Assalamu'alaikum...,
Kepada semua penduduk Lunas.Terlebih dahulu saya menyusun kemaafan di atas kesibukan kerja, saya tidak dapat tumpu sepenuh perhatian di Lunas.
Hampir setahun lebih saya lebih menumpu perhatian sepenuhnya tugas-tugas exco, alhamdulillah kestabilan Kerajaan Negeri Kedah bertambah baik dan stabil.Kini saya akan cuba meluangkan masa lebih di Lunas bagi memastikan Lunas akan lebih berkembang maju dalam apa jua bentuk dari segi ekonomi, sosial dan pembangunan.Antara program yang akan saya susun adalah :
1.Saya akan berada di Lunas pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.
2.Melakukan lawatan ke setiap daerah DUN Lunas.
3.Mengadakan perjumpaan bersama Ketua Komoniti dan Ahli Majlis.
4.Cuba mendapatkan peluang-peluang pembangunan, pertanian dan perniagan.
5.Menaikkan taraf hidup miskin tegar.
Saya merayu serta memohon daripada semua, sama-samalah kita berusaha memajukan Lunas.Sekian, terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan