09 Mei 2014

PANAS! BEKAS MENTERI DIPECAT DARI PENGERUSI BANK KERANA ENGGAN LULUS PINJAMAN TANPA FAEDAH KEPADA KRONI MENTERI ?

Enggan lulus pinjaman Bank Rakyat: Hassan Malek pecat Sabaruddin Chik?


Orang lain buat pinjaman Bank Rakyat kena bayar faedah tetapi Deepak tak payah bayar faedah





PETALING JAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek (gambar) dikatakan memecat Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabaruddin Chik kerana enggan meluluskan pinjaman RM40 juta tanpa faedah selama 30 tahun kepada seorang ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.

Menurut Setiausaha Kerja BN parlimen Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah bersetuju menyambung perkhidmatan Sabaruddin di Bank Rakyat, tetapi Hassan telah ‘over rule’ keputusan Perdana Menteri itu.

“Semangat saya hilang sejak diberitahu oleh seorang kawan saya yang kerja di Bank Rakyat akan kisah seorang peminjam yang mengaku ada hubungan rapat dengan Najib dan isterinya yang berhutang dengan Bank Rakyat diluluskan oleh menteri untuk dibayar hutang hampir RM40juta selama 30 tahun tanpa faedah.,” kata beliau dalam posting Facebooknya.

Katanya, beliau konsisten, setiap penyalahgunakan kuasa harus dilawan dan ditentang.

“Tak kira dia dari Umno atau tidak,” tegasnya.

Deepak Jaikishan dikatakan adalah kawan rapat Rosmah dan Hassan Malek dikatakan mengarahkan BanK Rakyat meluluskan permohonan Deepak tetapi semua ahli lembaga pengarah bank tersebut enggan berbuat demikian.

“Saya berharap mesyuarat kabinet dapat bincangkan kisah Deepak Jaikishan yang telah diluluskan oleh menteri yang menjaga Bank Rakyat hutang pinjamannya RM40juta dibayar tanpa faedah selama 30 tahun,” katanya lagi.

Zaharin yang juga bekas calon ahli majlis tertinggi Umno bertanya masihkah ada hubungan yang akrab antara Najib dan Rosmah dengan lelaki penjual karpet.. setelah dimalukan dengan beberapa tohmahan dan memberi maklumat palsu kepada parti pembangkang?

Sehubungan dengan itu beliau meminta menteri yang ada sekarang jangan sombong dan angkuh.

“Belajar dari pengalaman Sabarauddin yang pernah jadi Setiausaha Agung Umno dan menteri yang dilantik jadi Pengerusi Bank Rakyat. Khabarnya Perdana Menteri pun sudah setuju disambung sepenggal lagi, bagaimana pun, itu kuasa menteri yang jaga bank itu, jika dia tak mahu sambung Perdana Menteri tak boleh berbuat apa-apa, tetapi tindakan itu sama saperti melawan arahan Perdana Menteri.

Pada masa yang sama, Zaharin rasa sudah tiba masanya Najib memikirkan individu yang dilantik menjadi Lembaga Pengarah termasuk Pengerusi, di agensi dan syarikat kerajaan seorang yang berpengalaman dan profesional.

“Lantik seorang satu sahajalah. Jangan jadi macam Tun Ahmad Sarji di Perbadanan Nasional Berhad (PNB), semua anak syarikat PNB beliau jadi Pengerusi.. pendapatan dan elaun semua syarikat dia ambil,” dakwanya.

Katanya lagi, yang lucunya semua kereta untuk Pengerusi anak-anak syarikat PNB pun dia guna.

“Macam mana agaknya dia pakai kereta sampai banyak itu dan elaun ratus ribu sebulan itu. Dia makan emas ker? “ soalnya.

3 ulasan:

mansor berkata...

Inilah sikap Menteri dari parti yang menipu Melayu, UMNO sejak dulu lagi pemimpinnya memperjuangkan kekayaan untuk Cina dan India....tak caya tanya Tun Mahathir...

Unknown berkata...

ini sudah berlaku dahulu di bank bumiputra malaysia berhad(bbmb)berapa ramai yg akaun di righoff bank menanggung rugi semua yg pinjam ahli keris tak bertuan..perkara ni tidak tersebar..hanya staff sahaje yg tahu..mn bank hak milik kerajaan perkara sebegini memang berlaku..mn buat mcm mn ada rakyat yg masih percaya dan memberi mandat utk menjahanamkan lg negara..janji manismu..membuat org percaya yg penting negara kita aman biar rakyat miskin..jgn org cina perintah.

Tanpa Nama berkata...

Sabaruddin ada lagi wang masyukkkk dia juga jadi chairman borak oil petrol dan diesel kat stesen minyak kat kampong tak ada pun kouta abis tiap bulan mana pergi minyak tu tak tau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...