04 April 2015

HELIKOPTER AWAM TERHEMPAS DI KAJANG , 6 MANGSA DIPERCAYAI MAUT


Pautan kekal imej terbenam


Helikopter Terhempas, VIP Antara Terkorban

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 6:04 PM -update
Oleh: MSTAR


PETALING JAYA: Sebuah helikopter yang dipercayai membawa seorang bekas menteri Kabinet terhempas di Jalan Sungai Lalang - Kampung Pasir Baru Semenyih pada petang Sabtu.

Maklumat awal Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor memberitahu bahawa sekurang-kurangnya dua terkorban dalam insiden itu.

Difahamkan bekas menteri tersebut ialah Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

Helikopter berkenaan dalam perjalanan dari Kuantan ke Subang.

Operasi menyelemat membabitkan tiga balai iaitu Balai Bomba Semenyih, Balai Bomba Bangi dan Balai Bomba Kajang. ~Mstar


Sebuah helikopter dipercayai membawa enam penumpang terhempas di Jalan Sg Lalang - Kg Pasir Baru, Semenyih pada pukul 4.45 petang tadi. Lima daripada penumpang dipercayai maut manakala nasib seorang lagi penumpang masih belum diketahui.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.57 petang tadi.

"Maklumat awal yang diterima menyatakan helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih diarah ke lokasi kejadian. ~sumber


BERNAMA ‏@bernamadotcom

Tiga mayat dijumpai di tempat kejadian helikopter terhempas di Sungai Lalang Semenyih - JPAM


KUALA LUMPUR: Sebuah helikopter awam dilaporkan terhempas di Kampong Pasir Baru, Semenyih sebentar tadi.

Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata jumlah penumpang belum dapat dipastikan, laporThe Star.

Pasukan bomba Kajang dilapor telah dihantar ke lokasi.


Helikopter ditemui dan terdapat 2 mangsa rentung & maklumat awal mangsa tidak dapat dikenalpasti lagi: Bomba Selangor

Dua dipercayai maut helikopter terhempas di Semenyih


SEMENYIH: Dua dipercayai maut dalam insiden sebuah helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, di sini, petang tadi.

Kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira jam 4.30 petang.

Dua mangsa yang dilaporkan berada dalam helikopter terbabit dipercayai rentung.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Sani Harul ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu petang tadi.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, maklumat terperinci berkenaan status milik helikopter itu masih belum dapat dipastikan. ~BH

MENYUSUL LAGI

5 ulasan:

Ridd berkata...

Al Fatihah dan Takhziah buat keluarga mangsa yg terlibat.

VIP TERLIBAT : DATO JAMALUDIN JARJIS
SETIAUSAHA SULIT PM DATO AZLIN ALIAS

Ridd berkata...

Al Fatihah dan Takhziah buat keluarga mangsa yg terlibat.

VIP TERLIBAT : DATO JAMALUDIN JARJIS
SETIAUSAHA SULIT PM DATO AZLIN ALIAS

Tanpa Nama berkata...

GST telah menyebabkan rakyat menderita kerana kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang melampaui batas di waktu pemimpin-pemimpin BN sedang hidup serba mewah !

Dua setiausaha sulit sulit Najib telah meninggal dunia dalam masa 5 hari ! Adakah GST telah menjadi bala ke atas pentadbiran Najib? Semoga Najib dan kroni-kroninya bertaubat dan membatalkan GST !

" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah swt berfirman : Demi kemulian dan keagunganku, aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama." Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan

Tanpa Nama berkata...

Takziah kpd keluarga. Semoga rakyat tidak terus ditimpa bala akibat kezaliman kerajaan terhadap rakyatnya

Unknown berkata...

SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI WOWO BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI WOWO DI 085-328-880-180 ATAU KLIK DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...