28 April 2010

KAPAL SELAM TAK BOLEH SELAM LAGI!!!!!




Pakar Perundangan Perancis, Mr.Joseph Breham Dijangka Tiba Di Malaysia Hari Ini Bagi Dapatkan Maklumat Kes Pembelian Kapal Selam Scorpene !!
Seorang anggota perundangan Perancis, Joseph Breham (foto), telah memfailkan aduan mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam kepada kerajaan Malaysia dijangka tiba di Kuala Lumpur hari ini. Misi Breham adalah untuk mencari maklumat lanjut bagi menyediakan kes berkenaan serta berjumpa dengan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram, yang juga adalah anak guamnya dalam kes berkenaan.

Perjanjian yang menelan belanja berbilion dolar itu dimeterai oleh menteri pertahanan ketika itu (2002), Najib Razak yang kini PM Malaysia. Perjanjian itu dikatakan memberi komisyen RM3.7 billion kepada seorang sekutunya, Razak Baginda. Nilai pembelian itu adalah untuk memperolehi dua kapal selam kelas diesel - yang dibina oleh Armaris, sebuah anak syarikat firma pertahanan gergasi Perancis, DCN (Dulunya dikenali Direction des Constructions Navales) dan pemajakan kapal selam ketiga yang sudah bersara yang diusahakan oleh sebuah syarikat usahasama antara DCN dan firma, Sepanyol, Agosta. Breham, seorang daripada tiga peguam yang failkan kes berkenaan dengan pihak pendakwaan Perancis bagi pihak Suaram memberitahu Asia Sentinel bahawa mahkamah telah membuka siasatan awal dan akan menasihatkan anak guamnya berhubung langkah seterusnya. Breham, Renaud Semerdjian dan peguam utama, William Bourdon, memfailkan permohonan bagi menyiasat rasuah dan wang umpanan ke atas DCN pertama kali pada Disember dan failkan dokumen tambahan Februari lalu.

[Perkembangan terbaru ini, bakal menyebabkan Najib Razak, Razak Baginda dan Rosmah Mansor tidur tak lena dan bagai cacing kepanasan. Dua "kambing hitam" yang entah betul atau tidak dikorbankan iaitu Sirul dan Azillah bakal menghantui mereka. Inilah yang dikatakan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jua. Mahkamah di Malaysia boleh mereka beli dengan wang ringgit, tapi kini mahkamah dari Perancis yang akan membongkarkan skandal ini.
Ia membuktikan perjuangan Najib belum berakhir. Namun, apakah beliau akan menggunakan sepenuh kuasa untuk menghalang?. Sesuatu yang lebih mengejutkan pasti akan terjadi selepas ini. Apapun, misteri pembunuhan Altantunya akhirnya akan terjawab selepas sekian lama menjadi tanda tanya dan misteri seluruh rakyat Malaysia seantero dunia].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan