06 Julai 2009

BAGAIMANA KALAU KOREA UTARA..MELANCARKAN NUKLEAR KE MALAYSIA???

Korea Utara: PKR Mahu Kerajaan Bertindak

Parti Keadilan Rakyat memandang serius laporan media antarabangsa yang mendakwa bank di negara ini terbabit dalam pengekspotan senjata Korea Utara.
Akhbar Korea Herald dan Korea Times melaporkan kerajaan komunis itu berusaha mendapatkan baki pembayaran melalui sebuah bank yang tidak dinamakan untuk sejumlah senjata yang diekspot ke Burma.


Menurut agensi berita Korea Selatan, Yonhap, pembayaran awal untuk senjata-senjata itu telahpun dibuat namun sebahagian bayaran kepada kerajaan komunis itu masih tersimpan di bank terbabit.

"Resolusi 1874 yang diluluskan pada 12hb Jun 2009 mengharamkan sebarang ekspot senjata oleh Korea Utara. Langkah ini bertujuan menyekat Korea Utara dari menggunakan dana hasil penjualan senjata bagi pembangunan program senjata nuklearnya," jelas Setiausaha Agung PKR Salehuddin Hashim.

"Sekiranya benar tuduhan yang dilaporkan akhbar terbabit, kita merasa kesal dengan kecuaian kementerian dalam negeri dan regulasi kewangan negara," tegas beliau.
Delegasi Kerajaan Amerika Syarikat, diketuai Philip Goldberg berada di Malaysia untuk menghalang pembayaran dibuat untuk kargo-kargo senjata itu.


Korea Utara dikenakan sekatan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selepas republik itu melaksanakan ujikaji nuklear pada Mei tahun ini.

Keadaan bertambah runcing apabila Korea Utara turut melancarkan tujuh peluru berpandu yang dipercayai ujikaji kemampuan membawa beban nukuler.

"Kita bimbang sekiranya terbukti tuduhan bank di Malaysia terbabit di dalam transaksi penjualan senjata oleh Korea Utara, negara ini akan dikenakan tindakan keras oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sepertimana yang nyaris dikenakan apabila syarikat Scomi Precision Engineering dikatakan terlibat di dalam menghasilkan komponen senjata nuklear," kata Salehuddin.

Menteri Luar Negeri Anifah Aman hari ini dilapor sebagai berkata kerajaan Malaysia bersedia untuk memberi kerjasama menyiasat skandal ini.

Dipetik dari tvantara.com


komen: kacau le...kalau kita tak bayar dia tala roket nuklear ke negara kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan