jamilah, sebagai mana yang ditayangkan dalam video atas talian itu.

“Ianya bermula 20 hingga 30 tahun yang lalu. Saya memberikan wang kepada anak saya kerana saya bersara dari kabinet Kerajaan Persekutuan. Saya menerima gratuity dan memberinya sebahagian dari wang saya itu untuk membuolehkannya memulakan perniagaan yang baru … Ianya berjaya dan dari kejayaan mereka berniaga ke London”. [Taib 22/03/2011 http://realsarawak.blogspot.com]

Mungkin Sean yang sepatutnya menyaman Taib?
Jadi, siapakah yang bercakap Benar?


Cerita daripada Taib Mahmud itu sukar untuk dipercayai, berdasarkan dari mana dia mendapat wang sebanyak itu untuk dilaburkan dalam perniagaan Jamilah. Menurut siasatan dan kajian yang telah kami lakukan, pelaburan tahun pertama Sakto adalah dalam harta yang melibatkan 700 unit kediaman. Dalam pada itu Laporan Kewangan syarikat Sakto bagi tahun 1983 telah menunjukkan ianya telah memperolehi aset-aset bernilai CAN$7 juta (RM22 juta), $4.5 juta (RM14 juta) daripada jumlah itu yang telah dilaburkan oleh pemegang sahamnya, i.e. Taib Mahmud sendiri. Apakah jenis ‘gratuity’ itu sebagai mana telah diterima oleh seorang Menteri Persekutuan yang bersara?

Sementara itu, ketika Taib, yang masih muda pada masa itu, sebagai seorang Menteri Persekutuan, beliau sudahpun dikenali sebagai salah seorang ahli politik yang terkaya di Malaysia. Ini sememangnya tiada kaitan dengan sebarang gratuity, tetapi kerana pada masa itu bapa saudaranya Tun Rahman Yakub, telah memberinya konsesi pembalakan yang lumayan untuk menebang hutan-hutan di Sarawak!

Namun, Sarawak Report amat bersetuju bahawa semua bukti-bukti yang terdapat dalam rekod-rekod awam Kanada menunjukkan Taib adalah orang yang membiayai pelancaran Sakto dan ianya dimulakan sebagai perniagaan keluarga Taib yang tiada kaitan langsung dengan keluarga Murray atau bapa-bapa mereka!

Dakwaan Murray tidak benar sama sekali!

Keluarga Murray telah menjelaskan dakwaan mereka bahawa Taib tiada kaitan dengan sebarang syarikat tempat mereka bekerja dengan memberikan keterangan-keterangan selanjutnya dalam dokumen-dokumen makhkamah mereka:

“Tidak. Encik Taib tiada kepentingan perniagaan dalam Sakto, Sakti dan Ridgeford. Encik Taib bukannya, dan tidak pernah bertindak sebagai pengarah dalam mana-mana korporat kami. Dia bukan pemegang saham dalam mana-mana syarikat kami, tidak juga berkuasa ke atas syarikat-syarikat kami, sama ada secara langsung atau tidak langsung”.

Not only are all these statements contradicted by Taib himself, we have (thanks to the late Ross Boyert) seen and taken copies of all the documents relating to the setting up of Sakti International in California – and these definitively prove that Abdul Taib Mahmud was an original Director of the Company and that he was the 50% shareholder too! (see below)

Kenyataan-kenyataan ini amat bercanggah dengan Taib sendiri, kami telah (terima kasih kepada mendiang Ross Boyert) melihat dan mendapat salinan-salinan dokumen yang berkaitan dengan penubuhan Sakti International di California – ini membuktikan bahawa Abdul Taib Mahmud adalah Pengarah asal syarikat itu dan beliau adalah pemegang 50% saham syarikat itu juga!

Taib applies Quantity not Quality principle to the ‘Cyber-war’!
Taib mengamalkan prinsip berkuantiti, dan bukannya berkualiti terhadap ‘perang cyber’!

Sarawak Report telah mendapati bahawa orang yang di sebalik kempen perang-cyber bagi Taib adalah Ketua Penerang Pemuda PBB, Abdul Aziz bin Tan Sri Adenan Satem. Bapanya, Adenan Satem adalah Ketua Penerangan PBB – pernah berkahwin dengan adiknya Zainab!

Sebagai rakan-rakan bloggernya kami ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada anak Satem itu kerana bekerja keras untuk mempromosikan ‘si Rambut Putih’ yang semakin lanjut berusia sebagai tarikan on-line. Tetapi anak Satem itu seharus tidak mencuba untuk membantu. Taib kelihatan degil dan teragak-agak untuk menonjolkan dirinya sepanjang rancangan on-line itu.

Namun, kempen usaha si Ajis adalah tanpa belas kasihan, dan sememangnya dibiayai sepenuhnya. Sejak beberapa bulan yang lalu, para pemerhati dan pelayar laman web telah melihat dengan rasa geli hati pada kemunculan laman-laman web yang serupa, kedua-duanya mengenai Sarawak, kesemuanya mempromosikan Taib dan BN.

Pakar mengenai web telah mengesan peniruan dalam ke semua laman web yang direka, contohnya, menggunakan laluan yang sama untuk menyembunyikan asal-usul – kesemuanya ada di antara laman-laman yang baru siap direka itu, seperti SarawakReport(s).org, mana kala yang lain yang lebih mantap, tetapi telah diusahakan mengikut format BN. Pemerhati Abdul Aziz kini dapat mengesan sekurang-kurangnya 30 laman dan bilangannya bertambah dari hari ke hari!

Semua laman yang diusahakan Aziz Satem mempunyai dua bentuk isi kandungan. Pertama, adalah untuk mempersembahkan item-item propaganda ala-Soviet mengenai Taib yang mempromosikan lebih banyak ‘pembangunan’ di Sarawak, dan kedua, menyerang para pengarang dan penerbit Sarawak Report (di samping menyanjung mereka sementara itu juga melalui peniruan yang dilihat terdesak). Namun, kesemua laman web itu kelihatan membosankan dan tidak menarik perhatian mana-mana pembacha/pelayar. Jika anda menggunakan google untuk mencari Sarawakreports.org, yang pasti anda dapat adalah laman popular www.sarawakreport.org!

Namun, terdapat strategi yang diatur dengan bersungguh-sungguh di sebalik pendekatan perang-cyber BN, yang kini semakin terbongkar. Hari ini satu dari laman-laman web Abdul Aziz (Sarawak Bersatu) memulakan komen-komennya dengan mengeluarkan pemerhatian yang kelihatan bagaikan tidak bersalah:

“Jika laman web ini bermula dengan mempersoalkan tindakan-tindakan Clare Rewcastle Brown dan laman Sarawak Reportnya, kita merasakan diri kita sebagai suatu suara dari ceruk hutan belantara. Kini, setiap kali anda membuka internet anda akan mendapati ramai orang dari hari ke hari yang mempersoalkan pandangannya dan juga motivasi-motivasinya”!

Sememangnya sedemikian! Dan pengarangnya, Abdul Aziz tahu dengan tepat kenapa banyak laman web seperti itu diwujudkan!

Namun, jika dia pernah menghadiri sekolah penerbitan dia akan diajar bahawa dengan hanya mengeluarkan komen-komen adalah pilihan yang bersifat malas dibandingkan dengan cerita yang asal yang diterbitkan berdasarkan kajian dan siasatan menyeluruh dan penyebaran maklumat yang asli. Para pengguna internet kini telah tertanya-tanya kenapakah mereka perlu membuang masa membaca pandangan-pandangan yang berat sebelah, sedangkan Sarawak Report adalah satu-satunya laman web yang dikunjungi 50 ribu hits (kunjungan) dan bilangan ini semakin hari semakin bertambah, berbanding dengan salah sebuah laman web Aziz yang hanya mendapat 8 kunjung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan