27 Mac 2009

Pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau yang bermula hujung minggu ini bakal mencipta sejarah - kertas undi terbesar terpaksa dicetak jika ramai calon bebas benar-benar menawarkan diri.Kertas undi biasa bersaiz poket dan ia dilipat dua untuk dimasukkan ke dalam peti undi.Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah, Zainal Abidin Zakaria berkata kemungkinan besar perkara itu berlaku kerana, setakat ini, terdapat 11 individu berminat bertanding atas tiket bebas, lapor Bernama.

Sepuluh daripada mereka telah membayar wang pendahuluan RM8,000 seorang, iaitu RM5,000 untuk wang pertaruhan dan RM3,000 lagi untuk kebersihan poster.Zainal Abidin berkata, dalam sejarah pilihan raya negara, calon paling banyak yang pernah bertanding bagi sesebuah kawasan baik bagi kerusi parlimen atau negeri belum pernah melebihi lapan orang.Termasuk persaingan tradisi BN dan PKR, Bukit Selambau menyaksikan maksimum 13 calon menentukan nasib masing-masing pada 7 April ini.Satu lagi kemungkinan bersejarah yang akan tercipta di pilihanraya itu, menurut Zainal Abidin lagi, jumlah calon yang paling banyak hilang wang pertaruhan.Seseorang calon yang mendapat kurang daripada satu per lapan undi sah yang diterima akan kehilangan depositnya."Jika 13 orang bertanding, tidak mungkin kesemuanya akan mendapat lebih daripada satu per lapan undi," Zainal Abidin dipetik berkata dalam satu taklimat kepada media.-sumber : Malaysiakini

*p/s- biaq betoi sampai 13 orang masuk bertanding...akan catat rekod DUNIA ooo...sapa kuat akan menang, sapa lemah pakai bungkusss....silap silap Haribulan bn-dacing boleh hilang wang pertaruhan kaa...????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan