30 September 2010

PEMILIHAN PKR SEMAKIN HOT

Pemilihan PKR semakin hot

Oleh: msk

Sabtu dan Ahad ini, Mesyuarat Agung Cabang-Cabang PKR akan berakhir. Ada yang naik…ada yang turun. Ada yang dah nak sampai kepuncak, tiba-tiba merudum jatuh kegarisan pertama. Pemilihan diperingkat Cabang melalui sistem terbuka ini seolah-olah macam main dam ular. Ada yang naik laju…jatuh pun laju.

Menarik dalam pemilihan PKR ini ialah jatuh naik seseorang itu ditentukan oleh ahli. Satu ahli satu undi. Tak boleh nak jolok Ketua Cabang atau perwakilan dengan wang ringgit atau lawatan ke Betong. Sapa buat kerja dengan tenaga, dia naik…sapa yang buat kerja dengan air liur…nganga.

Hujung minggu ini juga akan menentukan siapa yang dapat pencalonan yang tinggi dan sapa yang dapat pencalonan yang sikit. Tapi apakah pencalonan mencerminkan sokongan?

Aku tak setuju kalau jumlah pencalonan mencerminkan sokongan. Tetapi ia hanya boleh digunakan sebagai petunjuk macam mana nak berkerja untuk mencapai kemenangan. Faktor utama yang perlu diberi perhatian ialah siapakah pengundi-pengundi yang akan keluar mengundi nanti.

Aku klasifikasikan pengundi PKR kepada 3 kategori. Offline, GPRS dan 3G.

Kategori Offline adalah pengundi yang tak ada akses internet. Tak kira duduk dibandar atau dikampung. Selalunya geng Boomers yang fobia terhadap internet. Aku katakan…terdapat hanya kira-kira 15% pengundi Boomers dalam PKR yang ada akses internet, manakala 85% masih lagi baca Utusan dan Berita Harian. Cuma baca Harakah dan Suara Keadilan sekali-sekala. Tapi merupakan ahli tegar parti. Pasai gantung bendera, tampal poster, susun kerusi ceramah nombor satu. Dalam masa yang sama, lebih percaya Utusan dari Internet. Kalau tak percaya, kenali ahli-ahli Pas atau Keadilan dikampung-kampung dan tunggu kat kedai suratkhabar pagi-pagi. Tengok, suratkhabar apa yang depa beli.

Kategori GPRS adalah kategori mereka yang ditengah-tengah. Pagi beli suratkhabar, malam baca internet…ataupun anak-anak tolong bagi tau. Yang ini, open minded sikit. Belah sana pun dia ambil tahu, belah sini pun dia ambil tahu.

Jenis GPRS ni tak boleh harap sangat. Kadang-kadang slow…kadang-kadang laju. Pagi-pagi kita tengok depa baca Utusan, tapi jangan ingat dia percaya. Sebab dia juga ada sumber alternatif sebelah malam. siang-siang dia ikut saja cakap apa yang dicakapkan oleh orang lain…tapi belah malam…dia kata..”mengarut”. Yang ni banyak kat Cabang-cabang dan pegang jawatan. Bila orang suruh sokong Mus…dia mula-mula angkat tangan. Tapi dibelakang..dia yang kempen jangan sokong Mus.

Jenis ketiga…lagi tak boleh harap.Jenis 3G. Yang ni tak baca Utusan tapi dok tengok internet berjam-jam sehari. dia round seluruh blog dan laman web dan kemudian buat keputusan sapa dia nak sokong atau tentang. Ini jenis yang tak wala’ kepada pemimpin tapi wala’ kepada prinsip dan idea perjuangan.

Dalam PKR ramai yang jenis 3G. Terutamanya yang masuk sejurus sebelum 2008 atau selepas 2008. Ini orang-orang yang meluat kat MIC, kat MCA dan kat Umno. Depa tak ada nostalgia reformasi…tak ada nostalgia kena air asid atau belantan FRU. Kalau tanya sapa barisan kepimpinan PKR yang otai pun dia tak tau.

Jenis 3G ini tidak mau melihat kebelakang..tapi nak tau apa yang ada didepan. Sapa yang bercakap tentang masa depan, depa sokong. Sapa yang bercakap tentang nostalgia, tentang kesetiaan, tentang pengorbanan..depa buat tak tau.

Dan depa juga tak mau budaya yang depa kenali dalam BN dulu digunapakai dalam PKR. Depa tak mau PKR hanya berbeda dengan Umno hanya dari segi nama. apa yang depa mau…PKR juga mesti berbeda dengan Umno dari segi budaya. Ini yang tidak difahami oleh ramai pemimpin otai PKR terutama yang datang dari Umno. Masih ramai pemimpin PKR yang berbudaya Umno.

Ramai yang buat majlis berbuka puasa, majlis rumah terbuka….semata-mata untuk berkempen. Dan dalam masa kempen, depa kutuk orang tu, kutuk orang ni. Akhirnya, sapa yang datang mendengar hanyalah dari jenis Offline dan GPRS.

Apa kaitan jenis ahli dan pencalonan yang sedang berjalan?

Kalau ikutkan pencalonan yang diterima oleh calon-calon, mereka yang didalam Team Azmin dah boleh tempah baju Melayu dan beli songkok tinggi. Dah boleh sediakan ucapan kemenangan dan mengajak semua yang kalah untuk bersatu semula.

Azmin dah dapat 90 pencalonan manakala Zaid dapat 33. Mus dapat 15.

Kalau lah pencalonan itu diterjemahkan kepada undi, kita boleh kira macam ni.

Jumlah ahli: 362,728

Azmin dapat: 236561
Zaid dapat: 86,739
Mus dapat: 39,426

Sepatutnya, Azmin bukan saja dah boleh tempah baju melayu, malah dah boleh order minyak attar dari Ropewalk. Zaid boleh tempah tiket pi umrah. Tapi pasai apa team Azmin masih lagi mengelabah?

Sebabnya, jumlah pencalonan tidak menggambarkan jumlah sokongan yang diperolehi.

Kita tengok Dr. Mansor saja. Kalau tak ada campurtangan tangan ghaib yang menyebabkan Pak Tam sakit perut diminit terakhir, Dr. Mansor pun ghuyup macam Mus. Sivarasa pun dah out, tapi keputusan ditangguhkan. Kamarul Baharin out, walaupun dibelakangnya ada 20 Ahli Parlimen dan 13 ADUN yang sama-sama menyokong Azmin.

Dream Team Anwar tumbang satu persatu. Aku dah kata minggu lepas…Dan jangan juga terkejut, kalau trend pemimpin yang selama ini dianggap popular dan mendapat sokongan terbanyak tetapi tumpas akan berterusan.

Nak tau macam mana aku kira?

Ambil contoh Mus di Perak. Dia hanya dapat 11 pencalonan dari 24 Cabang. Tak sampai setengah walaupun sebelum itu diwar-warkan bahawa semua Cabang di Perak mendesak Mus bertanding Timbalan Presiden. Tapi bila sampai waktunya, Mus dapat tak sampai setengah. Dari jumlah 11 pencalonan itu, berapakah undi yang diperolehi oleh Mus?

Di Kuala Kangsar Mus dapat 8 undi. Zaid 6. Azmin 6. Itu pun pasai penyokong Azmin dan Zaid dah malas nak tunggu. Lenggong…Mus dapat 23 undi. Mungkin di Bagan Serai dapat lebih sikit…100 undi. Sungai Siput lebih kurang 50 undi. Dari jumlah 4 pencalonan yang Mus dapat, jumlah undinya tak sampai 200 undi.

Begitu juga dengan pencalonan yang diperolehi oleh Azmin. Kebanyak pencalonan yang Azmin dapat datang dari kawasan Offline dan GPRS dimana kehadiran yang mengundi bawah 100.

Tapi tengok pula pencalonan yang diperolehi oleh Zaid. Dari satu cabang di Kuala Lumpur saja dah dapat lebih 1,000 undi. Berapa yang diperolehi di Rembau dan Telok Kemang? Di Sabah dan Sarawak?

Satu pencalonan yang diperolehi oleh Zaid di Selangor, sudah dapat menewaskan keseluruhan undi yang diperolehi oleh Mus di Perak, Perlis atau Terengganu. Dengan Azmin…belum tau lagi. Kalau Azmin tak dapat 70% dari Selangor, dia kena ikut aku jumpa Pak Akop minta air penawar.

Minggu depan, Anwar keluar negeri. Orang-orang kuat dalam Team Azmin bungkus. Dr. Mansor tak dapat memberikan undi yang diharapkan kepada Azmin di Pulau Pinang. Johari Abdul juga gagal menahan sokongan kepada Zaid di Kedah. Negeri Sembilan juga gagal menahan gelombang penyokong Zaid dan Chegu Bard. Malah Kamarul Baharin sendiri bungkus di Telok Kemang.

Satu reformasi baru sedang berlaku dalam PKR. Kalau tahun 1998, reformasi tercetus kerana penyingkiran Anwar…apakah reformasi 2010 akan berlaku dengan penyingkiran Zaid?

Anwar berada di persimpangan. Sama ada menyingkirkan prinsipnya….atau mempertahankan Dream Teamnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan