09 Mei 2009

DUN Perak belum bersidang?

Setelah saya meneliti dan menghayati peristiwa di DUN Perak melalui rakaman video Malaysia Kini dan TV Pas, juga mendengar berkali-kali rentetan peristiwa oleh MB Nizar, sahlah bahawa Sidang DUN Perak belum lagi bersidang. Walaupun saya bukan hakim yang berhak untuk membuat keputusan sah atau tidak sahnya persidangan ini, sebagai rakyat biasa saya bernaluri bahawa MB DPulaulah punca segala honar dan nanah di DUN Perak. Kedegilan MB DPulaulah yang menyebabkan Tuanku Raja Muda menunggu lebih lima jam.

Speaker Sivakumar telah menyatakan dengan jelas bahawa 10 ADUN yang digantung mesti keluar daripada dewan bagi membolehkan Sidang DUN dimulakan. MB DPulau serta enam exco dan tiga lompat enggan dan degil dengan arahan speaker. Bentara juga tidak mahu mendengar arahan speaker. Sekiranya mereka keluar, Sidang DUN boleh dimulakan dan Tuanku Raja Muda boleh segera bertitah ucapan. Tuanku tidak perlu menunggu lebih lima jam di Kamar Diraja. Untuk makluman, Mahkamah Persekutuan hanya mengistiharkan bahawa penggantungan mereka dibatalkan tetapi mahkamah yang sama juga telah menolak untuk mengistiharkan bahawa keputusan speaker ini menyalahi undang-undang. Bermakna tindakan dan keputusan Speaker tidak membenarkan 10 ADUN ini keluar adalah tidak menyalahi undang-undang. Speaker masih berkuasa penuh.

Speaker juga telah menyatakan bahawa usul untuk memecatnya telah ditolak di dalam kamarnya sehari sebelum Dewan DUN bersidang. Speaker menolak dengan alasan bahawa usul itu diusul dan disokong oleh ADUN yang sedang digantung kehadirannya. Oleh kerana ADUN berkenaan sedang digantung, maka usulnya tertolak secara otomatik. Ngapeler tengin bebenor UMNO ni? Ngape usul itu tidak diusul dan disokong oleh ADUN UMNO yang bukan exco? Sekurang-kurangnye peningler juge Speaker mencari alasan untuk menolak usul camtu .. mangkuk!

Dalam riuh rendah dewan, Timbalan Speaker Hee merampas kuasa Speakernya. Hee tidak mengikuti aturcara majlis. Aturcara majlis sepatutnya dimulakan dengan titah ucapan pembukaan Sidang DUN oleh Tuanku Raja Muda. Tetapi Hee 'membuka' Sidang DUN dengan menerima usul memecat Speaker Sivakumar dan melantik Speaker baru. Kemudian diikuti dengan majlis pakai jubah dan angkat sumpah Speaker baru. Tindakan Hee ini telah menyebabkan Tuanku Raja Muda terpaksa menunggu lebih lama lagi. Tindakan ini secara langsung telah menggambarkan bahawa UMNO telah menghina Tuanku Raja Muda yang sedang menunggu di Kamar Diraja. Kamar Diraja bersebelahan dengan Dewan Sidang. Ce kome pikio, derhake ker idak UMNO ni pade Tuanku Raja Muda?

Tuanku Raja Muda terus dihina apabila Speaker baru menangguhkan sidang selama satu jam. Selepas satu jam Speaker baru telah menerima dan meluluskan pula usul membatalkan Sidang DUN bawah pokok. Teman gelak yeop. Dulu deme kata sidang ni tak sah. Kalo udah tak sah, buat peronjang aper ade usul batalkan keputusan Sidang DUN itu? Deme tak sedorker yang deme udah dengan sendirinye mengesahkan Sidang DUN bawah pokok itu sah sesah-sahnye. Tapi yang peliknya kalo sidang itu sah, ngape yang digantung itu ade bersame. Patutnya deme duduk di luor dulu dan baru masuk ke dewan setelah usul pembatalan itu diluluskan oleh Speaker baru. Memang mangkuk!
Selepas itu tangguh lagi sejam. Tuanku Raja Muda terus menunggu. Rupa-rupanya pada waktu ini Speaker Sivakumar dikeluarkan secara paksa daripada kerusi speakernya. Speaker Sivakumar memaklumkan bahawa beliau dikurung dan dikunci di dalam sebuah bilik seperti stor sehinggalah selesai titah ucapan diraja.

Saya berpendapat bahawa Tuanku Raja Muda hanya menyampaikan Titah Ucapan Perdana DiRaja sahaja. Tuanku Raja Muda tidak merasmikan pembukaan Sidang DUN Perak kerana Speaker Sivakumar belum lagi memulakan sidang. Tuanku Raja Muda hanya menyampaikan amanat serta harapan agar ekonomi dan kesihatan rakyat Perak dapat dipertingkatkan. Baginda tidak langsung menyentuh tentang politik Perak. Satu Malaysia dan Satu Dunia menjadi saksi bahawa Sidang DUN Perak sebenarnya belum lagi bersidang.

Jikalau DUN Perak belum bersidang, apa akan jadi dengan 20 ADUN UMNO dan satu ADUN MCA itu? Setiap ADUN mesti menghadiri Sidang DUN walaupun cuma lima minit dalam tempoh enam bulan. Tempoh enam bulan untuk 21 ADUN itu tinggal beberapa hari lagi. 13 Mei 2009 adalah tarikh akhir untuk mereka hadir sidang. Sekiranya dewan tidak bersidang sehingga tarikh tersebut, Speaker Sivakumar boleh mengistiharkan bahawa jawatan mereka sebagai ADUN telah gugur dengan sendirinya.
Mampuih yeop. Tetapi sape yang nak ikut cakap Speaker Sivakumar ?
Posted by Mamamat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan