Admin blog Ureka.com juga dikenali MSK akhirnya keluar PKR secara anak Jantan, Beliau seorang yang berterusterang dan juga pengkritik yang baik..rupanya PKR tidak mampu dikritik juga mudah diserang VIRUS umno-apco. Mungkin ada yang sedikit berani dan berprinsip akan bercakap,menegur dalam mesyuarat,media akan dilebel pengkhianat...atau jawapan mudah tindakan anda telah dijangkakan...
Selamat Jalan PKR
Posted by Admin on 2/14/11 • Categorized as Esei,msk
PKR pasca 2008, tak sama dengan PKR pra-2008. PKR sebelum menang, tak sama dengan PKR selepas menang.
Sebelum menang, macam-macam janji. Macam-macam harapan yang ditaburkan. Selepas menang, janji entah kemana, harapan entah kemana.
Aku dah baca banyak komen. Aku dah dengar banyak alasan. Aku dah tengok banyak contoh. Dan aku dah rasa banyak pengalaman.
Cukup lah sampai disini. Aku tak mau lagi bersubahat dengan mereka yang mungkir janji. Sebab mungkir janji itu adalah sifat munafik.
Aku tak mau dengar alasan lagi. Sebab alasan hanyalah helah untuk menutup kelemahan.
Aku tak mau kutuk lagi, sebab itu bukan contoh yang baik.
Dengan itu…aku mengambil sikap untuk berundur dari PKR. Aku bukan keluar PKR, sebab aku masih lagi memegang prinsip yang diperjuangkan. Tetapi aku tak sanggup lagi berada dalam PKR yang ada hari ini kerana ianya tidak lagi memegang prinsip yang diperjuangkan.
Maka dengan ini, aku mengisytiharkan, bahawa aku bukan lagi ahli PKR, bukan lagi penyokong PKR dan tidak ada kena mengena dengan PKR. Tetapi bukan bermakna aku memusuhi semua kerabat PKR. Masih ramai mereka yang didalam PKR yang aku hormati. Tetapi oleh kerana ianya dipimpin oleh mereka yang tidak lagi aku hormati, maka aku tidak lagi mahu bersubahat dengan mereka.
Selamat jalan PKR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan