12 Januari 2015

NAIB KETUA BAHAGIAN KECEWA TERHADAP KAKI-KAKI BODEK DALAM UMNO

Beliau tidak ingin melibatkan parti yang dicintainya didalam kontroversi 1MDB.




KUALA LUMPUR : Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sedang mempertimbangan untuk keluar dari UMNO ekoran dari berita-berita negatif yang muncul di media sejak beliau membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Sungguh tidak masuk akal,” kata beliau menanggapi kritikan-kritikan dari anggota UMNO. “Kaki-kaki bodek di dalam UMNO menyerang saya tanpa alasan yang munasabah.”

“Saya yakin akan ada lebih banyak ‘serangan’ terhadap saya namun saya sudah bersiap sedia untuk menghadapi apa jua ‘serangan’ yang mereka rencanakan. Yakinlah bahawa ‘serangan’ ini tidak akan melunturkan semangat saya, malah akan membuat tekad saya makin kuat demi mendedahkan kebenaran tentang 1MDB.”



Naib Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan menyatakan kehairanan beliau mengapa laporan polis yang beliau buat terhadap 1MDB yang hakikatnya sebuah syarikat yang tidak ada kaitan dengan UMNO boleh menyebabkan banyak pihak di dalam UMNO tidak senang dengan tindakan beliau.

Beliau yang jelas kelihatan emosional ketika di temui FMT berkata, “Darah UMNO mengalir di dalam tubuh saya, namun saya harus siap sedia untuk meninggalkannya. Saya sedang mempertimbangkan untuk mengundurkan diri dari UMNO.”

Sulaiman Palestin yang merupakan bapa saudara Khairuddin adalah orang yang mencabar Hussein Onn untuk jawatan Presiden UMNO pada tahun 1978 dan mendapat jumlah undi yang cukup banyak.

“Ini adalah masalah maruah. Saya beserta keluarga sudah lama memperjuangkan hak-hak orang Melayu.”

“Saya tidak mahu melibatkan UMNO di dalam kontroversi ini kerana 1MDB bukannya syarikat milik UMNO.”

Khairuddin berharap laporan polis beliau dapat menyedarkan UMNO untuk kembali ke landasan yang benar. “Kita harus tunjuk kepada rakyat bahawa kita mampu memimpin rakyat dan negara.”



“Melihat keadaan UMNO sekarang membuat saya sedih, terombang-ambing tanpa kepimpinan yang tegas.”

Bila ditanya apakah beliau akan kembali ke UMNO jika isu 1MDB ini diselesaikan, Khairuddin berkata apa saja mungkin berlaku di masa depan.

Beliau masih menunggu jawapan dari 1MDB berkenaan isu-isu yang beliau timbulkan di dalam laporan polis. Khairuddin juga mengingatkan Pengurusi 1MDB, Lodin Wok Kamaruddin bahawa soalan-soalan yang dikemukakan kepada beliau mengenai pelaburan dan urustadbir kewangan belum lagi terjawab,

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pinjam ayat Mejar Zaidi..

"Apabila berhadapan situasi politik, perut adalah lebih penting daripada kepala"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...