21 Mac 2009





KERJA SIAPA NI...INI BUDAYA AMNO...
Orang macamani..boleh agak punya orang dari parti mana.. ada seorang orang kampung aku dia punya kerja tulis surat layang dari zaman 70an sampai zaman blogni pun tapi diani dari golongan cerdik...sekejap dia hentam orang Amno sekejap dia hentam orang PAS@PKR ....nama samaran beliau bujang kulop...sekarang dia dah jadi jutawan...tapi dia boleh bawak motor saja



Sebahagian foto yang sempat diambil oleh krew bloggers BlogNet@Perak tengahari tadi. Pandangan dari tok iskandar tentang perkara ini.
Jarum halus ini kalau mengena alamatnya tipislah PAS untuk menang di PRK Bukit Gantang. Saban hari,media totok UMNO akan mengambil peluang memainkan isu penderhaka kepada Raja Melayu sehinggalah ke hari pengundian.
Cara macam ni kira kembar seiras kaedah Yahudi.Tok tak mahu tuduh sesiapa tapi yang mendapat keuntungan daripada isu kartun hina Raja Melayu ini tentulah calon UMNO yang akan bertanding dalam PRK Bukit Gantang.
Tok nak cadangkan kepada penyokong-penyokong yang terjumpa mana-mana mamat yang cuba mengedarkan gambar-gambar kartun ini agar menangkap mereka dan sebelum serahkan kepada polis ambil dulu nama,nombor ic dan alamat rumah mereka.
Penceramah-penceramah Pakatan rakyat juga perlu memberitahu orang ramai tentang gambar kartun yang menghina Raja Melayu ini bukan dilakukan oleh Pakatan Rakyat.
Orang yang dah miskin idea untuk menang sanggup melakukan perbuatan yang keji ini.Bukannya murah kos cetak gambar kartun tu.Mungkin kerja gerombolan mamat yang hina Yang Di Pertuan Agong sebagai natang(binatang) tempohari kot.
Laporan polis telah dibuat dan eloklah perkara ini disiasat dan kes mamat yang hina Yang di Pertuan Agong juga perlu disiasat kerana berkemungkinan dilakukan oleh orang yang sama.
Tok percaya selepas ini lebih banyak lagi gambar kartun seperti ini akan diedarkan dari rumah ke rumah di kawasan Bukit Gantang dan jika ternampak orang asing yang mencurigakan elok ditahan mamat tu atau buat laporan polis. Tok percaya kaedah gambar kartun hina raja Melayu ini tidak akan berlaku lagi jika UMNO tewas di Bukit Gantang dan Selambau.
Dahlah mahal bajetnya kalah pulak tu.Tengok macam kat Kuala Terengganu limpahan wang,projek telah dilimpahkan kepada pegundi di sana tetapi UMNO tetap tumbang sampai serik nak gunakan kaedah yang sama di Bukit Gantang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan