Kenyataan Media ADUN Titi Ser
Berikutan dengan insiden malang dan memalukan dalam sejarah demokrasi di Perak dan di Malaysia dengan ini dengan rasa penuh tanggung jawab saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan atas nama seorang ADUN Negeri Perak dan sebagai Pengerusi kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat:Kenyataan saya seperti berikut :
1. Saya mengecam dengan sekeras-kerasnya tindakan UMNO dan BN yang menggunakan pasukan Polis yang dibawa secara haram untuk mempertahankan tindakan haram mereka. Ekoran dari tindakan yang menyalahi undang-undang ini mengundang kekecohan dalam dewan negeri secara terancang dan menjayakan usaha BN untuk merampas kerusi Speaker secara tidak sah.
2. Sebagi orang yang diamanah untuk menjaga Kelab Penyokong saya juga mengecam sekeras-kerasnya tindakan pasukan polis yang bertindak secara kasar dan ganas kepada tidak kurang dari lapan orang ADUN pakatan rakyat semasa pergelutan di meja Speaker sekitar jam 3 petang. Tindakan Polis yang menceroboh masuk ke dalam dewan sangat memalukan generasi m,uda yang mula mengenali dunia politik yang jelas telah melanggar undang-undang telah disusuli dengan tindakan ganas kepada orang yang telah diamanahkan oleh rakyat untuk menggubal undang-undang dan perkara berkaitan dalam negeri Perak di dewan tempat mereka melakukan tugas rasmi itu.
.3. Jika tidak ada pencerobohan dan membenarkan pergerakan ADUN dan siapa saja untuk hadir sidang seperti biasanya, saya yakin persidangan akan berjalan dengan lancar mengikut undang-undang yang telah diperuntukkan.
4. Suka saya mengigatkan kepada pihak yang tidak bertanggung jawab dalam mengeruhkan sidang kelmarin samada pihak BN dan UMNO, Setiuasaha kerajaan Negeri, dan Polis bahawa peraturan dan undang-undang yang sedia ada dalam mengawal selia perjalanan sidang negeri telah ada sejak kita mencapai kemerdekaan dan diguna dengan penambah baikkan dari masa ke semasa sehingga ianya boleh memberi satu keyakinan undang-undang itu sudah cukup praktikal dan ampuh bagi melahirkan sidang yang aman dan tenteram.
5. Saya juga sangat mengesali dengan tekanan yang diberikan kepada pegawai-pegawai kerajaan sperti bantara dan lainnya sehingga mereka semacam telah diarahkan supaya tidak mematuhi apa-apa arahan dari Speaker Perak, V.Sivakumar yang masih sah sehingga sekarang.
6. Saya berseru kepada semua penyokong dan rakyat di kawasan ADUN Pakatan Rakyat dan tidak terkecuali di kawasan DUN yang dikuasai oleh BN supaya melakukan Laporan Polis kepada kejadian 7 Mei kelmarin.
7. Harapan saya semuga semua PAS kawasan mengadakan solat hajat bagi memohon restu dan petunjuk dari Allah dalam menghadapi kemelut yang berpanjangan dalam siri tindakan dan kezaliman BN di malaysia khususnya di Perak.
8. Seruan saya juga saya sampaikan kepada semua rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan keadilan, marilah kita memberi sokongan padu kepada perjuangan rakyat bersama wadah Pakatan Rakyat. Jangan sampain BN melakukan perkara yang lebih dasyat dari peristiwa semalam . Walaupun kita sudah fikirkan peristiwa "jakun" kelmarin sudah tidak masuk akal dan sangat memalukan , jangan sampai BN bertindak lebih tidak masuk akal sesudah dari ini.Pada; * Mei 2009
Drs. Khalil Idham LimADUN Titi Serong/Pengerusi BBC Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan