14 Februari 2011


Mengapalah dipersoalkan kebijaksana-sini Datin Seri Flom?
Ahad, 13 Februari 2011 21:37 BlogMaster
Kita mengharapkan isteri Rosmah, dato Seri Najib untuk menjawab soalan berkaitan Bahagian FLOM Jabatan Perdana Menteri? Kirim salam... Sebenarnya hanya seorang sahaja yang dapat memberikan jawapan kepada sebarang persoalan dan kekeliruan iaitu Datin Seri Flom sendiri... seorang yang pandai. Selain itu dia juga seorang yang bukan sahaja bijaksana tetapi bijaksini. Yang bijak ke sana, bijak ke sini.

Papan tanda mengenai lawatan kerja Najib ke negeri Sabah baru-baru ini pun dipaparkan gambar dua merpati sejoli ini. Gambar PM dan Flom yang pandai dan bijak. Pendek cerita memang tepat Flom amat membantu.

Kalau tidak membantu menyemak di JPM, sekurang-kurangnya di papan-papan tanda, billboard, banners dan yang sewaktu dengannya. Mudah-mudahan kemunculan wajah Datin Seri Flom taklah hingga melarat ke wang kertas RM (RM tu dah ada dah....).

Baru-baru ini Flom telah 'membantu' Najib 'mengukuhkan' hubungan dua hala dengan melakukan lawatan ke Oman. Menurut Flom sendiri, lawatan berkenaan ditaja oleh kerajaan Oman.

Kalau benar begitu, memang Flom pandai dan bijak.

Akan tetapi pujian ini belum cukup. Ia masih belum cukup rasa bagi menggambarkan kehebatan beliau.

Mungkin Anifah lupa menyebutkan juga bahawa Flom hebat dalam cari penaja lawatan. Tak lama lagi tak payah naikkan harga minyak. Mulai sekarang kalau subsidi minyak masih menjadi beban kerajaan, mintak tolong saja dengan Flom dapatkan derma dari kerajaan asing.

Atau mungkin perbelanjaan bahagian Flom di Jabatan Perdana Menteri pada masa akan datang ditaja oleh mana-mana pihak yang boleh dipujuk. Juga, program permata beliau tidak memerlukan beratus-ratus juta lagi dari saku kerajaan mulai tahun hadapan.

Pandai. Bijak.

Cuma persoalan utama sebenarnya bukan setakat pandai dan bijak saja. Sebenarnya ia juga menyangkut beberapa perkara yang tidak begitu selesa diperkatakan oleh masyarakat Malaysia.

Seperti kata Najib, Flom tidak ada dalam perlembagaan negara. Oleh itui seorang Flom tidak mempunyai urusan secara langsung dalam pentadbiran rasmi kerajaan.

Jika dalam mana-mana urusan PM tidak dapat pergi menyempurnakan, orang paling utama yang menjadi wakil kerajaan selepas beliau ialah Timbalan Perdana Menteri. Tatacara ini meliputi juga lawatan ke Oman yang sibuk diperkatakan sehingga sekarang.

Bagi urusan yang menyentuh perkara luar negara dan Perdana Menteri serta Timbalan Perdana Menteri tidak dapat menghadirinya, maka itu akan secara langsung menjadi tugas Menteri Luar dan Duta yang dipacak berkampung di negara berkenaan.

Bukan begitukah, Anifah?

Kita teruskan lagi dengan urusan-urusan kerajaan dalam negara. Jika Perdana Menteri serta Timbalan Perdana Menteri tidak dapat menghadirinya, maka itu akan secara langsung menjadi tugas menteri-menteri lain yang berkenaan menanganinya.

Di Malaysia, tiada seorang pun yang lebih berpengalaman menjadi isteri PM selain dari Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Beliau menjadi Isteri Perdana Menteri [bukan Flom] selama 23 tahun. Selama tempoh itulah juga Tun Dr. Mahathir digambarkan sama ada sebagai wira atau jembalang bergantung kepada pihak mana yang membuat gelaran. Tetapi, seingat saya tidak pernah ada yang tergamak memberi gambaran buruk kepada Dr. Siti Hasmah. Hendak dikata tidak pandai dan tidak bijak, tidak tepat juga kerana beliau pun seorang doktor perubatan sama seperti suaminya.

Tindakan Flom yang seperti ini adalah tidak wajar serta menuntut penjelasan rakyat. Lebih tidak wajar jika kerajaan terus menerus menikus kemudian senyap-senyap memadamkan laman web bahagian F.L.O.M di Jabatan Perdana Menteri dengan harapan penyalahgunaan dana dan kakitangan kerajaan untuk menjaga urusan FLOM ini tidak lagi boleh dikesan.



Jangan lupa bahawa pada setiap ketika ada 74 juta bijik mata dari 37 juta rakyat Malaysia sedang memerhatikan tingkah dan laku yang sedang diaksikan di Putrajaya walau pun web berkenaan sudah lesap entah kemana.

Dikata salah, didiamkan pun salah. Akan tetapi tingkah ini bersahutan dengan ungkapan tidak enak seperti

terhegeh-hegeh
memandai-mandai
lebih sudu dari kuah

Hendak diteruskan jugakah? Rasanya tentulah. Orang pandai dan bijak biasanya tidak akan mudah mengalah begitu saja. Jangan susah, tukang sorak pun tetap juga akan dapat habuan lumayan.

Dipetik dan diubahsuai daripada Arimi Sidek Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan