17 Julai 2014

TERHOT! SKANDAL PJ SENTRAL PUNCA UTAMA PUAK PKR HENDAK SINGKIR MB? LIHAT APA RESPON SPRM



PASMEB lapor SPRM skandal PJ Sentral


Oleh: LIZAWATI MADFA

PUTRAJAYA, 17 JULAI: Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal PJ Sentral Development (PJ Sentral), di sini.

Pengerusi PASMEB, Mazli Saring, berkata pihaknya turut membuat laporan berhubung dakwaan pecah amanah dana Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di beberapa pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen.

Katanya, laporan dibuat berdasarkan pendedahan audit MES yang dilaksanakan Kerajaan Negeri. baru-baru ini.



“Kita dapati ada skim yang diberi berjumlah lebih RM30,000 tetapi tiada butiran penerima, tidak tahu ke mana dibelanjakan.

“Bagi kes PJ Sentral, kita merasakan terdapat isu tidak jelas dalam penganugerahan kontrak membabitkan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Jadi, di sini kita ada sediakan dokumen beserta bukti lebih 30 muka surat untuk penelitian dan tindakan SPRM,” katanya kepada pemberita di hadapan pejabat SPRM.

Pada pertengahan Jun lalu, Kerajaan Negeri mengarahkan tiga anggota exconya memantau perbelanjaan dana PKNS serta mendapatkan laporan pihak terbabit dalam transaksi projek PJ Sentral.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata langkah itu diambil bagi mendapatkan penjelasan dan laporan daripada salah seorang ahli lembaga pengarah PKNS yang juga berstatus ADUN.


Sementara itu, pada awal bulan ini, Kerajaan Negeri mengarahkan Jabatan Audit Negeri Selangor supaya menjalankan audit terhadap Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri, Pejabat Penyelaras DUN dan Pejabat Ahli Parlimen Selangor bagi memantau penggunaan peruntukan kewangan bagi program kebajikan di bawah MES.

Hasil laporan audit ini akan dihantar kepada Majlis Tindakan Integriti Negeri Selangor untuk dibuat rumusan dan membaiki sebarang kelemahan bagi meningkatkan lagi keberkesanan program kebajikan terbabit.

-NFN-SELANGORKINI


Azmin dan penyokongnya cadang Khalid dipecat daripada jawatan MB Selangor

OLEH THE MALAYSIAN INSIDER

Published: 17 January 2014



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) hampir hilang pekerjaannya dua malam lalu apabila timbalan presiden parti Azmin Ali dan penyokong mencadangkan beliau disingkirkan daripada kerusi itu.

Ia berlaku rentetan kemarahan penyingkiran Azmin berkenaan penyingkirannya daripada lembaga pengarah PKNS, namun ia diselamatkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak cadangan itu.

The Malaysian Insider difahamkan cadangan itu hangat dibahaskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada malam Rabu lepas yang dipengerusikan oleh Anwar di ibu pejabat parti.

"Saya tidak menghadiri mesyuarat malam tadi kerana perkara-perkara lain tetapi saya diberitahu perkara itu," kata Exco Selangor Elizabeth Wong yang juga ahli MPP kepada The Malaysian Insider.

Sorang lagi ahli MPP mengesahkan bahawa Azmin membuat cadangan agar Khalid diminta berhenti daripada menjadi menteri besar tetapi Anwar menolaknya.

"Cadangan itu hangat dibincangkan dalam mesyuarat tetapi Anwar akhirnya menolak idea memecat Abdul Khalid,"
satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.

Setiausaha akhbar Khalid, Arfa'eza Aziz memberitahu The Malaysian Insider, mereka juga ada mendengar cadangan yang dibuat pada mesyuarat itu.

Khalid sedang berkhidmat untuk penggal kedua sebagai Menteri Besar walaupun PKR hanya mempunyai 14 kerusi manakala DAP rakan kongsinya dan PAS masing-masing memegang 15 kerusi dalam Dewan Negeri yang mempunyai 56 kerusi itu selepas Pilihan Raya Umum 2013.

Walaupun popular, Khalid tidak memegang sebarang jawatan utama parti sedangkan Azmin juga adalah Pengerusi PKR Selangor. Kedua-duanya dilihat sebagai penyokong Anwar tetapi menjadi pesaing dalam parti yang akan mengadakan pemilihannya pertengahan tahun ini.

Azmin menjadi sorotan baru-baru ini apabila beliau dikatakan telah dipecat daripada lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Sumber berkata, rasa tidak puas hati kerana dipecat itu menjadi sebab utama mengapa beliau mencadangkan agar Abdul Khalid dipecat sebagai MB Selangor.

Anwar dalam sidang medianya semalam menolak cadangan kerajaan negeri untuk memecat Azmin kerana sepatutnya beliau berkhidmat sehingga 2015.

Bagaimanapun, Khalid telah menjelaskan bahawa beliau ataupun Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN atau Exco) tidak pernah membuat keputusan untuk membuang Azmin.

"Ia dibuat oleh Pengurus Besar (GM) PKNS," kata Khalid dalam sidang medianya selepas mesyuarat Exco Selangor semalam.

Anwar dalam sidang medianya hari ini berkata pemecatan Azmin tidak sah kerana hanya MB dan Exco sahaja berkuasa membuat tindakan itu.

Pengurus Besar PKNS Othman Omar bertindak menghantar surat kepada Azmin bagi memaklumkan beliau (Azmin) telah dipecat daripada lembaga pengarah PKNS.

Surat ini berdasarkan kertas Exco yang dihantar balik kepada PKNS yang tidak memasukkan nama Azmin dalam senarai lembaga pengarah dengan hanya dibiarkan kosong.

Exco hanya memutuskan dua nama iaitu Iskandar Samad daripada PAS dan Datuk Teng Chan Khim daripada DAP manakala satu lagi nama tidak diisi.

Berdasarkan kertas ini PKNS mentafsirkan Azmin telah dipecat. Namun pejabat MB mempertikaikan apa hak PKNS membuat tafsiran sendiri dan bertindak tanpa merujuk kepada pengerusi lembaganya yang juga MB Selangor.

Pejabat MB berkata, besar kemungkinan Khalid mahu membuat perbincangan dengan partinya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perlantikan.

Khalid berkata, nasib Azmin akan dibincangkan oleh Exco namun tidak menetapkan tarikhnya. – 17 Januari, 2014.-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya laporan tersebut diserahkan kepada SPRM awal2 lagi supaya tindakan boleh diambil terhadap penyeleweng2 tersebut.Patutlah mereka beriya2 ingin menyingkirkan Khalid kerana takut penyelewengan mereka terbongkar.Rakyat Selangor jangan berdiam diri dan membiarkan anasir2 perosak ini bermaharaja lela.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan Selangor dibawah PKR adalah yang terbaik,yang buruk hanyalah dari BN saja,tak payahlah SPRM campur tangan buat habis boras saja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...