28 Januari 2010

ORANG MELAYU PUN DAH BELAH!!!

Orang Melayu Pun Dah Tak Larat Nak Duduk Dalam Malaysia
Saya dapat maklumat, beberapa jam selepas gempa bumi di Haiti, kira-kira 7 orang rakyat Malaysia dari bangsa Melayu telah berada di Haiti untuk melakukan kerja-kerja telekomunikasi. Mereka berpengkalan di Jamaica telah dihantar dengan laju sekali ke Haiti untuk menjalankan kerja-kerja membaikpulih sistem telekomunikasi Haiti yang rosak teruk akibat gempa bumi.

Namun, mereka hanya berada di sana 2 hari sahaja kerana dinasihatkan pulang oleh majikan mereka. Keadaan waktu itu terlalu bahaya dan penyakit juga bakal tersebar akibat ribuan mayat yang bergelimpangan. Sehingga ke tahap, mayat2 tidak diangkat dan menjadi makanan anjing.

Ertinya, orang Melayu di Malaysia yang sepatutnya dilindungi DEB pun boleh merantau sampai ke Jamaica untuk mencari rezeki sehingga sanggup menyabung nyawa di negara seperti Haiti. Kalau mereka duduk di Malaysia, sudahlah gaji rendah, kos hidup makin lama makin tinggi. Nak buat bisnes, semua peluang UMNO dah bolot. Tengok TEKUN sudahlah, semua puak-puak UMNO bolot.

Habis tu? Orang luar lagi pandang tinggi bakat2 orang Melayu dari orang Melayu sendiri. Orang luar dengan senang hati mengambil orang2 Melayu di Malaysia untuk bekerja dengan mereka. Dan mereka membayar gaji yang jauh lebih lumayan dari majikan-majikan di Malaysia.

KOS HIDUP MAKIN MAHAL TAPI GAJI TAK NAIK-NAIK. KERJA PUN MAKIN KURANG

Saya dapat maklumat Petronas sendiri pun sudah mula hendak membuang orang. Dan secara umumnya, gaji di Malaysia semakin lama semakin kecil. Kalau duduk di Kuala Lumpur dengan gaji RM1500 sebulan, nak makan apa?

Itu yang saya dapat maklumat ramai gadis-gadis Melayu sekarang mencari pendapatan lebih dengan menjadi GRO dan pelayan. Ertinya bayang-bayang Indonesia sudah semakin jelas di Malaysia, walaupun masih tidak merebak teruk seperti di Indonesia.

Tapi, bila wang minyak kita habis, saya tak tahu apa yang akan jadi pada masa depan anak-anak kita

BEBERAPA CONTOH LAGI

Saya dapat maklumat di UK, US, Canada dan Australia, pelajar2 sarjana kita yang ditaja universiti tempatan ramai yang melarikan diri dan bekerja di negara-negara Barat tersebut. Ini kerana negara-negara Barat sudi memberi mereka gaji yang lumayan, sara hidup yang baik serta peluang pekerjaan yang lebih mencabar kepada pelajar-pelajar kita.

Maka, mereka mengambil keputusan untuk terus menetap di negara mereka belajar dan tidak pulang ke Malaysia. Kalau mereka pulang pun, peluang mereka bekerja amat terbatas dan gaji yang mereka bakal dapat pun tidak seberapa.

Saya juga mendapat maklumat ramai teknokrat dan professional Melayu di Malaysia sudah meninggalkan Malaysia dan bekerja di serata dunia. Dan jumlah ini akan menjadi semakin banyak dalam tahun-tahun mendatang.

Semuanya kerana syarikat-syarikat luar negara lebih memandang tinggi keupayaan serta kebolehan teknokrat Melayu berbanding syarikat-syarikat di Malaysia.

Dengan kadar korupsi yang tidak pernah turun, maka Malaysia tidak menjamin masa depan mereka dan anak-anak mereka. Hasilnya, orang-orang Melayu semakin meninggalkan Malaysia untuk mencari rezeki mereka.

DEB HANYA UNTUK UMNOPUTRA DAN KRONI

DEB sebenarnya ada dua aspek. Aspek yang pertama sudah lupus (i.e. biasiswa, pelajaran etc). Aspek kedua adalah dari aspek ekuiti yakni mahu menaikkan bilangan akutiti bumiputra supaya setara dengan bangsa-bangsa lain.

Maka, dari sinilah kita ada program seperti AP, Kontrak Kelas F, pembahagian saham, pemberian kontrak secara “direct award” dsbnya.

Aspek kedua DEB kesemuanya dimonopoli oleh UMNOPUTRA dan kroni-kroni UMNO. Dengan kata lain, orang Melayu biasa yang mempunyai bakat berniaga tetapi bukan UMNOPUTRA atau KRONI tidak akan dapat peluang kepada modal yang diperlukan melalui DEB.

Dan UMNOPUTRA lebih suka menggunakan aspek DEB ini dan meng “subcon” ke syarikat-syarikat bukan Bumiputra. Sebab itulah 70% dari peruntukan Rancangan Malaysia Ke Lapan telah pergi ke syarikat-syarikat bukan Bumiputra. (Kalau tak percaya sila tanya Effendy Nawawi).

Dengan kata lain, majoriti orang Melayu akan kekal di bawah “tuan-tuan feudal” mereka selagi mana UMNO masih terus memerintah.

Dan dari 1997 kita belajar, bila ekonomi baik, keuntungan semuanya disapu oleh UMNOPUTRA dan KRONI. Bila mereka rugi, kita rakyat Malaysia terpaksa mem “bail-out” mereka.

Tak heranlah, orang-orang Melayu pun dah “fed-up” dengan UMNO dan meninggalkan Malaysia dengan banyaknya. Selagi ada peluang mereka akan tinggalkan Malaysia. Percayalah.

Itu yang kita boleh jumpa orang Melayu bekerja sehingga ke Jamaica. Padahal kalau zaman 1980’as bila disebut Jamaica, yang kita tahu hanyalah negara asal Bob Marley. Itu sahaja.

Tulang Besi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan